BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 13 March 2014

Kisah dan Tauladan 7


       Apa yang Ambo ingin paparkan disini serta kisah-kisah lain adalah berdasarkan  kisah yang benar-benar berlaku. Kadang-kadang tidak terlintas diakal fikiran kita sebagai manusia biasa. Selepas baca, tuan-tuan renunglah dengan mata hati serta perhatikan kebesaran Ilahi tentang keindahan alam disekeliling anda. Mungkin jawapannya ada disitu.. Bila melihat fosil kayu kokka maka terlintaslah satu kisah yang berlaku lebih dari 20 tahun yang lepas dimana kisahnya berlaku lebih kurang begini. Pada suatu petang  kelihatan seorang lelaki tua berjalan menghala ke padang rumput dimana disitulah tempat dia menambat seekor lembu jantan yang dibelanya bertahun-tahun. Entah mengapa hendak dijadikan cerita, penunggul atau acang (kayu bentuk panjang dimana dibahagian bawah dipotong tajam manakala bahagian atas diikat tali) tiba-tiba patah.
Orang tua ini pun mengheret lembunya ke arah sebuah masjid. Apabila sampai dimasjid maka dia pun mencari imam masjid tersebut. Setelah terjumpa dengan iman masjid tersebut dia memberitahu untuk menyedekahkan lembu itu kepada pihak masjid. Dan memberitahu selepas subuh esok dia akan bertolak ke Mekah. Maka bertanya imam masjid tersebut buat apa dia hendak ke Mekah dan dengan menaiki apa?”. Sedangkan pada ketika itu bukan musim haji manakala orang tua bukanlah seorang yang banyak duit. Maka berkatalah orang tua ini “dia akan pergi ke Mekah untuk mencari kayu kokka Mekah untuk dibuat penunggul baru dan dia akan bertolak ke Mekah dengan berjalan kaki”. Maka tercenganglah imam tersebut bila mendengar jawapan dari orang tua tersebut.
Maka selepas subuh keesokkan harinya, berkelanalah orang tua ini seorang diri ke Mekah untuk mencari kayu kokka dengan berjalan kaki. Selepas 15 tahun orang tua ini tinggal di Mekah maka suatu hari beliau tiba-tiba sahaja muncul dikampungnya. Maka bertanyalah orang kampung kemana berliau menghilangkan diri? Maka dijawabnya jawapan serupa yang telah diberitahu kepada imam masjid dahulu bahawa berliau ke Mekah mencari kayu kokka untuk dibuat penunggul@ ancang lembu.
Maka keesokkan harinya kelihatan orang tua ini sedang menarik seekor lembu jantan yang dibelinya kearah padang rumput. Untuk pengetahuan tuan-tuan orang tua ini tinggal seorang diri didalam rumahnya. Maka hendak dijadikan cerita 3 bulan kemudian ketika orang tua ini cuba mengalih penunggul@ ancang lembu berliau merasa kayu kokka yang dibuat penunggul itu terasa berat. Setelah dibeleknya berulang kali dan diketuk dengan sabit maka kedengaran seperti bunyi batu. Maka terlintaslah diakal fikiran berliau bahawa penunggulnya dari kayu kokka telah bertukar menjadi batu.
Maka sekali lagi orang tua ini mengheret lembunya ke arah masjid juga mencari imam tersebut. Setelah berjumpa dengan imam tersebut maka berliau sekali lagi memberi sedekah lembunya kepada pihak masjid. Dan imam ini hanya mampu memeluk sahabatnya ini sambil mendoakan keselamatan semasa dalam perjalanang menuju ke Mekah. Manakala penunggulnya kayu kokka yang telah menjadi batu diserahkan kepada seorang hamba ALLAH. Maka berpesanlah orang tua ini kepada hamba ALLAH ini bahawa berliau akan pergi ke Mekah sekali lagi selepas subuh nanti  dan tidak akan kembali ke kampungnya lagi. Jika ingin berjumpa dengannya carilah disalah satu tiang yang berada didalam masjid diMekah. Dan sekali lagi orang tua ini berangkat ke Mekah dengan berjalan kaki dimana usiannya pada ketika itu dalam anggaran 70an dan sehinngga kini lebih dari 5 tahun berlalu namun tiada khabar berita dari orang tua ini. Wallahualam


Admin – Sekadar berkongsi pendapat dengan tuan-tuan kayu kokka asli bukanlah terdiri dari buah kokka yang berlambak-lambak dipasaran yang dijadikan permata ataupun tasbih. Kebanyakkan yang berada dipasaran adalah buah kelapa laut Afrika atau buah  pokok palma ataupun kayu pokok palma. Pokok kokka tidak berbuah dan terlindung daripada pandangan mata kasar manusia. Sedangkan dipasaran berlambak-lambak didakwa buah kokka, kalau buahnya sampai berlambak-lambak pasti pokoknya juga berlambak-lambak. Bagi pendapat Ambo, kayu kokka asli sangat-sangat sukar didapati. Arwah datuk saudara Ambo tinggal diMekah selama lebih dari 40 tahun disana sampai mati pun berliau tidak ketemu dengan pokok kokka asli. Juga pada sahabat yang pernah Email atau komen kepada Ambo ampun dan maaf andai terlepas pandang. Saya mohon agar hubungi saya melalui sms, whatappas atau terus hubungi saya. Maklumlah orang tua katakan.. Wallahualam  

                                   JELAS KELIHATAN SEPERTI PENUNGGUL DAN MASIH
                                   TERDAPAT KESAN TAPAK KAKI DIATAS PENUNGGUL
                                           BERASAL DARI KAYU KOKKA MENJADI BATU
                                                SETELAH DICANAI DIBELAH DUA

0 comments: