BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 6 November 2013

Kisah Dan Tauladan - 3

ADMIN – Ambo ada lagi satu cerita ..He..he..Tetapi apa yang paparkan dalam blog ini adalah kisah benar. Bukan Ambo imiginasi kemudian buat-buat cerita. Sekadar untuk makluman, cerita yang Ambo karang disini hanyalah bersifat berkongsi.. Maklumlah Ambo ni dah tua, dah tentu ada sedikit cebisan cerita dari pengalaman hidup Ambo.. Samada melalui pengalaman Ambo sendiri atau dari kawan-kawan. Kali ini Ambo nak cerita mengenai ‘kasut’ Laa.. kasut pulak.. Ambo sendiri pun tak tahu nak letak tajuk apa weh.. Bagi Ambo tajuk tidak penting tetapi pedoman dan ikhtibar cerita yang penting.. Cerita ini berlaku beberapa belas tahun yang lepas.Kisahnya begini, ada seorang Hamba ALLAH telah  pergi ke Kuala Lumpur. Niatnya dihati ingin melihat pembangunan dan suasana DiKuala Lumpur yang digahkan oleh orang bandar. Maka pada suatu pagi sampailah Hamba ALLAH  ini diIbu Kota. Sambil berjalan seorang diri sambil melihat suasana  sekeliling.
Akhirnya Hamba ALLAH ini masuk kedalam salah satu jenama butik kasut yang terkenal dari Barat. Dilihatnya didalam kedai itu penuh dengan pelbagai bentuk kasut. Ada bermacam-macam jenis.. Dipandang kasut yang dipakainya. Hamba ALLAH ini teringat semasa berliau membeli kasut bundle dikaki 5 berharga RM20. Diteliti kasutnya ada sebahagiannya yang mula rosak dan koyak.. Dipandangnya sekeliling kedai didapati seorang lelaki Cina tua yang pada anggarannya Pemilik butik tersebut. Juga berliau terpandang beberapa orang pekerja sedang bersembang sesama sendiri berdasarkan pakaian seragam berlogo jenama kedai itu
Maka terfikir olehnya mungkin kerana dia berpakaian selekeh maka kehadiran berliau dikedai itu seoah-olah tidak wujud.. Maklum saja butik kasut berjenama terkenal Eropah pasti orang sepertinya tidak layak dan tidak mampu membelinya.. Tambahan pula tauke cina itu berbisik kepada pekerjanya sambil menjeling kearahnya.. Hamba ALLAH ini faham bisikkan dan jelingan dari tauke kedai bersama pekerjanya. Tambahan pula terdengan hilaian ketawa pekerja tersebut sambil menjeling kepadanya..
Maka HAMBA ALLAH ini hampir kearah mereka dan bertanya berapakah harga kasut yang berada didalam cermin yang diletakkan ditempat khas itu. Maka dijawab oleh tauke kedai tersebut bahawa kasut itu adalah yang termahal dalam butik berliau. Harganya hampir mencecah RM20,000.(20 ribu ringgit) Dan tauke itu memberitahu kasut ini hanya boleh dipakai oleh ‘orang kaya atau bergelar jutawan’sahaja.  Maka Hamba ALLAH ini bertanya dimanakah arah Bank. Hamba ALLAH ini memberitahu dia akan datang sekejap lagi untuk menebus kasut ini selepas urusan dibank selesai..
Dipendekkan cerita setelah selesai urusan Bank berliau terus pergi kekedai tersebut kerana telah berjanji untuk menebus kasut tersebut.. Maka dikeluarkannya  duit untuk menebus kasut tersebut.. Maka terkejutlah tauke kedai dan para pekerja kedai tersebut. Kerana sepanjang hidup berliau berniaga kasut lebih dari 30 tahun jika ada orang kaya atau jutawan ingin membeli kasut dikedainya pasti akan ada proses pengurangan atau diskaun harga. Tetapi Hamba ALLAH ini bukan sahaja membayar secara tunai tetapi tanpa meminta pengurangan harga walaupun sesen.. Tercengang seketika tauke pemilik butik tersebut..Hish baginya tidak masuk akal..
Setelah selesai urusan pembayaran kasut dikedai tersebut maka berjalan keluarlah Hamba ALLAH ini. Maka berjalanlah ia menuju kekedai makan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Ketika beliau menunggu makanan yang dipesan tiba, maka datanglah seorang tua peminta sedekah berjalan kearahnya.. Orang tua pengemis ini memberi salam kepada Hamba ALLAH ini. Maka Hamba ALLAH INI menpelawa pengemis ini makan bersamanya.
Pengemis ini bertanya apakah bungkusan yang dibawa? Maka dijawabnya Hamba ALLAH ini didalam bungkusan ini terdapat sepasang kasut.. Peminta sedekah ini bertanya bolehkah kasut ini dihadiahkan kepadanya. Kerana menurut peminta sedekah ini, dia sudah lama tidak merasai memakai kasut dan berjalan hanya dengan kaki ayam. Maka Hamba ALLAH melihat kaki pengemis yang pecah dan terdapat kesan luka akibat berjalan tanpa memakai alas kaki. Pengemis ini memberitahu dia akan memakai kasut ini hanya dijalan kebaikkan dan memintanya kerana ALLAH. Maka tanpa berfikir panjang Hamba ALLAH ini lantas menghadiahkan kasut  baru yang berjenama terkenal dari barat berharga puluhan ribu ringgit itu kepada peminta sedekah itu.. Lantas peminta sedekah ini terus memakai kasut pemberian ini dan terus berjalan dan hilang dalam kesibukkan orang ramai..
Pada malam itu itu berangkatlah Hamba ALLAH ini menaiki bus menuju ke kampung halamannya memakai kasut terpakai berharga rm20 yang dipakainya dari kampung.. Teringatlah dia akan kata-kata dari tauke kedai 'kasut ini hanya boleh dipakai oleh orang kaya atau jutawan'sahaja.. Wallahualam..

Gelang Zamrud Columbia


Gelang perak permata zamrud Columbia gred A air kaca.Tempahan dari seorang sahabat dari Seorang sahabat dari Pulau Pinang. Permata zamrud dililit berlian swiss. Hasil kerja pertukangan Tukang Penang.


Status : Telah Ditempah





Gelang Zamrud Columbia


Gelang perak permata zamrud Columbia gred A air kaca.Tempahan dari seorang sahabat dari Seorang sahabat dari Pulau Pinang. Permata zamrud dililit berlian swiss. Hasil kerja pertukangan Tukang Penang.


 Status : Telah Ditempah