BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 30 August 2013

Cincin Permata Campuran

Cincin Campuran tujuh jenis fosil dijadikan satu. Campuran seperti Gemunggal+kabu+kursani+batu leleh+batu wali+tulang duyung+kemuning hitam.Cincin tangkai kendi saiz 19 kuku suasa.Pertukangan tukang Penang.

Status : Telah Ditempah
Terima Kasih Encik  Mohd Shahril,Kemamang.










Cincin Permata Serai / Zircon

Cincin perak diikat permata berwarna pupple jenis serai/zircon saiz 16.Pertukangan tukang Penang. Boleh juga chrome warna emas. Tempahan juga dibuka dari segi warna batu dan saiz.


Status : Tawaran Dibuka








Wednesday 28 August 2013

Loket Emas 750

Tempahan istimewa loket emas 750 dari seorang sahabat.Hasil kerja tangan pertukangan Penang. Tempahan loket dibuka samada dalam bentuk emas,suasa atau perak. Jika kurang berkemampuan tempah perak krom emas. Tempahan biasanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu. Maklumlah tukang orang lama.Hasil kerja yang teliti perlu mengambil sedikit masa  tetapi hasil memuaskan.
 .

Status : Telah Ditempah








Sunday 25 August 2013

Cincin Paruh Burung Nilir Batu

Cincin fosil paruh burung nilir@menilir bersaiz XL.Cincin tangkai kendi saiz 19. Termasuk dalam barangan rare dan menjadi rebutan. Sangat sukar didapati dan patut disimpan setiap keluarga .Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sebagai jalan ikhtiar sekadar pedinding, mengelak dan penawar racun santau, ilmu hitam, minyak mati terbunuh, minyak dagu dan lain-lain Menurut kitab lama atau rujukkan orang-orang lama jika kita memakai batu ini, jika orang tuju santau @ sihir pada makanan atau minuman kita, gelas atau pinggan akan meletup sebelum sampai makanan @ minuman pada kita. Jika pernah termakan atau terminum,cara digunakan: asah dengan minyak kelapa dibuat minum beberapa sudu. 2kali sehari. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu. Kami sedia menerima tempahan dalam bentuk ketulan kecil atau untuk dijadikan permata,loket,gelang dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk.Stok terhad.

 ADMIN - Sekadar ikhtiar..

Status : Tawaran Dibuka





Cincin Mani Gajah

Cincin mani gajah menjadi batu.Setengah orang tua memanggilnya ‘Geliga Gajah’.Permata bersaiz XL manakala cincin tangkai kendi bersaiz 19.. Adakalanya batu ini kelihatan seakan basah dan melekit terutama waktu malam atau cuaca lembab. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar pelaris, menundukkan dan menakutkan gajah dan lain-lain. Apapun penggunaan batu ini hanya dijadikan ikhtiar dan tawakal sahaja 

Status : Tawaran Dibuka







Saturday 24 August 2013

Cincin Besi Misteri@Halimunan

Cincin besi misteri@halimunan bersaiz 20. Panjang saiz permata besi misteri@halimunan : 2.5cm. Lebarnya pula :1.3cm. Dibahagian bawah Permata ditampal kayu ditakuti hantu  serta dipasak besi meteorite dan 7jenis besi hikmah.

 Status : Tawaran Dibuka







Gelang Batu Ular

Gelang batu  ular bersaiz ' L' ada 12 biji batu ular dalam gelang ini.Ada empat gelang untuk pilihan. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhitiar sekadar mengelakkan dari patukan ular. Juga dapat dijadikan penawar untuk patukan ular, mengelakkan gangguan, kerasukan makluk halus dengan izinNYA. Tawaran harga mampu.


 Status : Tawaran Dibuka






Gambar Batu Cenduai @ pengasih

Batu bersaiz XXXL. Ada air cenduai@pengasih didalamnya. Nampak dengan jelas air didalam batu dan apabila digoncang kedengaran bunyi air berkocak. Bersifat semulajadi. Air menitik pada batu dan batu ini perlahan-lahan memerangkap air didalamya.Batu bersifat hidup.Proses ini mrngambil masa lebih dari 7 tahun bahkan lebih berdasarkan saiz batu.Boleh diikat loket.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar bagi peniaga dibuat pelaris,bersifat pengasih, melembutkan hati orang sekeliling kita dan lain-lain dengan izinNYA. Tawaran harga mampu.

ADMIN - Kekuasaan ALLAH SWT atas sesuatu.. makin dicari..makin banyak rahsia ALLAH yang kita ketemui..terasa makin kerdilnya diri.. 


Status : Tawaran Dibuka




Tuesday 20 August 2013

Batu Istimewa

Batu istimewa milik seorang teman dipondok untuk dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan. Walaubagaimanapun nama batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya.  Panjang batu ini  2.3cm.Lebar batu ini 1.9cm.Tebal batu 1.1 cm. Berat batu ini 56.90 carat. Tawaran harga mampu. 

ADMIN - Ambo banyak terima tempahan tapi apakan daya...

Status : Ditempah





Gambar Batu Istimewa


Batu istimewa milik seorang teman untuk dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan.Walaubagaimanapun nama batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya. Panjang batu ini  3.5cm.Lebar batu ini 2cm.Tebal batu 1.2 cm. Berat batu ini 81.30 carat.Tawaran harga mampu.


Status : Ditempah




Kayu Ditakuti Hantu

Kayu ditakuti hantu ini diambil disalah satu hutan diPahang. Jarak pokok ini untuk ditebang dan diangkut keluar ke jalan raya yang terdekat lebih kurang 6 kilometer. Batang kayu ini diambil dengan cara memikul. Sebenarnya istilah ‘kayu ditakuti hantu’ ini sengaja diberi nama kerana sebab-sebab tertentu.Terdapat kisah disebalik nama kayu ini. Juga terdapat peristiwa yang berlaku pada kayu ini.Maha Suci ALLAH.Bertapa kerdil dan malunya kita pada makluk ALLAH SWT  ini.Cuba renungkan, walaupun sifat kejadiannya hanya sebatang pokok yang kita anggap lemah tetapi ditakuti oleh Syaitan. Sebaliknya kita yang kononnya hebat bergelar manusia........! Mengikut pendapat saya yang kerdil ini, mungkin aura (zikir) yang terdapat pada pokok ini menyebabkan syaitan (orang melayu menggelarnya 'hantu')menjadi takut dan gementar. Mungkin pada pendengaran kita sebagai manusia biasa tidak mendengarnya tetapi mungkin makluk-makluk ALLAH SWT yang lain mendengarnya.Wallahualam.Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya. Sebagaimana namanya begitulah antara khasiat yang terdapat pada kayu in. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk mengelakkan gangguan dari makluk halus,santau,sawan tangis,angin ahmar,histeria,ilmu hitam,pukau dan lain-lain.pihak kami juga membuat minyak dari campuran salah satu kayu ini. Pihak kami sedia menerima tempahan untuk dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,tasbih dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk.Ini hanyalah pendapat saya, disyorkan satu tasbih dari kayu ini disetiap rumah.


Status : Tawaran Dibuka






Batu Kalimah

Terdapat huruf ‘SIM dan ‘WAU’ dibahagian atas  manakala bahagian bawah batu terdapat huruf ‘SIM’. Yang uniknya dan peliknya pada batu ini, huruf kalimahnya seakan terdiri dari urat@jaluran besi.Apabila terkena cahaya lampu hurufnya seakan berkilat dan bersinar. Batu berkalimah asli ini bersaiz XL atau lebih kurang saiz syiling 20 sen.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar :  Jika ditanya saya seorang peniaga, pegawai kerajaan, badan beruniform,seorang ketua,pemimpin dan apa jua pekerjaan anda kecuali salah dari segi hukum syarak maka saya syorkan pakailah cincin yang ada 'kalimah' (Kalimah yang terjadi dengan sendiri bukan yang dibuat). Dengan syarat beragama islam.  Tawaran harga mampu. Masih terdapat lagi batu kalimah untuk tempahan. 

ADMIN - Ambo rasa sangat sedih melihat banyak kad jemputan kahwin yang ada tercetak 'kalimah' tapi dibuang dalam tong sampah.' Kalau boleh gunting dan simpan cetakan yang ada kalimah.Nasihat ambo kalau nak buat kad jemputan, elakkan dari cetakan yang ada kalimah. Fikir-fikir...Sekadar beringat.


Status : Telah Dimiliki






Friday 2 August 2013

Cincin Permata Jade

Cincin perak bersaiz 19.Permata jade bersaiz XL ditempah oleh seorang sahabat.


Status : Telah Ditempah






Teras Gemunggal Coklat Fosil

Walaupun telah bertukar sifat menjadi batu tetapi sifat urat-urat kayu masih lagi kelihatan jelas.Tawaran dibuka samada dalam bentuk ketul atau dicanai dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,subang dan lain-lain.Tawaran harga mampu


Status : Tawaran Dibuka






Naga Sari Menjadi Batu

Teras naga sari menjadi fosil.Berat lebih dari dari 9 kilogram. Walaupun telah bertukar sifat menjadi batu tetapi sifat urat-urat kayu masih lagi kelihatan jelas.Tawaran dibuka samada dalam bentuk ketul atau dicanai dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,subang dan lain-lain.Tawaran harga mampu


Status : Tawaran Dibuka









Teras Kokka Mekah Menjadi Batu

Teras kokka Mekah menjadi fosil.Walaupun telah bertukar sifat menjadi batu tetapi sifat urat-urat kayu masih lagi kelihatan jelas.Tawaran dibuka samada dalam bentuk ketul atau dicanai dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,subang dan lain-lain.Tawaran harga mampu



Status : Tawaran Dibuka








Teras Kayu Damar Minyak Hitam Batu

Teras damar miyak hitam menjadi fosil.Biasanya kita jumpa teras damar minyak merah atau orang utara panggil “raja kayu”.Walaupun telah bertukar sifat menjadi batu tetapi sifat urat-urat kayu masih lagi kelihatan jelas. Untuk makluman semasa dijumpai, semua fosil ini bukanlah berkilat atau secantik ini.Ia perlu dicuci dan direndam dengan asid untuk membuang segala kekotoran yang melekat.Proses mencuci dan mengilatkan batu mengambil masa beberapa hari,bergantung kepada keadaan semasa dijumpai.Tawaran dibuka samada dalam bentuk ketul atau dicanai dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,subang dan lain-lain.Tawaran harga mampu.



Status : Tawaran Dibuka