BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 9 November 2013

Kisah Dan Tauladan - 4


ADMIN -  Disini Ambo ingin meceritakan mengenai ‘ kisah orang gila’. Semenjak Ambo datang berhijrah ke Pulau Pinang kerana kerja lebih kurang 13 tahun lepas.  Terasa masa bergerak begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah pun di penghujung tahun. Disini Ambo nak ceritakan mengenai “orang gila’ ataupun orang yang kita sangka tidak waras pada pemikiran kita. Dalam 7 tahun lepas Ambo kerap terjumpa dengan ‘lelaki ini’. Pada jangkaan Ambo umur lelaki ini lebih kurang 45 tahun berdasarkan rupa paras tubuh badan. Ambo kerap terjumpa ‘Hamba ALLAH’ ini ditepi-tepi jalan samada jalan besar mahupun jalan kampung. Dan adakalanya pernah dia merayau-rayau disekitar taman yang Ambo tinggal. Seperti biasalah bila sebut sahaja pasal orang ‘gila’ pastinya gelagat mereka tidak sama dengan kita yang waras.. Kerap bercakap seorang, ketawa seorang diri , pakaian kotor dan bau badan yang berbau dan lain-lain yang pada pandangan kita sesuatu perbuatan yang kurang waras..
            Ditakdirkan ALLAH SWT pada 2 tahun lepas Ambo terjumpa ‘Hamba ALLAH’ yang Ambo sebutkan gila tadi berada diatas masjid. Eh Ambo rasa hairan..! Ambo perhatikan dia kini sudah berpakaian baju melayu yang bersih, berkopiah putih yang bersih dan rupa parasnya telah bersih dan tidak lagi berbau busuk.. Ambo perhatikan “hamba ALLAH’ ini tidak lagi bercakap atau ketawa sorang-sorang. Pada pendapat Ambo ini satu perubahan yang luar biasa.
            Apa yang mengejutkan Ambo setiap kali Ambo pergi ke masjid ‘hamba ALLAH’ ini telah pun berada dimasjid sambil berzikir. Tidak kira samada sembahyang subuh,zohor dan solat-solat yang lain-lain pasti dia terlebih dahulu sampai dimasjid terlebih dahulu dari Ambo.. Pernah pada suatu hari pada hari jumaat Ambo pergi ke masjid dalam pukul 12 tengahari. Pada jangkaan Ambo pasti kali ini Ambo akan sampai terlebih dahulu.. Alangkah terperanjatnya Ambo sebaik Ambo sampai ‘Hamba ALLAH’  ini telah pun berada diatas masjid sambil tersenyum memandang Ambo... Begitulah yang sering berlaku setiap kali Ambo  menunaikan sembahyang Masjid.. 
            SUBAHANALLAH betapa besarnya Kekuasaan mu Ya ALLAH.. Terasa bertapa kerdilnya hamba mu ini Ya ALLAH.. Terus Ambo masuk dan bersalam dengan Hamba ALLAH ini dan bersembahyang disebelahnya.. Begitulah yang berlaku sejak tahun lepas sampailah ke hari ini...!
Semenjak dari itu sering sahaja Ambo terlintas difikiran ‘ Sebenarnya siapa yang sebenarnya gila..? Kita yang pernah memanggilnya gila? Ataupun Orang yang gila itu gila? Ataupun kita ini lebih gila daripada orang gila? Orang gila tidak pernah mengumpat orang, memandang hina pada Makluk ALLAH yang lain, tidak pernah menaruh syak wasangka yang tidak baik pada orang lain.. Kadang-kadang mudah benar kita menghukum orang lain. Bila kita tengok pelik sedikit pada seseorang maka mudah benar hati kita menuduh seseorang itu gila. Hish terasa betapa hinanya Ambo ini disisi ALLAH SWT.. Terasa Ambo ini lebih gila dari orang gila itu tadi.. Ambo memohon keampunan kepada ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa Ambo  dan tidak memandang "Ambo gila" pada pandanganNYA...Amin