BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 22 May 2015

Cincin Fosil Tanduk Raja Kijang Putih - 3


Permata tanduk raja kijang putih menjadi batu telah dicanai dan dijadikan permata hampir saiz 20sen atau bersaiz L. Manakala cincin perak aloi bentuk dam serta ukiran bunga tebuk bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Apa yang mengejutkan kami serta antara perkara ini istimewa jika hendak dikatakan tentang permata fosil ini berbanding fosil tanduk yang lain ianya tembus cahaya..! Adalah sangat-sangat sukar untuk mendapati fosil seperti tanduk yang telah menjadi batu tetapi tembus cahaya. Tetapi dengan izin  dan kekuasaan Allah SWT tiada apapun yang mustahil. Saya sifatkan fosil ini satu dalam sejuta.

Menurut mereka yang arif  dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat bersifat semulajadi dan alami.  Apapun penggunaan fosil ini  hanya bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam

Status : Alhamdulillah, Telah Ditebus