BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 30 January 2014

Fosil Istimewa


Fosil kayu istimewa dan diperolehi dengan cara istimewa. Sekali pandang macam fosil kemuning hitam ataupun fosil penawar hitam tetapi bukan. Jika sebelum ini dipaparkan khasiat berkaitan besi tetapi fosil istimewa ini juga tidak kurangnya. Sangat sesuai untuk dibuat pakaian diri. Moga-moga dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar terlindung dari tipu daya berkaitan ilmu pukau, tuju, santau, ilmu hitam dari manusia, jin dan syaitan.. Tawaran Boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket, gelang, dan lain-lain..  Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami. Tawaran dibuka melalui rundingan harga. 


 Status : Tawaran Dibuka




Tuesday 28 January 2014

Besi Kuning Dijadikan Dari Mangga Tembaga...?


Assalamualaikum. 
       Terlebih dahulu Ambo menyusun 10 jari  memohon ampun dan maaf andainya tulisan Ambo disini menyentuh setengah pihak.. Disini Ambo hanya sekadar berkongsi pendapat sahaja. Terpulanglah kepada kebijaksaan tuan-tuan untuk menilainya.. Tuan-tuan pasti kenal akan barang dalam gambar ini. Biasanya banyak digunakan dipagar rumah. Pengunci atau mangga ini dibuat dari tembaga. Dan sifat tembaga tentunya berwarna kuning. Antara kelebihan tembaga yang dijadikan mangga ianya tahan karat. Tetapi jika dicanai mangga ini dijadikan permata adakah sifatnya bertukar dari tembaga menjadi besi kuning..?
       Untuk pengetahuan tuan-tuan kami adalah salah seorang tukang canai permata di Kelantan. Sudah ramai orang datang ketempat kami dan membawa mangga untuk dicanai dijadikan permata. Dan kami juga tidak tahu sudah berapa ramai orang yang pihak kami terpaksa menolak permintaan tersebut. Ambo juga pernah terjumpa ada sebahagian tukang mengambil upah mencanai mangga dijadikan permata. Dan kemudiannya dijual sebagai 'permata besi kuning'. Sepatutnya jika nak jual juga gunalah istilah 'permata tembaga kuning'. Tapi masalahnya, jika orang mengetahui permata yang didakwa 'besi kuning' itu berasal dari mangga, adakah orang ingin memakainya...? Tebuk dada tanyalah hati. Bahkan ada yang dijadikan keris, badik, pisau dan lain-lain. Maka akan bertukarlah mangga itu tadi menjadi keris besi kuning atau badik besi kuning dan lain-lain 'kuning' lagi..
        Fenomena ini berlaku kerana kesukaran untuk mendapatkan 'besi kuning asli' serta permintaan yang terlalu banyak kerana kehebatan hikmatnya.. Maka akan adalah setengah individu atau peniaga mula mengambil kesempatan.. Bahkan jika diperhatikan berlambak-lambak dipasaran, bermula dari harga puluhan ringgit hinggalah keribuan ringgit. Bahkan ada yang mendakwa diperolehi dari alam bunian. Maka bila berlaku perkara ini akhirnya bunian yang tiada kena mengena pun turut terlibat sama.. Kesian kat bunian.. Sabor ajerlah yea.. Jangan pelik jika suatu masa nanti bunian pun kena jual..! Antara cara yang mudah untuk mengesan 'BESI KUNING PALSU' dan ianya dibuat dari tembaga adalah biasanya 
1) Ia melekat pada magnet. Juga bergantung pada gred atau kualiti magnet itu sendiri. Jika kita ke negara Thailand terdapat terdapat bermacam-macam gred mangga. Dari yang melekat magnet sehinggalah yang tidak melekat magnet. Tetapi kebanykkannya permata yang dibuat dari mangga Ambo perhatikan kebanyakkannya melekat pada magnet sebab ianya mangga dari gred yang rendah dan murah. 
2)Ada mangga  berwarna kuning muda dan juga terdapat warna kuning tua.
3) Permata yang kononnya besi kuning juga ianya berkilat dan jika diperhatikan lansung tiada mengandungi urat besi. Sedangkan besi kuning asli tergolong dalam golongan besi tua dan sudah semestinya sifat besi tua ianya ber'pamor'.
4) Dan permata palsu ini juga diperhatikan seperti permata baru berkilat-kilat
5) BESI KUNING ASLI TIADA CAMPURAN BESI LAIN DAN JUGA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DIIKAT CINCIN. JIKA DIIKAT ATAU DICAMPUR JUGA NESCAYA PERAK ATAU BESI CAMPURAN AKAN MENJADI CAIR..! Dan Besi Kuning asli juga jika diletakkan diatas besi lain nescaya besi lain dibawahnya akan menjadi cair..! Sebab itu ianya layak digelar 'RAJA BESI' Dan bersifat 'tunggal'. (tidak bercampur dengan besi lain)
*Ini hanyalah sekadar pendapat Ambo sahaja, jika teringin memakai Ambo syorkan pakailah 'besi kursani kuning' dari memakai permata palsu dibuat dari tembaga kuning.
 Sebenarnya perkara ini Ambo perhatikan telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu.. Cukuplah..! Ambo tak mahu nanti bangsa Ambo diketawakan oleh bangsa lain.. Bila bangsa lain tahu kami salah seorang tukang, maka berkatalah mereka ‘ambiklah mangga banyak-banyak, kami jual murah-murah.. Nanti balik awak canai buat permata dan jual. Awak punya bangsa cukup suka dengan permata dari mangga’ (pengunci). Rasanya cukup pedih hingga menusuk kalbu dan seolah-olah masih kedengaran ditelinga sehingga kehari ini....! Untuk pengetahuan tuan-tuan, besi kuning yang asli sangat-sangat sukar didapati. Menurut mereka yang arif dan berilmu (ahli kitab) 'jika umur kita ditambah 100 tahun lagi pun belum tentu lagi kita akan berjumpa atau memiliki dengan 'BESI KUNING YANG BENAR-BENAR ASLI'...! Kecuali jika kita tergolong dalam insan istimewa yang terpilih kerana amal ibadat yang berterusan serta hafiz AL QUR'AN. Saya ringkaskan disini untuk mendapatkan besi kuning yang asli ibarat 1 dalam sejuta. Walaubagaimanapun Ambo yakin adanya besi kuning asli diluar sana... Wallahulam.



Cincin Permata Teras Gemunggal Hyper Rare


 Permata teras gemunggal jadi batu. Apa yang menakjubkan sebahagian besar fosil teras gemunggal telah bertukar menjadi  besi kursani. Sangat menakjubkan dan sukar didapati. Saya sifatkan antara teras gemunggal hyper rare yang perlu dimiliki. Bukan sahaja dibahagian atas mengandungi kursani tetapi turut meliputi bahagian bawah. Cincin perak saiz 19 (boleh ubah saiz) manakala kuku suasa. Hasil kerja tangan tukang Kelantan.  Tawaran harga berdasarkan rundingan bersama.


Status : Telah Ditempah
Hamba ALLAH KK, SABAH



    

Tasbih Teras Raja Kayu / Damar Minyak


Teras damar minyak @ raja kayu dijadikan seutas tasbih bersaiz S . Jumlah makmun 99 biji. Teras kayu ini hasil pencarian kami sendiri disalah satu gunung Di Trengganu. Manakala tukang tasbih kami upah perlajar pondok di Patani,Thailand. Hasil kerja tangan. Atara kelebihan tasbih ini, jika sering dibuat zikir warnanya akan semakin berkilat dan berminyak. Bahkan saya pernah jumpa dengan tasbih yang telah lama digunakan menjadi bersinar-sinar seperti tiger eye.  Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, jika disimpan didalam rumah dapat mengelakkan rumah dari terkena ribut dan lain-lain. 


Status : Tawaran Dibuka





Saturday 25 January 2014

Koleksi Kenangan


Koleksi Kenangan 1

            Bila terlihat saja gambar ini, maka teringatlah kenangan Ambo bersama-sama teman yang sama-sama masuk dan keluar dari gua pada 31.05.2013 bersamaan hari jumaat.  Lokasi disalah satu gua di Dabong, Kelantan. Terdapat pelbagai pengalaman bersama dilalui didalam gua. Banyak kejadian seram dan yang paling tidak dapat dilupakan kejadian-kejadian yang mengelikan hati hi....hi..hii.  Ada kisah yang berlaku sebelumnya, Dimana Ambo  terpaksa menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk mengajak kawan-kawan masuk gua bersama.. Konon-kononnya ajak makan angin rupa-rupanya masuk gua daa...!
Bila dah sampai mereka nak balik dah tak boleh sebab datang menumpang. Nak masuk takut tetapi terpaksalah masuk jugak.. Takkan nak duduk sorang-sorang dalam kereta.. tapi bila balik kerumah bertemu keluarga lain pulak ceritanya. Bercerita dengan penuh kehebatan dan siap ada sound effect kononnya kalau boleh tak mahu balik lagi...! tapi kawan-kawan yang sibuk dok ajak balik..! Hampeh betul..! Kononnya mereka semua yang penakut dan ajak balik awal.. Kalau boleh dia tak mahu balik lagi.
Dan tentunya yang paling menggelikan hati akhirnya kawan Ambo tu dapat hadiah percuma berupa bonus + sagu hati (bom buatan Maikel dimalam hari) tersepak dan terus berkecai...maka merebaklah  bau-bauan haruman kasturi yang memedihkan hidung, memeritkan kerongkong..! Dan biji mata menjadi juling dibuatnya. Mana taknya, terletak elok jer kat depan pintu gua. Kat tengah-tengah pulak tu.. Hampeh..! Sabor ajerlah.Dan dengar ceritanya kawan Ambo yang terkena bom buatan Maikel terus penyakit gout kat kaki hilang.. ha..ha..ha..

Kadang-kadang Ambo ketawa sendirian... apapun disini, Ambo nak rakamkan ucapan  ‘pengalaman bersama kalian semua adalah diantara kenangan yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup ambo’ dan juga ucapan pada semua mohon ampun dan mohon maaf andai terdapatnya kesilapan. Korang semua memang terbaik..!  Insyallah, dilain masa Ambo akan siarkan gambar ketika masuk gua, meredah bukit, mengharungi sungai, menjelajah pulau, laut dan lain-lain. Minta -minta la tuan-tuan tak boring membacanya.. Walaupun Ambo tahu dari segi tata bahasa dan tanda baca memang ke laut perginya.. ha..ha..ha.. Dan mungkinkah disuatu masa nanti dengan izinNYA Ambo akan bersama tuan-tuan meredah bukit bersama..? Manalah tahukan...? Wallahualam


                                                                  Tok Bomoh dan Sidun penuh bergaya sambil melihat kearah gua
                                                                                                   Korang semua memang terbaikk.....!
                                                                                                   Gambar Ustaz Mat dan Tok Bomoh
                          Yang kat belakang teringat bini kat rumah tapi yang kat depan ni teringat kat siapa pulak..? 

Kursani


ADMIN - Sekadar berkongsi. Boleh dikatakan semua blogger dan peminat barangan mistik mengetahui mengenai kursani. Mungkin ada yang memilikinya sebagai koleksi. Ceritanya bermula begini, dalam seminggu dua ni saya asyik terfikir.. Dahulu saya fikir besi kursani biasanya dijumpai didalam tanah atau dalam batu. Biasanya dijumpai berhampiran dengan emas. Maksudnya dimana ada kursani kemungkinan adanya emas. Juga ada setengah orang memanggilnya emas muda atau emas tidak matang.Tetapi pendapat saya mula berubah, maksudnya saya dah tidak tahu ianya dari unsur apa..? bagaimana ianya terjadi..? Semuanya berpunca begini.. Saya cuba ringkaskan supaya tuan-tuan mudah faham. Kayu bila tua menjadi teras...teras bila tua menjadi batu (fosil)..Fosil bila tua menjadi besi...besi bila tua menjadi kursani...kursani bila tua menjadi emas..Maksudnya mungkinkah emas sebenarnya berasal dari pokok kayu. Bila ianya berada terlalu lama serta menjalani proses yang panjang didalam tanah, faktor alam, cuaca, dan lain-lain mungkin ianya akan bertukar emas..? Bukankah diceritakan pada akhir zaman nanti diceritakan bahawa bumi akan mengeluarkan emas berlambak-lambak.. korek lubang ajer jumpa emas! Dan jangan dilupa dikala itu dikhabarkan TIADA SEORANG PUN 'MANUSIA BIASA' YANG ADA KALIMAH DIDADA ATAUPUN  DAPAT MENYEBUT DIBIBIR  WALAUPUN SATU PATAH KALIMAH PUN!  DAN KETIKA ITULAH BARU KITA SEDAR BAHAWA SATU PATAH KALIMAH ITU LEBIH BERNILAI DARI EMAS HATTA DUNIA DAN SEISINYA. Wallahualam. Ini cuma ini hanya sekadar pendapat saya yang cetek dan jahil sahaja.. Fuh, dah jadi profesor pulak dahh... hi..hii.. Puncanya hanya satu, saya jumpa dalam banyak-banyak bongkah fosil kayu dan diantaranya mengandungi kursani..! Maksudnya sebahagian fosil kayu menjadi kursani. Hish..pening-pening...Hmm rasanya lain kalilah yea saya tulis.. saya pun tengan pening ni.. Jika tuan-tuan ada pendapat dan sudi.., mungkin boleh berkongsi pendapat dengan saya melaui whatapps 016-497 6644
* Dibawah adalah cincin bertahtakan permata fosil teras gemunggal. Kelihatan jelas kursani pada permata fosil ini.  

*Nanti jika ada gambar, saya akan siarkan dalam bentuk bongkah yang lebih jelas)







Banger Fosil Campur


Gelang ataupun banger perak dimasukkan 3 jenis fosil rare iaitu teras pisang gala (benggala), raja semambu dan teras tas. Panjang keseluruhan gelang 16cm (boleh diubah atas permintaan) manakala panjang permata 3 teras 4.5cm serta lebar 1cm. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar pakaian diri sepeti mengelak dari gangguan makluk halus, binatang bisa, kebal kecemasan, pukau, ilmu hitam dan lain-lain. Saya ibaratkan cantik dipandang, unik ditangan dan tentunya mampu dimiliki. Harga berdasarkan rundingan bersama

Status : Tawaran Dibuka




GAMBAR BAHAGIAN HADAPAN
GAMBAR BAHAGIAN BELAKANG




Cincin Teras Kayu Campur 41 Dipasak Tahi Bintang


Permata teras kayu campur 41 jenis. Terdapat pelbagai campuran teras kayu gred A. Diketuai ataupun dipasak meteorite jenis besi. Menurut pendapat orang lama ataupun otai ibaratnya teras ini cukup 4 sifat penjuru iaitu  tanah, air , api dan angin. Permata ini telah diikat cincin ukiran bunga tebuk. Hasil kerja tangan tukang Kelantan. Tempahan tuan cincin perak saiz 15 telah pun siap. Diharap Tuan  Mohd Rahiddan dari Kuantan berpuas hati


Status : Telah Ditempah





Thursday 23 January 2014

Cincin Permata Besi Hyper Rare


Alhamdulillah, akhirnya siap juga tempahan cincin saya dekat tukang. Campuran pelbagai jenis besi dicairkan dan dijadikan sebentuk permata. Permata ini sengaja saya tidak dipolish, tidak kilatkan dan dibiarkan begitu supaya ianya kelihatan purba dan unik. Untuk menyiapkan campuran besi sahaja mengambil masa setahun. Sudah tentu untuk baloh cincin pun ditempah istimewa. Untuk cincin ini saya gambungkan perak dan suasa. Kuku dan bunga tebuk pada bingkai cincin dibuat dari suasa gred A. Hasil kerja tangan pertukangan Kelantan yang halus dan penuh seni.  


Status : Tidak Dimaharkan






Wednesday 22 January 2014

Tasbih Teras Kemuning Hitam


Teras kemuning hitam dijadikan seutas tasbih bersaiz S . Jumlah makmun 99 biji. Hasil kerja tangan perlajar pondok dipetani,Thailand. Sambil membeli sambil membantu saudara kita disana. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, dijadikan penawar racun, gigitan bisa dan lain-lain. Tawaran  dibuka untuk rundingan harga.

ADMIN  – Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasbih teras kemuning hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan untuk menilainya. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
      1.      Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas digosok)  berwarna putih     
      atau cerah, coklat muda (perbezaan ketara) maka ianya palsu
      2.      Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada perubahan warna cerah pada  
      dalamnya maka ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam) kemudian cuba
      pula cara dibawah
      3.      Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi warna teh o’ mungkin ianya
      asli (Maksudnya teras kemuning hitam bila direndam didalam air maka air akan
      bertukar menjadi warna emas atau teh o'. Jika air tidak bertukar maka ianya palsu).   
      Cuba pula cara dibawah
      4.      Dan cuba  pula cium air itu jika terdapat bau bahan kimia atau bau pewarna kain
      atau berbau dakwat atau berbau kuat yang tidak menyenangkan ianya palsu.  
      5.      Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan berbanding yang asli
      6.      Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau disimpan lama kelamaan  
      warnanya  akan berubah menjadi pudar. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
      akan menjadi semakin hitam dan berkilat.
      7.      Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga tasbih dibuat dari kayu,
      butir   buah, plastik dan lain-lain maka ianya  dispray cat berwarna hitam, ada juga  
      direndam  dengan pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
      8.      Biasanya tasbih palsu harganya sangat murah berbanding tasbih kemuning hitam
            yang asli ( tidak semua... tetapi kebanyakkan )
      9.     Awas..! air rendaman tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
            air  rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar
            untuk kencing manis,darah tinggi, candu rokok, racun santau dan lain-lain dengan   
            izinNYA.
     10. Tasbih teras kemuning Hitam palsu biasanya mudah rosak atau pecah
     11. Kemuning hitam juga jika digores pada kertas putih akan berbekas warna hitam   
           (maksudnya boleh menulis)
     12. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai penjual dan blogger-blogger yang  
           beramanah dalam menjual tasbih kemuning hitam yang asli. Wallahualam

Status : Tawaran Dibuka
Tasbih Teras kemuning Saiz  'S' adalah RM250

 (TermasukPos untuk Semenanjung M'sia)





Tasbih Teras Raja Kayu @ Damar Minyak


Teras damar minyak @ raja kayu dijadikan seutas tasbih bersaiz xl . Jumlah makmun 33 biji. Hasil kerja tangan. Atara kelebihan tasbih ini, jika sering dibuat zikir warnanya akan semakin berkilat dan berminyak. Bahkan saya pernah jumpa dengan tasbih yang telah lama digunakan menjadi bersinar-sinar seperti tiger eye.  Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, jika disimpan didalam rumah dapat mengelakkan rumah dari terkena ribut dan lain-lain. Tawaran  dibuka untuk rundingan harga.


Status : Tawaran Dibuka
Tasbih Teras Raja Kayu @ Damar Minyak Saiz  'S' adalah RM250

 (TermasukPos untuk Semenanjung M'sia)




Monday 20 January 2014

Cincin 1


Tempahan cincin perak alloy ukiran bunga tebuk dibuka untuk tempahan. Kami juga terima tempahan dalam bentuk suasa,emas dan lain-lain serta corak bunga dan ukiran mengikut citarasa anda. Boleh juga ditempah dalam bentuk cincin,loket,gelang dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tempahan siap antara 2minggu ke 4minggu bergantung pada tempahan. Maklumlah buatan tangan bukan mesin. Ianya mengambil sedikit masa. Tetapi hasilnya sangat memuaskan dan penuh berseni. Tawaran dibuka dan yang pastinya harga dibawah pasaran..


Status : Tawaran Dibuka




Cincin 2 Permata


Cincin perak 2 biji permata dijadikan satu cincin.Pertukangan tukang Penang manakala cincin  saiz 18. Permata milik berliau. Tempahan telah pun siap dan siap sedia  akan dipos kepada tuan. Tempahan masih dibuka.


Status : Telah Ditempah




Sunday 19 January 2014

Cincin Perak Permata Zamrud


Permata zamrud columbia diikat perak saiz 15. Permata zamrud columbia air kaca gred A dililit berlian swis sekeliling permata. Hasil tangan pertukangan Tukang Penang. Tempahan dari sahabat dari Selangor. Tempahan juga dibuka samada untuk dijadikan cincin,gelang, loket dan lain-lain.


Status : Alhamdulillah telah Siap








Cincin Permata Besi Hyper Rare


Permata besi campur ‘ hyper rare’ telah siap dijadikan cincin. Tempahan istimewa kuku suasa manakala bunga tebuk juga dari suasa. Cincin perak saiz 21. Tempahan dari seorang sahabat dari Pulau Pinang telah pun siap. Cincin ini hasil kerja tangan tukang kelantan.

ADMIN - Sekadar berkongsi pendapat. Adakalanya untuk permulaan memakai cincin ini kita akan rasa panas. Maksud panas disini kita akan menjadi mudah marah atau baran. (tidak semua orang) Adakalanya kita akan rasa marah tanpa sebab. Antaranya  disebabkan mungkin ada sebahagian amalan kita bercampur elok dengan tak elok, ada saka, ada sesuatu pemakaian kita yang tak elok, kita terkena buatan orang atau kita pernah termakan, gangguan dari dalam tubuh kita, disantau dan lain-lain. Tetapi ada juga setengah orang  bersifat tenang sahaja ketika memakainya. Tetapi ada juga sampai demam. Dengan izin ALLAH S.W.T  dapat dijadikan sekadar jalan iktiar bukan setakat khasiat yang saya ceritakan sebelum ini, juga bertindak sebagai penawar berkaitan tubuh badan kita, membaiki  urat saraf, membuang gangguan yang tak elok, termakan dan lain-lain lagi.  Campuran besi ini juga termasuk bersifat penunduk dan kita juga menjadi berani (maksudnya hati kita tidak mudah gementar). Banyak lagi keistimewaan mengenai besi ini. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa. Menurut guru saya, sipemakai haruslah sentiasa bersabar dan cuba mengalahkan sifat panas besi. Cincin ini perlu dipakai secara berterusan dan kalau boleh senantiasa dipakai dijari untuk mendapat hikmah besi. Seperti juga kaedah jika kita menuntut ilmu, jika kita berjaya mengalahkan dengan 'sifat sabar' maka besi atau amalan ilmu  ini akan tunduk kepada kita. Bila kita berjaya mengalahkan 'sifat besi atau amalan ilmu' ini biasanya kita akan mengetahui rahsia disebaliknya. Ada juga setengah besi seperti keris, badik, lembing dan lain-lain menguji sifat kita (amalan). Sebagai contohnya seperti kita terjumpa seketul berlian dalam bentuk raw. Sifatnya asalnya tidak cantik, bercampur dengan batu dan tanah. Tetapi jika kita memotongnya, membentuknya,membersih dan mengilapkannya maka perlahan-lahan sifat berlian yang cantik dan bersinar akan teserlah. Dalam usaha ini memerlukan sifat sabar kita. Cincin ini sangat disyorkan dipakai ketika sembahyang serta ketika membaca AL QUR'AN. Sekadar makluman, untuk menyiapkan permata besi campur hyper rare mengambil masa bukan sebulan tetapi setahun.Walaubagamanapun telah ada beberapa biji yang telah siap. Cuma tunggu untuk dipolish dan dibentuk. Stok terhad hanya tinggal 4 biji sahaja lagi tu...  Hanya sekadar jalan ikhtiar dan tawakkal..  Wallahualam.


 Status : Alhamdulillah, Telah siap.





Saturday 18 January 2014

Sepasang Cincin Bentuk Hati


Cincin emas putih lelaki dan perempuan. Permata delima. Cincin ibarat sepasang. Bila dicantumkan menjadi bentuk hati. Tempahan dari seorang sahabat yang bakal berkahwin.. Tempahan telah pun siap dan siap sedia  akan dipos kepada tuan. Tempahan masih dibuka.

Status : Telah Ditempah