BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 18 March 2014

Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis


                          Antara tasbih paling rare tahun ini. Diambil dan dikumpul dari seluruh dunia. 100 jenis buluh tumpat pelbagai jenis diambil dari seluruh dunia dicanai dijadikan seutas tasbih. Bermakna setiap satu buluh tidak sama dengan buluh yang lainnya.Untuk proses pencarian dan mengumpul saja ambik masa lebih dari 20 tahun.Untuk pengetahuan tuan-tuan semua buluh-buluh tumpat ini bukan buluh biasa tetapi telah menjadi batu! Ada bermacam-macam jenis dan warna seperti hijau, putih, kuning, merah, hitam, jenis bercabang, pelbagai jenis saiz, bentuk  dan lain-lain yang sukar dinyatakan disini. Diringkaskan ibarat 'Tasbih Buluh Cindai" Mungkin dimasa hadapan jika panjang umur dan diluangkan masa, saya siarkan satu persatu fosil buluh tumpat ini dalam bentuk asal. Sekadar untuk makluman semua, segala barangan dalam blog ini bukan dibeli dari tanah seberang atau dibeli dari orang perseorangan. Semuanya dari hasil pencarian guru kami. Proses untuk mencanai dan menebuk buluh ini satu persatu saja mengambil masa lebih dari setahun. Antara buktinya ini adalah fosil buluh: Jika tuan-tuan perhatikan pada urat-urat pada fosil ini, walaupun telah bertukar menjadi batu tetapi urat-urat buluh yang kasar jelas kelihatan. Subhanallah. Itulah tanda kebesarannya.Jika difikir dan direnung pada buluh ini betapa hebatnya ciptaan dan kekuasaan ALLAH SWT.  
                            Dengan  izin ALLAH SWT  dapat dijadikan jalan ikhtiar dan asbab sekadar menakutkan dan melemahkan binatang bisa,binatang buas, sangat ditakuti dan melemahkan pengamal ilmu hitam, pengamal ilmu santau, ditakuti dan melemahkan jin kafir, kategori pembisa iaitu lebih bisa dari kayu bisa yang lain, walaupun kategori pembisa ianya juga dapat digunakan sebagai penawar dari segi perubatan seperti orang yang kerasukkan, orang terkena ilmu hitam , minyak dagu, besi bat,abu mayat dan lain-lain sepertinya : direndam dalam air zam-zam dan diberi minum  Jangan lupa bacaan AL QUR'AN dan SELAWAT wajib dibaca dalam ikhtiar. Bacalah walaupun sekadar BISMILLAH....Selawat Nabi.Jika sentiasa diamal berzikir dengan tasbih ini : aura tubuh badan lebih mantap, ketahanan kulit dan sukar diresapi makluk halus, ketahanan tubuh. Jika dibawa kemedan peperangan musuh menjadi lemah dan berdebar-debar bila berhadapan dengan kita dan tidak mustahil kebal diwaktu kecemasan.(selagi belum tiba ajal yang ditetapkan)  Jika tasbih ini dibawa bersama masuk ke dalam hutan,bukit,gunung,gua insyaALLAH dijauhi dari gangguan makluk halus, dijauhi binatang bisa,binatang buas (boleh dikatakan lansung tidak berjumpa dengan izinNya) jika diletakkan didalam rumah dapat dielakkan dari ilmu pukau,tuju, buatan khianat, dan lain-lain khasiat yang tidak dapat nyatakan satu persatu denhan izinNYA. Jika ditanya lagi Wallahualam. Hanya ALLAH yang Maha mengetahui setiap sesuatu yang dijadikannya.Kita hanya sekadar tahu tetapi ALLAH SWT lebih Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana atas ciptaanNya..
                            Kami ingin maharkan dengan harga RM7,000. Harga ini kami fikirkan berpatutan dan mampu untuk dimiliki. Sekadar untuk renungan bersama, jika diambil kira dari segi upah untuk mencanai saja sebiji permata RM12 X 100 biji =RM1,200. Belum dicampur kos tebuk, kos perbelanjaan dalam usaha pencarian dan lain-lain kos termasuk harga fosil ini. Tidak termasuk nyawa yang dipertaruhkan dalam usaha pencarian ini. Tetapi disini kami ingin memaharkan separuh dari nilai  harga diatas. Ditawarkan pada harga berdasarkan rundingan bersama..Telah ada beberapa utas yang telah siap dan sedia untuk diposkan terus kepada tuan-tuan.Jika tuan-tuan rasa berminat dan berhajat boleh terus hubungi kami.Jika ada sebarang pertanyaan dan pendapat boleh terus hubungi kami.Harap maaf kali ini banyak celoteh..

 ADMIN - Sambil dok berzikir sambil dok fikir akan kebesaranNYA.
                  SUBHANALLAH...ALLAHUKBAR.......


Status : Tawaran Dibuka


Cincin Tepak Sirih Permata Jarum Emas A+++


Cincin perak ukiran tangan tempahan khas. Yang istimewanya cincin perak ini bentuk 'tepak sirih' dari hasil kerja penuh seni tukang tersohor Kelantan. Tempahan untuk cincin sahaja mengambil masa lebih dari 3 bulan. Digabungkan dengan permata jarum emas gred A++. Permata jarum emas bahagian umbi ini bersaiz XL ini sangat jernih dan sangat menyerlah ketika dipakai dijari. Ukiran kehalusan bunga yang halus dan berseni disekeliling permata. Tawaran dibuka berdasarkan rundingan harga bersama.


Status : Tawaran Dibuka