BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 7 March 2015

Kisah Buluh Perindu



Rasanya sudah lama ambo tidak menulis kisah dan pengalaman pencarian barang... Pernah juga sahabat-sahabat diluar sana menghubungi ambo samada melalui wasap, sms, telefon atau ketika berjumpa dengan ambo bertanyakan kisah yang boleh ambo kongsikan bersama. Maaflah mungkin kerana kesibukkan dan tiada ruang waktu untuk ambo bercerita. Kadang-kadang ada kisah yng berlaku diluar pemikiran akal biasa. Dan tentunya Ambo takut orang tersilap faham. Apapun anggaplah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah tanda kebesaran Ilahi.  Apalah yang aneh jika dibandingkan langit yang tergantung tanpa tiang. Dimana tiada penghujung dan juga tiada pangkal..!  Kali ini ambo ingin berkongsi cerita kisah pencarian “buluh perindu’. Rasanya peristiwa ini berlaku lebih dari 20 tahun yang lepas. Ketika itu bapa saudara ambo dan Pak Muda masih lagi bernafas dan kini mereka telah pulang ke rahmatullah kira-kira 15 tahun  (Pak Muda) dan 5 tahun (Pak Da) yang lepas. Smoga arwah dicucuri rahmat, insya Allah.
Kisahnya bermula disuatu hari, dan untuk permudahkan cerita arwah bapa saudara Ambo panggilnya ‘Pak Da’. Hendak dijadikan cerita suatu hari Pak Da berhajat untuk membuat seutas tasbih istimewa. Dan salah satu barang yang dihajatkan oleh Pak Da untuk dimasukkan kedalam tasbihnya adalah buluh perindu. Dan buluh ini dikhabarkan terdapat disalah satu gunung yang begitu popular diTrengganu. Lagipun selain dari mengambil buluh perindu Pakda juga sudah berhajat untuk berjumpa dengan gurunya. Rasanya sudah hampir 2 tahun Pak Da tidak berjumpa dengan gurunya. Kiranya untuk mengambil buluh perindu untuk dimasukkan kedalam tasbih adalah sekadar asbab sahaja.
Maka setelah berbincang maka tibalah waktu untuk berangkat. Perjalanang menaiki motosikal mengambil masa lebih dari 2 jam.  Apabila kami menghampiri jalan utama untuk masuk ke dalam rumah Pak muda (nama panggilan sahabat Pak Da) kelihatan Pak Muda telah tersenyum dan seolah-olah memang menanti kehadiran kami. Untuk makluman tuan-tuan mengikut pandangan ambo usia Pak Muda dalam anggaran 60 tahun. Orangnya sangatlah kurus tetapi tenaganya masih kuat seperti orang muda. Menurut kata Pak Da, Pak Muda ini setiap hari berpuasa. Dan jika berbuka puasa cukuplah sekadar apa yang ada. Jika tiada makanan berliau hanya berbuka puasa dengan air sejuk sahaja.  Begitulah rutin hidup selama bertahun-tahun. Dan dia tinggal seorang diri didalam bangsal kecil yang dibinanya. Dan dibibirnya sentiasa sahaja basah dengan zikrullah. Apa yang ambo perhatikan, Pak Muda sangat kuat ketika mendaki bukit. Lansung tiada nampak penat atau letih ketika mendaki, walaupun berliau ketika itu berada dalam keadaan berpuasa. Bagi ambo tenaganya seolah tidak pernah turun. Dan berliau hanya berkaki ayam..! Langsung tidak risau samada terpijak duri ataupun terpijak permukaan batu yang tajam.  Untuk pengetahuan tuan-tuan, rumah pak muda terletak dikaki gunung tersebut dan merupakan satu-satunya rumah yang ada disitu. Selepas berjalan kaki  kira-kira satu jam lebih akhirnya kami disuatu tempat berhampiran anak sungai kecil. Selepas berehat seketika kelihatan Pak Muda megambil satu galah panjang kira-kira 20 kaki panjangnya dan dihujungnya kelihatan bercabang tiga dan digulung dengan plastik dibahagian luar.
Selepas itu kelihatan Pak Muda mengait sesuatu dicelah-celah dahan pokok. Ada setengah pokok seolah-olah dicelah  dahan terdapat sarung burung kecil ataupun sarang tupai. Kami hanya memerhatikan sahaja. Selepas itu Pak Muda pun mengambil sesuatu yang berada didalam pengaitnya. Kelihatan disitu terdapat beberapa batang pokok buluh kecil dimana saiznya hanya sebesar saiz dan sepanjang batang mancis sahaja. Bahkan ada yang lebih kecil dari itu, Dimana setiap dahan pokok hanya memilki sebatang pokok sahaja. Dan ianya pula bersifat tunggal. Kelihatan pokok buluh kerdil ini hanya memiliki sekitar 3 dan paling banyak 7 daun kecil sahaja setiap pokok. Dan Pak Muda menyuruh kami membuang atau mematahkan bahagian bawah atau akar buluh ini. Kerana menurutnya jika akar buluh ini tidak dibuang maka ianya akan terbang atau hilang mengikut arah angina. Walaupun ianya disimpan didalam botol tertutup. Dan untuk membuktikannya dia membiarkan sebatang pokok dan tidak dipotong dibahagian bawahnya..
Alhamdulillah sudah rezeki kami pada hari itu, Pak Muda menyatakan terdapat banyak buluh perindu yang hinggap disekitar kawasan itu pada hari itu. Biasanya dalam satu masa berliau hanya berjaya mengutip satu hingga 3 batang sahaja. Mungkin sudah tersurat rezeki kami, Alhamdulillah syukur. Menurut Pak Muda buluh perindu ini bergerak dan terbang seperti burung. Ianya akan terbang atau hinggap dimana sahaja yang ia suka. Kadang-kadang hanya sebatang pokok sahaja dan kadang-kadang banyak, ibarat sekawan burung. Dan biasanya ia hinggap diatas celah batang buruk atau diatas sarang burung kecil, atau sarang tupai atau dimana terdapat sedikit dedaun keci dicelah ranting. Dan antara petua untuk mencari buluh perindu itu, jika diperhatikan disekitar kawasan buluh perindu itu berada seolah-olah bersih dan terjaga. Juga terdapat udara yang sejuk dan tiada angin kuat disekitarnya. Juga terdapat beberapa petua yang lain. 
Selepas Sembahyang zohor disitu kami pun bergerak menuju kerumah Pak Muda. Dimana dirumah Pak Muda dia memberi kami bekas botol nescafe bersaiz sederhana untuk memasukkan semua buluh perindu didalam botol tersebut . Ambo mengambil kesempatan mencium buluh ini. Terdapat bau haruman yang lembut dan segar. Sukar untuk ambo menyatakan bauan wangi yang terdapat pada buluh ini. Selepas memasukkan semua buluh termasuk sebatang yang tidak dibuang akar itu tadi. Botol ditutup mengunakkan penutup botol. Saya menutupnya kuat-kuat untuk memastikan ianya tidak mudah terbuka. Saya perhatikan dedaun buluh ini seoalah-olah bergerak-gerak terutama yang tidak dibuang akar tadi.
Sekitar jam 9 malam kami bertolak pulang kerumah. Kami tiba dirumah kira-kira jam 1 pagi. Selepas sampai dirumah bapa saudara ambo atau Pak Da menyuruh Ambo membuka botol dan memeriksa buluh yang terdapat didalamnya. Memang benar kata-kata pak muda, buluh perindu  yang mengandungi akar telah pun hilang entah kemana. Sedangkan buluh yang lain masih lagi ada berdasarkan satu jumlah yang telah pun kami kira sebelum memasukkan buluh kedalam botol. Untuk pengetahuan tuan-tuan buluh yang hilang atau ghaib itu merupakan buluh yang paling besar. Seoalah-olah ibu kepada buluh-buluh yang lain. Apabila diberitahu kepada Pak Da dia hanya tersenyum sahaja. Seolah-olah berliau sudah tahu…. Wallahualam 

ADMIN : Sebenarnya banyak perkara yang istimewa serta perkara aneh yang berlaku ketika mengambil buluh istimewa ini. Tetapi kisah ini terpaksa diringkaskan untuk mengelak salah faham. (arr.. sebenarnya ambo tak larat  nak menaip lama-lama..hi..hi..hi, Jangan marah…!) ) Sekadar makluman buluh istimewa ini tidak dijual tetapi akan dipasak dalam permata tertentu. Ianya akan dipasak bersama campuran yang lain.. Apakah keistimewaan dan kelebihan buluh perindu ini? Tunggu sambungan….hi..hi..hi