BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 September 2014

Permata Ikhtiar 7



Semenjak dulu lagi saya banyak menerima pertanyaan serta tempahan untuk dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN  untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan untuk mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana kesukaran untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha sekian lama mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah berjaya dimilik. Saya sifatkan 'permata ikhtiar 7' ini mudah disebut tetapi sangat sukar dicari. Sebenarnya saya sekarang ini dalam usaha  memproses menjadikan sebiji permata khusus untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan dari terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena sihir, pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau lebam-lebam yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria, mengelak dari histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah, terdapat seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat gangguan yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk halus, mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai koleksi, jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan lain-lain yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura negatif atau anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya. Hasil dari 7 jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan dipakai selain dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Secara ringkasnya khasiat 'permata ikhtiar 7' lebih kearah mengelak, mengusir dan menunduk makluk halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Item gabungan 7 adalah seperti berikut :-
1-    Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
2-    Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
3-    Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
4-    Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5-    Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular  
6-    Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu  barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7-    Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah 1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh. Pemakai dinasihatkan terus memakai dan juga jika boleh perbanyakkan sembahyang taubat dan perlu senantiasa beriktifar. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam

Cincin perak saiz 18 (boleh ubah saiz)  permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit. Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat demikian


Status : Alhamdulilah..Telah Ditebus



3 KAYU DIATAS DAN SELEBIHNYA 4 DIBAWAH

Monday 29 September 2014

Cincin Permata Zamrud Columbia


Cincin perak permata zamrud Columbia. Anggaran berat permata lebih kurang 4 carat. Cincin perak  kuku suasa serta ditampal bunga suasa dibahagian tepi cincin. Cincin buatan tangan dan bersaiz 21 dan saiz boleh diubah. Hasil kerja pertukangan tukang Kelantan

Status : Alhamdulilah..Telah Ditempah







Sunday 28 September 2014

Cincin Perak Aloi - 02



Cincin perak alloy dibahagian tepi dihiasi berlian swiss. Ukiran bunga tebuk juga disekitar bahagian tangkai cincin.  Saiz cincin boleh ditempah mengikut jari anda. Cincin buatan tangan hasil kerja pertukangan tukang Kelantan. . Apa yang istimewa jika dibandingkan cincin perak aloy dengan perak biasa adalah cincin ini sangat berkilat atau berkilau. Seakan-akan emas putih. Cincin perak aloy juga lebih keras jika dibandingkan perak biasa. Insya Allah harga yang kami tawarkan lebih murah berbanding harga pasaran dan pastinya sukar untuk dilepaskan kerana kesenian, kehalusan serta keindahan hasil kerja pertukangan tangan.


Status : Tawaran Dibuka





Friday 26 September 2014

Cincin Perak Aloi - 01


Cincin perak alloy lilit berlian serta dibahagian tepi turut dihiasi berlian swiss. Ukiran bunga tebuk juga disekitar bahagian tangkai cincin.  Saiz cincin boleh ditempah mengikut jari anda. Cincin buatan tangan hasil kerja pertukangan tukang Kelantan. Apa yang istimewa jika dibandingkan cincin perak aloy dengan perak biasa adalah cincin ini sangat berkilat atau berkilau. Seakan-akan emas putih. Cincin perak aloy juga lebih keras jika dibandingkan perak biasa. Insya Allah harga yang kami tawarkan lebih murah berbanding harga pasaran dan pastinya sukar untuk dilepaskan kerana kesenian, kehalusan serta keindahan hasil kerja pertukangan tangan.


Status : Tawaran Dibuka






Thursday 11 September 2014

Cincin Gemunggal Emas Istimewa


 Cincin perak bunga tebuk dalam istimewa buatan tangan tukang Kelantan. Cincin perak aloi ini bersaiz 19. Permata Gemunggal Emas istimewa ini bentuk bujur saiz L atau antara syiling 10 sen ke 20sen.. Pada asalnya cincin ini menjadi koleksi sendiri tetapi saya ingin maharkan kepada mereka yang berminat.


Status ; Alhamdulillah.. Telah Ditempah





BENTUK ASAL SEBELUM DICANAI

Wednesday 10 September 2014

Cincin Fosil Taring Raja Harimau Putih - 2



Taring raja harimau putih tunggal menjadi batu. Dicanai dan dijadikan permata bentuk bujur. Fosil diambil dari tempat istimewa dan juga diambil dengan cara istimewa. Usia fosil sangat tua dan melebihi dari  seribu tahun. Permata bersaiz M atau syiling 10sen. Cincin perak bersaiz 19. Pada asalnya fosil ini menjadi salah satu koleksi simpanan lama saya tetapi rasanya sudah sampai untuk berpindah pemilik dan sedia untuk dimaharkan. Dengan izin Allah SWT sangat baik dijadikan pakaian diri sebagai jalan ikhtiar. Khasiat bersifat semulajadi dan sekadar asbab sahaja. Sekiranya tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya  atau wasap 013-5042066




Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus



Monday 8 September 2014

Cincin Permata Aked Cindai



 Cincin perak bersaiz 19 manakala permata aked cindai bersaiz XL


Status : Tawaran Dibuka






Sunday 7 September 2014

Cincin Kursani Emas - 2



Cincin perak bersaiz 19 manakala permata batu kursani emas bersaiz M. Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar bersifat pelaris, murah rezeki, kebal dikala kecemasan dan lain-lain.

Status : Tawaran Dibuka  




Saturday 6 September 2014

Cincin Kursani Emas


Cincin tangkai kendi buatan tukang Kelantan. Cincin bersaiz 19 manakala permata batu kursani emas bersaiz M. Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar bersifat pelaris, murah rezeki, kebal dikala kecemasan dan lain-lain.

Status : Tawaran Dibuka  



Friday 5 September 2014

Cincin Tanduk Lembu Emas Istimewa - 2


Cincin permata tanduk lembu emas istimewa dan antara koleksi yang sangat baik untuk dibuat pakaian diri. Tanduk ini dicanai dijadikan permata saiz M bentuk bujur. Warnanya yang menarik seakan emas dan sangat sukar didapati. Apa yang menarik permata tanduk lembu emas ini telah bertukar warna. dan hanya terdapat sebiji sahaja. Cincin perak buatan tangan tukang Kelantan bersaiz 19 (boleh diubah saiz). Untuk makluman cincin ini adalah perak aloi.  Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar ianya bersifat penyekat dari perbuatan dengki dan khianat manusia seperti jika ditembak peluru tidak keluar atau menyimpang kearah lain, menjadi penyekat atau pendinding jika dituju ilmu sihir kepada kita. Sangat disyorkan kepada mereka yang berisiko dalam pekerjaan seperti anggota keselamatan , jaga dan lain-lain. Khasiat bersifat semulajadi. Penggunaan cincin ini hanyalah bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Jika rasa berminat atau berhajat boleh hubungi saa melalui wasap atau telefon 013-5042066

Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus




Wednesday 3 September 2014

Cincin Tanduk Lembu Emas Istimewa - 1



Text Box:  Cincin permata tanduk lembu emas istimewa dan antara koleksi yang sangat baik untuk dibuat pakaian diri. Tanduk ini dicanai dijadikan permata saiz M bentuk bujur. Warnanya yang menarik seakan emas dan sangat sukar didapati. Cincin perak saiz 19 (boleh diubah saiz) Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar ianya bersifat penyekat dari perbuatan dengki dan khianat manusia seperti jika ditembak peluru tidak keluar atau menyimpang kearah lain, menjadi penyekat atau pendinding jika dituju ilmu sihir kepada kita. Sangat disyorkan kepada mereka yang berisiko dalam pekerjaan seperti anggota keselamatan , jaga dan lain-lain. Khasiat bersifat semulajadi. Penggunaan cincin ini hanyalah bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Jika rasa berminat atau berhajat boleh hubungi saya melalui wasap atau telefon 013-5042066

Status : Tawaran Dibuka




Tuesday 2 September 2014

Cincin Paruh Burung Menilir


Cincin perak tangkai kendi bertebuk saiz 19 buatan tukang Kelantan. Permata istimewa inibersaiz xl. Permata paruh burung menilir bersaiz m. Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak dari terkena racun santau, ilmu hitam dan lain-lain. Jika terkena atau termakan racun boleh diasah bersama minyak kelapa. Bacaan Al Qur`an juga wajib dibaca dalam berikhtiar. Jika rasa berminat sila hubungi kami.


Status : Alhamdulilah..Telah Ditebus