BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 September 2013

Loket Permata Pelbagai


Loket perak campuran permata.Terdapat pelbagai warna permata asli seperti delima, yellow sapphire dan zamrud bersaiz ss didalam loket  perak ini. Dalam loket ini mengandungi biji 7 permata.Tawaran runding harga.


Status : Tawaran Dibuka




Gelang Permata Labrodite


Gelang perak permata labrodite. Permata bersaiz s. Dalam gelang ini 
mengandungi 10 biji permata.Tawaran runding harga.


Status : Tawaran Dibuka








Loket Permata Sapphire


Loket perak permata nilam burma warna biru. Terdapat satu biji saiz sedan
manakala 7 biji saiz ss. Tawaran dibuka untuk tempahan. Tawaran harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka





Aked Pelbagai Gred


Pelbagai jenis batu aked dari yang murah sampai ke gred A++ telah sampai untuk pilihan.Dari saiz s hingga kesaiz XXL. Akan dimaharkan dalam waktu terdekat. Tawaran dibuka untuk tempahan. Tawaran harga mampu.

ADMIN - Lelong......lelong.. mari-mari..tuan-tuan,adik kakak.. mari-mari..rapat-rapat..
ha...ha... ada gaya ker...!


Status : Tawaran Dibuka



Thursday 26 September 2013

Cincin Permata Hitam


Cincin Perak permata hitam saiz XL. Permata  milik Tuan Nordin dari Jerantut, Pahang
Cincin perak bingkai tebal saiz 23 dililit berlian swiss telah pun siap dan sedia untuk dipos. Hasil kerja pertukangan Penang. Harap tuan berpuas hati. Tempahan untuk bingkai cincin kami terima samada jenis perak, suasa, emas atau palladium.


Status : Telah Ditempah








Cincin Permata Cat Eye


Cincin perak permata cat eye tempahan dari Puan Zarina dari Putrajaya. 
Permata bersaiz ss (syiling 5 sen). Cincin perak bersaiz 5

Status : Telah Ditempah






Cincin Permata Marjan Putih


Cincin perak permata marjan putih tempahan dari Tuan Zakaria dari Putrajaya.
 Permata saiz sedan. Cincin perak saiz 18. Pertukangan tukang penang.


Status : Telah Ditempah





Gelang Delima


Gelang perak permata delima asli.Permata delima saiz ss. Dalam gelang perak ini mengandungi 13 biji permata delima. Tawaran runding harga.


Status : Tawaran Dibuka





Gelang Delima Campur


Gelang perak mengandungi pelbagai warna dan jenis batu asli seperti delima, zamrud, yellow sapphire. Permata  bersaiz ss. Dalam gelang perak ini mengandungi 2 lapis gelang pelbagai permata dijadikan satu gelang..Sebenarnya gelang ini kami tempah terlebih dahulu, baru dicanai permata dan dimasukkan kedalam gelang. Kami ada pelbagai permata dalam bentuk bongkah..Tawaran runding harga.


Status : Tawaran Dibuka




Wednesday 25 September 2013

Cincin Batu Wali


Cincin perak batu wali@buluh@taat wali@tabasher saiz XL bentuk bujur. Ada kalimah dalam permata ini jika diperhatikan dibawah cahaya matahari.Tapi tidak dapat dilihat melalui gambar kamera Tempahan dari hamba ALLAH dari Pulau Pinang. Cincin bunga tebuk. Saiz cincin 18.Hasil kerja tangan pertukangan Tukang Kelantan.

ADMIN 
- Ambo ada satu pengalaman dalam tiga tahun lepas anak ambo kena penyakit seolah kudis bernanah diseluruh kepala dan muka. Yang pelik hanya naik dikawasan muka dan kepala . Cuba ikhtiar berubat dengan hospital, perubatan islam tetapi semakin naik kudis. Akhirnya ambo bertanya guru untuk ikhtiar sendiri. Diajar : ambik batu wali ditumbuk bagi halus menjadi debu dan dicampur dengan air zam-zam disapu seluruh muka dan kepala. Doa dan selawat juga wajib dibaca dalam ikhtiar. Syukur  Alhamdulillah, dalam masa seminggu sembuh sepenuhnya. Apapun penyakit cuba ikhtiar melalui hospital dulu... 

Status : Telah Ditempah

Terima Kasih Tuan Salleh, Penang





Tuesday 24 September 2013

Cincin Permata Kuning


Cincin perak batu milik beliau sendiri.Tempahan dari hamba ALLAH dari Trengganu. Cincin tangkai kendi. Saiz cincin 12.Hasil kerja tangan pertukangan Penang.


Status : Telah Ditempah
              Terima kasih tuan Suhaimi,Kerteh








Cincin Kursani


Cincin perak batu kursani kuning saiz XL Tempahan dari hamba ALLAH dari Trengganu. Cincin tangkai kendi kuku suasa. Saiz cincin 18. Hasil kerja tangan pertukangan Penang.


Status : Telah Ditempah
              Terima kasih. Tuan Suhaimi, Kerteh






Loket Batu Delima


Loket perak campuran pelbagai jenis batu delima asli. Terdapat gabungan tiga warna  batu delima asli disatukan dalam satu loket. Loket ini juga boleh dichrome emas bergantung kepada citarasa anda. Berminat boleh runding harga.



 Status : Tawaran Dibuka 




Monday 23 September 2013

Loket Jarum Emas

    
Loket perak permata jarum emas 'rare' warna kuning gred ‘A’. Warna batu yang jernih. Saiz loket hampir sebesar syiling 50sen bentuk seakan tiga segi.Menurut guru saya jarum emas ada 114 jenis. Batu jarum emas juga terdapat lebih kurang 11 jenis warna . Ada batu jarum emas setengahnya melebihi dari 2 warna bahkan ada yang lebih dari 7 warna dalam satu batu. Ada juga setengah orang 'lama' menggelar batu ini 'batu bulu cendrawasih' disebabkan kecantikkan, kehalusan dan keindahan yang terdapat pada batu ini. Tawaran harga istimewa untuk loket ini.

  ADMIN – Sekarang ni dah jadi macam trend,sikit-sikit alam sana...
                  Kalau ambo bagitau loket ini datang dari alam bunian.. milik tuan puteri...
                  Pasti berebut-rebut orang ingin menebusnya. Tapi ampunkan ambo, loket ini dari    
                 Alam nyata. Tak tergamak ambo..Tetapi ambo juga tidak menafikan adanya
                 ‘pelbagai barangan’ dari alam sana. Ambo juga tidak menafikan orang yang   
                 Memiliki keistimewaan itu dengan izin ALLAH SWT. Ambo cuma sekadar  
                 beringat untuk diri ambo jer... Tapi kadang-kadang ambo terfikir, sekiranya cabai      
                 ditanam dialam kita rasa pedas.. Adakah cabai ini juga rasa pedas jika ditanam 
                 dialam sana..? jika ya, apa kurangnya barangan alam kita.. Tepuk dada tanyalah
                 hati...jangan marah yer..cuit-cuit sikit jer..

Status : Tawaran Dibuka 




Sunday 22 September 2013

Gelang Firus Campur


Gelang perak campuran pelbagai jenis batu firus.Terdapat pelbagai warna dari pelbagai negara disatukan dalam seutas gelang. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar membaiki perjalanang darah, menghilangkan perasaan darah gemuruh, memberi keyakinan dan lain-lain dengan izinnya. Berminat boleh runding harga.


 Status : Tawaran Dibuka





Saturday 21 September 2013

Loket,Gelang Dan Cincin

Tempahan dari seorang Hamba ALLAH untuk dihadiahkan buat isterinya.
Satu set barangan perak telah siap sebagaimana permintaan beliau. Permata milik     
Beliau sendiri. Hasil pertukangan tukang Penang.


Status : Telah Ditempah



Friday 20 September 2013

Wakaf / Bangsal Bentuk Antik


Untuk mereka yang berminat untuk diletakkan disekitar halaman rumah,dikebun, dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai. Milik seorang teman untuk dijual sekitar Kelantan dan kawasan Besut dan Jertih Trengganu. Lain-lain tempat perlu berbincang dulu. Maklumlah baru berlajar berniaga. Boleh buat perbandingan harga kat luar sana.

* Sebarang pertanyaan hubungi
  *ustaz Nordin : 014-8045244
* Encik Ilyas : 014-5134506

 Keterangan seperti dibawah
- Jenis kayu : meranti merah/merawan
- Bumbung/atap : shira
- Panjang : 5kaki 64 inci
- Lebar : 4kaki 52 inci
- Tinggi : 6kaki 82 inci
- Warna : coklat tua
-Tidak perlu menunggu
-Beberapa wakaf telah siap
dan siap sedia untuk penghantaran kerumah tuan
- Khidmat penghataran kerumah juga boleh diuruskan.
-Tempahan juga diterima dari segi saiz,warna dan bentuk.
-Pertukangan orang kampung

ADMIN - Minum petang sambil ambik angin kat luar rumah
               Opps..! bangsal yang kat bawah terbalik la pulak.. Jangan panik tuan-tuan.
               kami hanya jual yang elok sahaja. Yang terbalik kami tak jual.. 
               he..he..Jangan marre..!


Status : Ditawarkan RM2,050 Sebuah





Kerongsang Permata Zamrud


Kerongsang perak permata zamrud asli. Kerongsang ditempah dalam bentuk rama-rama. Ditawarkan pada harga mampu. Tawaran harga mampu


Status : Tawaran Dibuka




Thursday 19 September 2013

Gelang Perak Permata Yakut,Delima Dan Zamrud


Gelang perak gabungan tiga jenis permata asli : 5 biji yakut (tengah) 2 biji delima ceylon hijau  (tepi kiri-kanan) dan  yang bewarna hijau saiz kecil permata zamrud. Tidak jemu mata memandang. Gabungan permata yang pelbagai. Bingkai gelang boleh ubah seperti tambah cangkuk keselamatan

ADMIN - Lihat-lihat.....pandang-pandang... 
                Rasa berkenan kita boleh runding harga.. 


 Status : Tawaran Dibuka