BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 11 January 2014

Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis Fosil


Tasbih 100 jenis buluh tumpat menjadi batu dicanai dijadikan seutas tasbih. Terdapat terlalu banyak campuran pelbagai jenis buluh diambil dari serata dunia. Usaha untuk mengumpul 100 jenis buluh ini mengambil masa lebih dari 20 tahun. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun. Kebanyakkan fosil buluh dijumpai tertanam didalam tanah, sungai, padang pasir dan lain-lain. Bahkan jangan terkejut ada sebahagiannya dijumpai masih terpacak diatas tanah. Maksudnya fosil ini berada didalam rimbunan buluh yang hidup.. Ada juga sebahagiannya dalam sebatang buluh separuh batu (fosil) manakala sebahagiannya masih lagi dalam bentuk buluh biasa.Terdapat pelbagai warna yang menarik pada tasbih dengan  penuh warna warni.. Saya boleh katakan pada tasbih ini ibarat lengkap sebuah negara. Ada raja, menteri, panglima, hulu balang, perubatan, askar dan lain-lain.. Banyak kisah-kisah yang ganjil dan aneh semasa dalam usaha mencari dan mengambil fosil buluh ini. Mungkin jika ada masa dan dipanjangkan umur akan keluar kisah berkaitan buluh. Fosil buluh ini dicanai dan ditebuk dijadikan sebiji-sebiji tasbih.. Setiap satu buluh ini sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian' bahkan ada yang ditebuk lubang sampai 10 mata penebuk terpaksa digunakan. Kebanyakkan mata penebuk cepat menjadi tumpul atau patah.. Kebiasannya jika sejenis kayu atau buluh dapat mengalahkan kekuatan atau ketajaman besi (seperti buluh ini) biasanya dengan izin ALLAH  jika sentiasa dibuat zikir semua jenis besi akan lemah atau tunduk bila berhadapan dengan kita. Walaupun ketika itu tiada tasbih disisi kita. Kerana aura buluh pada tasbih telah diserap oleh tubuh badan kita. Untuk makluman 99 jenis fosil buluh dibahagian makmun (biji) manakala 1 jenis fosil buluh dibahagian iman (kepala tasbih) Untuk makluman kepala tasbih dibuat dari ‘raja buluh’. Jumlah semuanya 100 jenis fosil buluh.


Status : Tawaran Dibuka





ANTARA CAMPURAN FOSIL BULUH DIBUAT TASBIH