BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 6 February 2014

Teras Kayu Tas Menjadi Batu (Fosil)


Sejak bertahun dahulu Ambo banyak menerima tempahan khas dari mereka yang memelihara beruk. Dalam pengetahuan Ambo beruk ini dipelihara untuk tujuan mengambil kelapa dan ada juga dikalangan kawan Ambo memelihara beruk untuk menjaga kawasan sekitar rumahnya dari penceroboh. Dan setakat ini Ambo belum pernah  mendengar dikalangan mereka memelihara beruk untuk dijadikan amah atau menghantar anak ke sekolah.. Rasanya jika ini terjadi semua sekali termasuk guru besar  akan cabut lari he..he..he.. Dan sudah menjadi sifat binatang kelakuan liar dan garang pastinya ada. Dan sudah pastinya sifat beruk juga sukar diduga. Walaupun sejinak manapun dan dibela bertahun-tahun adakalanya beruk bukan setakat gigit  orang berdekatan malahan tuannya sendiri turut menjadi mangsa. Disini Ambo ingin syorkan satu teras untuk dijadikan jalan ikhtiar dan tawakkal. Teras ini ambo syorkan untuk dibuat gelang. Ambo syorkan untuk dibuat gelang kerana ketika kita memakainya supaya disekeliling deria urat saraf dan nadi kita menyerap aura dari teras ini. Dan mudah-mudahan aura teras ini yang bersifat penunduk atau gelombang aura ini akan melemahkan sifat garang beruk itu. Dan jangan tersilap tu.. Jangan pulak bagi beruk tu pakai.. Nanti terbalik kot.. Takut nanti beruk pulak rilek kat bawah, tuan dia pulak kena panjat pokok kelapa. Tak ke kes naya.. Jangan pulak salahkan Ambo nanti.. ha..ha..ha.. Ambo bergurau ajer tu.. Teras istimewa yang Ambo maksudkan adalah teras kayu tas menjadi batu. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhitiar.  Selain dari amalan bacaan AL QUR'AN dan Doa. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Pihak kami juga menerima tempahan dijadikan cincin, loket dan lain-lain mengikut citarasa tuan-tuan. Harga berdasarkan rundingan bersama.  Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami. Wallahualam



 Status : Tawaran Dibuka


GAMBAR TERAS KAYU TAS (FOSIL)
SATU KELUARGA MERONDA..!  (GAMBAR DARI INTERNET)