BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 14 November 2014

Cincin Perak Aloi Ukiran Tebuk Istimewa - 12


 Cincin perak aloi istimewa ukiran bunga tebuk dari bahagian badan cincin sehinggalah kepada bahagian tangkai bawah. Apa yang istimewa tentang cincin ini dan membezakan dengan yang lain adalah ukiran bunga didalam bahagian atas cincin. Cincin ini sangat-sangat sukar dibuat kerana perlu kemahiran yang tinggi serta kesabaran dalam menghasilkan sesuatu istimewa. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Untuk makluman tuan-tuan, sangat jarang tukang ingin mengukir pada perak aloi berbanding perak 925 kerana perak aloi sangat keras dan sukar diukir. Tambahan pula diukir tebuk. Pihak kami akan cuba membuat hasil yang terbaik untuk kepuasan tuan-tuan. Rekaan corak cincin ini adalah hasil dari ciptaan saya bersama tukang. Pihak kami juga akan cuba membuat perubahan serta membuat rekaan corak  cincin lain dari yang lain dari masa ke semasa.

Status : Tawaran Dibuka