BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 23 July 2013

Batu Jade Cindai

Batu jade cindai bersaiz M.Tawaran harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka



Batang Keladi Menjadi Batu

Batang keladi menjadi batu.Sukar didapati dan termasuk dalam batu rare.Telah ditempah oeh sahabat

 Status : Telah Ditempah







Loket Suasa Cendrawasih

Tempahan loket suasa dari seorang sahabat untuk dihadiahkan kepada isterinya .Batu cendrawasih bersaiz XXL. Proses tempahan mengambil masa sebulan.(Bergantung kepada kesibukkan tukang) Tawaran dibuka untuk tempahan, samada dijadikan bentuk permata,loket dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Tawaran Dibuka








Permata Teras Campur 17 Jenis

1)     Naga sari
2)     Permata 17 jenis teras
3)     Penawar Hitam
4)     Gemunggal
5)     Kemuning hitam
6)     Kemuning kuning
7)     Kemuning emas
8)     Bedak sejuk
9)     Penunduk
10)Cendana
11)Raja kayu
12)Asam jawa@celagi
13)Hitam arang
14)Ibor
15)Damar minyak
16)Rengas

17)Beluru berdarah
18)Abanuh

Hanya tinggal permata yang bertanda ‘A’ sahaja. Permata bersaiz  L. Harga mampu.

Status : Tawaran Dibuka



Teras Campur 17 Jenis

Campuran 17 jenis pelbagai teras dalam proses dijadikan permata

Status : Tawaran Dibuka



Batu Mata Dewa

Permata mata dewa bersaiz XL tempahan dari seorang sahabat. Sangat jelas bentuk seolah terdapat mata didalamnya. Termasuk dalam koleksi rare. Saiz cincin 21 pertukangan tukang kelantan


Status : Telah Dimilki



Batu Cendrawasih

Batu cendrawasih berubah warna. Warnanya sangat menarik dan batu bersaiz XL.Telah ditempah oleh seorang sahabat. Tawaran dibuka kepada peminat sekiranya berminat boleh terus  hubungi saya, nyatakan saiz, bentuk dan jenis  ’item’ @ barangan dan insyaallah saya akan cuba usahakan sekadar mampu.Harga boleh dirunding.


Status : Telah Dimilliki




Batu Lumut

Terdapat dua jenis saiz pada batu lumut iaitu saiz M dan XL. Sekilas pandang macam batu cindai. Tawaran harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka



Batu Buaya

Batu Buaya@Geliga buaya diambil dari mulut langit buaya putih menjadi batu.Batu ini bersaiz XL dan telah ditebus oleh seorang sahabat.Sekilas pandang batu ini seperti batu kristal tetapi yang membezakannya corak urat batu dan terdapat gelembung buih didalamnya.Ada cerita disebalik batu ini.


Status : Telah Miliki







Batu Jarum Emas

Batu jarum emas bersaiz L. Sesuai untuk dibuat loket dan cincin. Batu jarumemas yang tinggal batu bertanda A , B dan C 


Status : Tawaran Dibuka







Batu Serai @ Zircon

Terdapat pelbagai warna batu serai bentuk cutting dan bersaiz M  (lebih kurang 10sen) Dimaharkan pada harga RM70 (Termasuk pos )


Status : Tawaran Dibuka




Nilam Ceylon

Batu nilam ceylon air kaca.Permata bersaiz S dan air bersih (lebih kurang syiling 5sen)


Status : Tawaran Dibuka




Air Zam-zam Batu


SUBHANALLAH.Syukur Kepada ALLAH SWT dengan nikmatnya.Hari ini dapat lagi kita berkongsi pada minat yang sama. Hari ini kita berkongsi antara koleksi yang saya sayang ,air zam-zam jadi batu.Ada orang menggelarkannya 'Batu Geliga Zam-Zam'.Sangat-sangat sukar didapati.Amat-amat rare.Saya sifatkannya Raja sekelian penawar.Raja sekelian Air.Yang peliknya tentang batu ini,Walaupun telah berubah sifat menjadi batu tetapi bentuk dan rupa air tidak berubah. Sebiji sama dengan ketulan ais.Jika kita letakkan batu ini  dalam peti ais, pasti tertukar yang mana satu air zam-zam batu. .! Juga satu keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam batu ianya bersifat lebih ringan dan mudah dipotong @ dibentuk.Selain daripada itu,  dalil yang membuktikan ini adalah air zam-zam batu, apabila kita rendam beberapa jam dengan  air mineral atau air masak rasa air ini bertukar menjadi payau seperti rasa air zam-zam.Jika kita perhatikan pada batu ini, masih debu atau kesan tanah melekat pada pada batu ini. Terdapat lebih dari 20 individu telah   merasai air rendaman batu ini dan semuanya sepakat mengatakan rasanya seperti air zam-zam. Ada seorang sahabat, telah menyimpan air zam-zam pemberian arwah neneknya lebih dari 20 tahun. Katanya air zam-zam sekarang rasanya tak sama seperti dulu, tapi apabila saya memberi dia rasa minuman air rendaman ini, lantas dia menyatakan rasanya sama dengan rasa zam-zam pemberian arwah neneknya. Begitulah Agungnya ciptaan ALLAH SWT .Maaflah tidak dijual.


Status : Sekadar Berkongsi Cerita