BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 12 March 2014

Cincin Akik Yaman Hijau


Permata akik Yaman diambil dari salah satu negara Arab yang terkenal dengan keindahan batu permata akik. Diklafikasikan dalam gred A warna hijau seolah berkaca. Batu akik yaman bersaiz mega telah ditempah oleh Tuan Zahidy dari Kuantan,Pahang. Permata akik Yaman diikat dengan cincin perak tangkai kendi  serta kuku suasa hasil kerja pertukangan tukang Kelantan. Permata ini sedang digilapkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik serta dikecilkan saiz cincin 17 sebagaimana permintaan tuan. Dan pihak kami telah pos laju no.rujukan EF23485459 5MY.Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ yang dipos diminta sms/what appas atau hubungi saya terus.  Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin




Gelang Kayu Cintamani Emas Dan Hitam


Gelang Cintamani hitam @ akar bahar hitam digabungkan dengan 2 cintamani emas @ bahar emas dijadikan satu gelang. Tawaran harga dibuka untuk rundingan harga. 

Admin : Teringat masa sekolah rendah dulu terpilih antara seorang pemantun harapan didalam kelas. Tapi apa boleh buat, suara gagap menjadi halangan. kalau ikutkan dari kotak suara dah kedengan bak buluh perindu..! Hi..hi..hii.. Ambo cuba buat pantun sekadar mengingatkan kembali noltalgia kenangan lama. Sekadar pantun merapu lagi merangkak.. Harap ada kawan-kawan yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa dari tahun 1982 hingga tahun 1987... jika teringat boleh menghubungi Ambo. Apa khabar mereka ketika ini...?
Meneropong makrifat disebalik awan,
Menunaikan sembahyang dialam fana,
Nuri hilang dari sekawan,
Menjauh diri dihujung sana,
Selamat diri dalam gemgaman,
Angkara gagak hitam sidurjana.

Status : Tawaran Dibuka