BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 31 July 2013

Batu Bukit Pelagat

Batu bukit pelagat bersaiz M atau lebih kurang saiz syiling 10 sen.Tawaran harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka







Tuesday 30 July 2013

Batu Bukit Pelagat

Batu bukit pelagat bersaiz M atau lebih kurang saiz syiling 10 sen.Tawaran harga mampu

Status : Tawaran Dibuka








Batu Aked

Batu aked bersaiz L dan XL. (bersaiz syiling 20sen) Tawaran harga mampu.

 Status : Tawaran Dibuka





Gambar Batang Sagu Menjadi Batu

Batang sagu jadi fosil. Walaupun telah berubah sifat menjadi batu, urat kayu serta rupanya masih lagi seiras batang sagu buruk.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penawar termakan racun kimia, santau dan lain-lain. (batu ini diasah dengan air zam-zam) Kami sedia terima tempahan untuk dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk.


Status : Tawaran Dibuka






Kemuning Kuning Menjadi Batu

Kemuning kuning jadi batu. Walaupun telah berubah sifat menjadi fosil, urat kayu serta rupanya masih lagi seiras teras kayu kemuning kuning.Apabila kita meletak batu ini pada lidah, ianya seperti menghisap atau melekat pada lidah kita.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan sebagai jalan ikhtiar sebagai penawar menghisap racun bisa sengatan serangga seperti lebah,tebuan,lipan dan lain-lain. (lekatkan batu ini pada sengatan) Jika termakan racun seperti racun kimia,santau,rokok dan lain-lain ianya diasah bersama air zam-zam dibuat minum.(AL-QURAN wajib dibaca semasa ikhtiar walaupun sekadar BISMILLAH......) Kami sedia terima tempahan untuk dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk

 Status : Tawaran Dibuka






Saturday 27 July 2013

Minyak Penawar Hikmah

Dengan izin  ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk sakit akibat perbuatan sihir,lumpuh,gangguan makluk halus, histeria,angin ahmar,meroyan,sawan tangis, gout,sengal-sengal badan,berat kepala,mengurut dan lain-lain lagi.Menurut guru saya,  Perbanyakkan berdoa dalam ikhtiar. Dibuat daripada  minyak campuran teras kayu terpilih serta diisi doa serta selawat.Minyak ini perlu disapu dari kepala,tubuh badan, kaki termasuk celah-celah sendi. Seeloknya disapu sebelum tidur.Bacalah sekurang-kurangnya selawat Nabi ketika menyapu seluruh tubuh dan diniatkan Minta Kepada ALLAH " supaya segala berupa gangguan dan saka keluar dari tubuh badan kita".Mudah-mudahkan ALLAH SWT memakbulkan doa kita. Antara kesan bagi mereka yang pernah menggunakan minyak ini mereka terasa mual-mual, muntah, terasa seolah-olah ada sesuatu yang keluar melalui kaki atau mulut, berak tahi yang hitam,sendawa,badan terasa ringan dan lain-lain.Jika terdapat gangguan didalam dan sekitar rumah. Campur sebotol minyak bersama sebaldi air direnjis didalam dan diluar rumah dan paling penting jangan lupa berdoa dan niat kepada ALLAH SWT....Jangan dilap, biarkan ianya kering sendiri.(Jika ditanya saya secara peribadi, saya nasihatkan buatlah sembahyang taubat dan sembahyang hajat, jika penyakit yang dideritai teruk dan sudah lama). Kandungan 120ml. Untuk kegunaan luar sahaja.(Boleh dibawa sembahyang).Tawaran RM50 (Termasuk belanja Pos M'sia)


 Status : Tawaran Dibuka




Batu Nilam Biru

Batu Nilam Biru bersaiz XXL. Berbentuk hampir bulat dan saiz hampir syiling 50sen. Sesuai untuk dibuat loket dan cincin .Ditawarkan pada harga mampu.

Status : Tawaran Dibuka




Batu Nilam Biru

Batu nilam biru  bersaiz XL bentuk bujur . Sesuai untuk dibuat loket dan cincin. Ditawarkan pada harga RM 300. ( Harga boleh runding)

Status : Tawaran Dibuka






Batu Aked Darah

Batu Aked Darah saiz S (syiling 5sen).Ada corak bintik-bintik didalamnya .Terdapat 4 biji batu iaitu A,B,C dan D untuk dimaharkan. Rasa berkenan boleh hubungi kami. Ditawarkan pada harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka







Teras Kekabu

Teras kekabu @ kabu jadi batu. Saiz permata ini lebih kurang saiz syiling 5 sen. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar untuk menjauhkan dan melemahkan  ular, meringankan tubuh seperti kapas dikala kecemasan dan lain-lain.


Status : Tawaran Dibuka



Batu Kucing

Batu ini didapati dari muntah kucing. Gambaran pada batu ini seolah gambar kucing. Batu ini bersifat semulajadi. Bentuk asalnya menggerutu dan tidak cantik. Batu ini dicanai dan dikilatkan menjadi saiz lebih kurang syiling 10sen.


ADMIN  : Dihadiahkan Kepada Sahabat Lama




Batu Ular

Batu ular bersaiz M (lebih kurang Syiling 10sen).  Batu ini diambil dari sarang raja ular  didalam gua. Warna batu ini berbelang-belang seperti ular. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar untuk menjauhkan,menunduk dan mengelakkan patukan ular. Apapun bergantung kepada Qada dan Qadar ALAH SWT.

Status : Tawaran Dibuka





Batu Bulu Sejadah

Permata bulu sejadah Bunian saiz syiling 20sen.Koleksi simpanan lama untuk dimaharkan. Berminat hubungi saya


Status : Dihadiahkan Kepada Sahabat Lama







Thursday 25 July 2013

Gambar Teras Penawar Hitam

Teras kayu penawar hitam asli. Terdapat gambar air rebusan teras penawar hitam. Air bertukar menjadi hitam selepas direbus dengan teras penawar hitam. Dengan Izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar untuk penawar seperti racun kimia, santau,rokok, dadah,barah,kencing manis dan lain-lain. (sentiasa diamal minum) Selain daripada penggunaan sesuatu 'item' Bacaan ALQURAN DAN SELAWAT juga wajib dibaca dalam berikhtiar.. 


Status : Tawaran Dibuka






Tongkat Hitam Arang

Teras hitam arang@Ibol dijadikan tongkat berbentuk bulat dan panjang 3 kaki.Sangat sesuai disimpan didalam rumah atau dalam bonet kereta.Salah satu kayu kategori  pembisa.Tawaran harga mampu milik.

Status : Tawaran Dibuka








Tongkat Teras Kemuning Hitam

Tongkat Teras kemuning Hitam Bentuk Purba. Berat 4.3 kilogram dan jenis tumpat.Panjang 4 kaki lebih. Selain daripada teras ini dapat dijadikan tongkat, teras purba ini juga cantik jika dijadikan hiasan dalam rumah seperti diletakkan dalam pasu bunga dan dimasukkan batu putih (biasanya hiasan dalam akuarium ) didalam pasu. Selain daripada cantik dan unik ia juga dapat digunakan sebagai penawar dikala kecemasan. Air bertukar menjadi warna emas atau macam warna tea 'o' selepas direbus dengan teras kemuning hitam. Dengan Izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar untuk penawar seperti racun kimia, santau, rokok, dadah, barah, kencing manis dan lain-lain. (sentiasa diamal minum) Tawaran harga mampu milik.

Status : Tawaran Dibuka  









Batu Penawar

Batu Penawar  ini diambil didalam bukit. Batu bersaiz L (hampir 20sen) Batunya berwarna putih tetapi terdapat gambaran didalamnya dan ada “gewe”. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk penawar perubatan. Bacaan AlQuran juga wajib dibaca disamping asbab melalui batu.

Status : Tawaran Dibuka





Air Mani Gajah

Air mani gajah menjadi batu.Setengah orang tua memanggilnya ‘Geliga Gajah’.Permata bersaiz XL. Adakalanya batu ini kelihatan seakan basah dan melekit terutama waktu malam atau cuaca lembab. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar pelaris, menundukkan dan menakutkan gajah dan lain-lain. Kebanyakkan pelanggan saya berasal dari Jeli, Gua Musang,Kuala Krai dan lain-lain. Sebabnya, kebanyakkan mereka tinggal berhampiran bukit atau hutan.Kebanyakkan yang berlaku, gajah akan bertempik dan melarikan diri. Apapun penggunaan batu ini hanya dijadikan ikhtiar dan tawakal sahaja dan jangan sekali-kali bersifat takbur atau menganiaya kepada makluk ALLAH yang lain.


Status : Tawaran Dibuka




Batu Pelangi

Batu pelangi Ged A bentuk empat segi panjang. Saiz XL  (besar hampir syiling 20sen). Warnanya sangat jernih seperti kaca hinggakan kita boleh nampak gambaran dibawah batu. Berat 61.30 carat. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk menyerlahkan aura tubuh, membaiki dan menambahkan aura diri,ikhtiar pelaris,penyeri wajah dan lain-lain. Kami sedia menerima tempahan  untuk dijadikan permata, cincin,gelang,loket dan lain-lain bentuk dalam pelbagai saiz dan bentuk.


Status : Sudah Ditempah








Permata Zamrud Air Mata

* Gambar Batu Zamrud sebelah atas batu ( Gambar Atas )
* Gambar Batu Zamrud sebelah Bawah  ( Gambar Tengah)
* Saiz Permata Zamrud Dibandingkan duit Syiling 5sen (Gambar Di bawah )

Permata zamrud columbia air kaca, bentuk air mata. Permata ini air bersih namun masih terdapat urat batu didalamnya. Permata (A) berat 7 carat manakala permata (B) berat 8.3 carat. Harga boleh runding.Tawaran harga mampu

Status : Tawaran Dibuka









Permata Aked Yaman

Permata aked yaman bentuk 4 segi panjang (1.6cm x 1cm) Berminat sila hubungi saya


Status : Tawaran Dibuka