BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 2 April 2014

Cincin Paruh Burung Menilir Asli


  Permata dijadikan dari paruh burung menilir @ nilir asli. Ramai dikalangan kita sering tertukar atau keliru paruh burung enggang disangka paruh burung nilir. Burung nilir sangat sukar didapati dan dicari orang untuk dijadikan penawar perubatan. Rupanya dan saiznya yang seakan-akan sama menyebabkan berlakunya kekeliruan berlaku. Jika miang buluh, kaca, bisa katak puru, bisa ular dan lain-lain dijadikan sebahagian peralatan untuk dijadikan santau untuk meracuni seseorang tetapi ALLAH S.W.T menjadikan pula  ‘paruh burung nilir’ sebagai penawar bagi racun santau, minyak dagu, abu mayat ataupun ilmu tuju. Ibarat api apabila ia tidak bertemu dengan air maka ia akan meranap atau membakar apa sahaja tetapi apabila ia berhadapan atau terkena dengan air walaupun sehebat manapun atau sebesar manapun api pasti akan binasa atau akan padam bila terkena dengan air. Ibarat bertemu buku dengan ruas. 
Racun santau, abu mayat atau minyak dagu dikatakan hebat dalam bab ilmu hitam tetapi kena ingat bisanya akan menjadi tumpul dan tidak berguna apa-apa bila berhadapan dengan orang yang memakai atau memiliki paruh burung nilir. Tetapi masalahnya burung ini sangat-sangat sukar dicari. Silap-silap terkena paruh burung enggang..! Maka akan dikatakan bahawa paruh burung menilir tidak memiliki khasiat sebagai penawar tetapi hanya pembohongan semata-mata, Sedangkan dia telah tertipu dengan membeli paruh burung enggang..! Silap hari bulan plastik dijual sebagai permata asli...! Oleh itu tuan-tuan perlu berhati-hati.. Sebab sekali imbas jika dijadikan permata rupanya seakan-akan sama. InsyaAllah ramai lagi perniaga diluar sana serta dikalangan blogger-blogger yang beramanah dalam urusan jual beli. Belilah barangan yang ali dari perniaga yang beramanah.
Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sebagai penawar dan pendinding bagi racun santau, minyak dagu, abu mayat dan lain-lain berkhaitan ilmu tuju. Jika termakan atau terkena ambillah paruh burung menilir diasah bersama dengan minyak kelapa dan membaca AL QUR’AN  dan Selawat wajib dibaca dalam berikhtiar selain dari berdoa. Khasiat bersifat penawar bersifat semulajadi dan mineral..
Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk hasil kerja halus hasil tangan pertukangan tukang Kelantan. Kuku suasa manakala dikelilingi permata dihiasi berlian swiss.  Permata paruh burung menilir bersaiz 5 sen. Setiap barangan kami tiada berkaitan dengan makluk jin atau khadam yang bukan-bukan. Khasiat bersifat semulajadi dan alami serta bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Adakalanya setengah penyakit tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden.. Ilmu dan pengetahuan manusia hanya bersifat lemah dan terbatas. Janganlah disempitkan akal fikiran kita dalam berikhtiar. Jalan ikhtiar wajib keatas kita untuk menyembuhkan penyakit selagi tidak menyalahi hukum syarak yang telah ditetapkan oleh agama kita. Fikir-fikirkanlah...  Jika berminat dan ada keyakinan bolehlah hubungi pihak kami. Dimaharkan pada harga mampu berdasarkan rundingan bersama. Wallahualam 


Status : Tawaran Dibuka