BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 March 2014

Cincin Permata Zamrud Air Menitik


Permata Zamrud columbia air kaca dan bersih bentuk air menitik. Anggaran berat permata -+8 carat. Diikat dengan cincin perak berlian swiss 2 lapis dibuat secara bertingkat. Gabungan 2 warna berlian swiss putih dan hijau yang menarik. Tidak jemu mata memandang. Hasil kerja tangan pertukangan Kelantan. Cincin bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Ditawarkan pada harga mampu berdasarkan rundingan bersama.


Status : Tawaran Dibuka 




Tasbih Kayu Abanuh


 Tasbih teras kayu abanuh dijadikan seutas tasbih bersaiz M. Manakala bahagian imam (kepala) dan bilal (penyekat) dibuat dari tulang unta. Satu gabungan yang menarik. Kayu abanuh diambil dari negara Arab atau timur tengah. Antara teras kayu rare. Sebenarnya ada satu kisah berkaitan dengan kayu ini di zaman Rasullullah s.a.w. Disini Ambo akan cerita secara ringkas sahaja. Ambo rasa tuan-tuan pun mengetahui akan kisah ini. Kisahnya lebih kurang begini.
Pada permulaaan agama islam disebarkan ramai orang-orang kafir Quraisy menentang Nabi Muhammad s.a.w.  Maka pada satu peringkat berpakatlah ketua-kabilah atau ketua kaum untuk berpakat membunuh Rasullullah. Setelah diadakan mesyuarat dan sebulat suara maka diputuskan setiap kabilah akan menghantar wakil untuk membunuh Rasullullah. Maka pada waktu ditetapkan maka berangkatkan mereka untuk meneruskan perbuatan keji mereka dimalam hari.
Maka berita kedatangan wakil orang kafir quraisy untuk membunuh Rasullullah akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasullullah. Ketika peristiwa itu berlaku Rasullullah ada bersama sahabat baiknya Saidina Abu Bakar r.a dan sepupunya Saidina Ali r.a yang waktu ketika itu dikhabarkan berumur 10 tahun. Setelah berfikir dan berbincang akhirnya Rasullullah mengambil keputusan meninggalkan rumahnya buat seketika. Walaupun pada ketika itu saidina Ali r.a masih berumur 10 tahun tapi berliau telah menunjukkan satu sifat berani yang luar biasa. Dia mengambil keputusan untuk mengantikan tempat tidur Rasullullah ketika itu. Pada waktu itu kawasan sekitar dan keliling rumah Rasullullah telah pun dikepung oleh orang-orang kafir quraisy.
Maka Rasullullah mengambil segenggam pasir setelah membaca sepotong ayat dan doa maka dilemparnya kearah luar rumah. Tiba-tiba dengan izin ALLAH S.W.T  semua orang-orang kafir laknatullah yang mengepung rumah Rasullullah akhirnya tertidur dan tidak sedarkan diri. Maka keluarlah Rasullullah bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a menuju ke arah sebuah bukit. Selepas Rasullullah hilang pada pandangan maka tersedarlah orang-orang kafir quraisy dari tertidur dan terpingga-pingga. Seketika kemudian mereka masuk kedalam rumah Rasullullah menuju ke arah bilik tidur. Maka jelas kelihatan seperti orang yang sedang berselimut sedang tidur ditempat tidur Rasullullah. Maka diangkatnya mereka pedang untuk memancung orang didalam selimut yang disangka Rasullullah. Maka sebelum mereka terus menikam maka salah seorang dari mereka menarik kain selimut tersebut. Maka terkejutlah mereka didalam selimut itu hanya seorang budak kecil yang berumur 10 tahun. Dan mereka semua mengambil keputusan membatalkan hasrat mereka dan pulang kerumah kabilah masing-masing dengan hampa dan kecewa.. Betapa malunya mereka dan kabilah mereka jika seluruh masyarakat Arab mengetahuinya. Sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T Maha bijaksana mengatasi perancangan manusia yang penuh dengan kelemahan dan penuh tipu daya. Untuk pengetahuan tuan-tuan ‘pelapik tidur yang ’Saidina Ali r.a tidur adalah dibuat dari ‘kayu abanuh’, tempat beradu Rasullullah. Wallahualam


Status : Telah Dimilki