BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 16 July 2013

Cincin Gambar Wajah Tuan Puteri

Batu ini termasuk dalam koleksi batu pelik rare. Sangat-sangat sukar untuk didapatinya. Ada cerita disebalik penemuan batu ini. Batu ini juga termasuk dalam kategori dalam batu berubah warna. Tuan-tuan boleh melihat sendiri perbezaan batu ini sebelum diikat cincin dan selepas seminggu diikat cincin. Perbezaannya batu ini amat ketara sama ada dari segi rupa dan terdapat warna baru yang keluar pada cincin ini. Batu bersaiz XL. Diikat cincin pahat jawa pelano kuda dan pertukangan tukang Kelantan.Saiz cincin adalah bersaiz 19. Jika berminat sila hubungi saya.


Status : Tawaran Dibuka









Cincin Delima Putih (rare)

Permata Delima Putih pada batu ini sangat jernih seperti kaca tetapi masih terdapat urat batu Delima di dalamnya. Permata ini sangat jernih sehingga seolah ternampak seperti kemerahan hasil dari pantulan cahaya dari kuku suasa disekeliling batu. Permata bersaiz S dan sangat sukar diperolehi. Kuku suasa berlian Swiss di sekeliling dan pertukangan adalah tukang Kelantan. Harga yang ditawarkan adalah RM1800.


Status : Tawaran Dibuka





Cincin Aked Darah

Permata cincin bersaiz S dan dililit berlian Swiss di keliling batu serta ukiran pahat jawa ditepi. Pertukangan tukangan Penang dan saiz cincin adalah 19. Harga yang ditawarkan adalah RM350 termasuk belanja pos.


Status : Tawaran Dibuka





Cincin Aked Darah

Cincin Aked Darah permata bersaiz XL. Jika direndam cincin ini di dalam air antara 1-3 hari air akan bertukar menjadi kemerahan. Batu Aked Darah ini juga termasuk dalam kategori Aked berubah warna. Dengan izin Allah s.w.t. dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk penawar yang berkaitan urat saraf, menstabilkan darah, membaiki aura tubuh badan jika dipakai berterusan dapat mengelakkan dari darah gemuruh. Cincin pertukangan tukang Penang dan saiz cincin adalah bersaiz 20.  


Status : Tawaran Dibuka






Cincin Aked Yaman Biru

Permata ini bersaiz L dan ianya termasuk dalam golongan Aked berubah warna. Batu ini pada asalnya terdapat sedikit sahaja keputihan tetapi selepas sebulan diikat cincin tompok-tompok keputihan bertambah dan warna asal aked ini biru tua akan berubah menjadi biru muda. Diikat Cincin Tangkal Kendi dikelilingi ukiran mata ikan. Cincin ini bersaiz 19. Dengan izin Allah s.w.t. dapat dijadikan jalan ikhtiar, menenangkan jiwa pemakai dan dimurahkan rezeki. Harga yang ditawarkan RM380 termasuk pos.


Status : Tawaran Dibuka





Cincin Aked

Permata saiz M dan cincin bersaiz 21. Warna dari gabungan yang menarik. Termasuk dalam golongan Aked berunah warna. Warna asal dalam batu ini adalah hijau putih. Tetapi setelah dibuat cincin warna putih pada cincin ini akan berubah menjadi warna kunig. Berlian Swiss di keliling batu dan ukiran pahat ditepi. Harga ditawarkan pada harga RM450 termasuk pos.


Status : Tawaran Dibuka





Batu Delima Hijau

Batu Delima Hijau dalam keadaan asal. Batu Delima ini juga dipanggil Delima Seylom. Batu ini jika dicanai dan dijadikan batu bersaiz m, anggaranya boleh dapat dalam 12 biji. Terdapat dua warna setelah dicanai iaitu kuning muda, hijau tua dan hijau kekuningan.


Status : Tawaran Dibuka






Cincin Delima Hijau


Permata Delima Hijau kekuningan air bersih. Saiz permata adalah L. Diikat kuku suasa berlian swiss halus keliling permata ini. Pertukangan tukang Penang. Harga yang ditawarkan adalah RM1350 (boleh dirunding)


Status : Tawaran Dibuka





Cincin Delima Hijau

Permata Delima Hijau kejenihan air kaca. Saiz permata adalah S. Diikat berlian Swiss keliling permata ini. Pertukangan tukang Penang. Harga yang ditawarkan adalah RM950


Status : Tawaran Dibuka





Batang Gemunggal Cindai

Batang Gemunggal Cindai menjadi batu. Warna pada batang ini terjadi secara semulajadi disebabkan oleh tidakbalas lumut yang melekat pada batu ini turut menjadi batu. Pihak kami sedia memaharkan kepada sesiapa yang berminat dalam bentuk bongkah. Berat dalam 1 kilogram untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.


Status : Tawaran Dibuka




Teras Gemunggal Hitam

Teras Gemunggal Hitam menjadi batu. Kami sedia memaharkanya dalam bentuk bongkah. Kami juga menjual dalam bentuk permata untuk dibuat cincin, loket, gelang dan sebagainya. Berat 3.5 kilogram untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.


Status : Tawaran Dibuka







Batang Gemunggal

Batang Gemunggal menjadi batu. Berat 9.1 kilogram untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Untum membuktikan bahawa Batang Gemunggal ini menjadi batu adalah asli terdapat dua jenis kaedah iaitu kaedah pertama jika direndam di dalam air akan keluar rona-rona / urat-urat teras gemunggal (kelihatan seperti kayu gemunggal buruk) dan kaedah yang kedua apabila direndam lebih dari seminggu bau air rendaman seperti batang gemunggal. Harga yang ditawarkan adalah RM12,500 (boleh dirunding)


Status : Tawaran Dibuka