BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 7 November 2013

Kisah Buah Ibor

Tasbih buah ibor dijadikan tasbih. Tasbih ini sebenarnya dibuat oleh sahabat Ambo dari Pulau Pinang. Jika tuan-tuan berminat boleh hubungi pihak kami untuk tempahan.

ADMIN – Bila sebut saja  buah ibor Ambo teringat satu cerita yang berkaitan dengan buah ibor. Seingat Ambo cerita ini berlaku lebih kurang 20 tahun lepas. Pada suatu hari Ambo bersama sepupu Ambo pergi menziarahi Tok Ayah Li di Bachok. ( Tok Ayah Li dalam cerita ‘ayam’ adalah orang yang sama) Perangai Ambo dan sepupu sama sahaja, bila anda masa lapang kami suka menziarahi orang-orang tua terutama orang tua yang berilmu...
Pada masa itu Ambo dan sepupu sampai dirumah Tok Ayah Li lebih kurang pukul 11 pagi.. Pada masa itu Ambo tengok dia tengah memasukkan benang kedalam biji tasbih buah ibor.. Untuk makluman tuan-tuan Tok Ayah Li ini tinggal seorang. Isteri dan anaknya tinggal berdekatan Kota Bharu. Sebenarnya dia berkelana seorang diri dan memencilkan diri.. Katanya senang untuk dia beramal ibadat. Semasa dia mula-mula datang ke dalam kampung itu ( didaerah Bachok) tempat dia membina pondok (bangsal kecil @ rumah kecil yang dibina secara ala kadar)  jarak diantara bangsalnya dengan rumah yang terdekat terpaksa berjalan kaki lebih kurang 3 jam. Pada masa itu tiada jalan tar. Terpaksa merempuh semak-semak dan berlukar untuk kerumahnya.
Ambo pendekkan cerita, Selepas bertanya khabar dan bersembang kosong. Ambo perhatikan hampir setiap kali Ambo bertandang kerumah Tok Ayah Li jarang-jarang  sekali Ambo tengok dia makan atau minum. Sebabnya Tok Ayah Li lebih banyak mengamalkan puasa sunat dalam kehidupan sehariannya. Kecuali jika dia uzur ataupun jika ada kenduri kendara.

Kemudian Tok Ayah menceritakan sesuatu kejadian yang berlaku pada 2 hari lepas yang berkhaitan dengan buah ibor. Tok Ayah menceritakan 2 hari lepas selepas menunaikan sembahyang magrib  dan berbuka puasa. Sementara menunggu waktu isyak dia mengambil buah ibor untuk ditebuk lubang. Untuk makluman pondok Tok Ayah tiada lampu elektrik, yang ada hanyalah lampu pelita minyak tanah dan lilin..  Dipendekkan cerita ketika dia ingin menebuk lubang buah ibor tiba-tiba Tok Ayah terbau  sesuatu yang pelik seperti benda hangus terbakar.. Sekilas pandang dia sempat melihat ada beberapa biji buah ibor terbakar kerana terkena api lilin didalam piring yang telah mencair.. Dan tidak semena-mena Tok Ayah li rasa gelap dan terus pengsan.. Akhirnya pada keesokkan malam lebih kurang  waktu yang sama barulah dia tersedar dari pengsan.. Ketika tersedar dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.. Tetapi mungkin ini hanyalah khayalan sahaja.
Pada keesokkan pagi seorang jiran seberang jalan datang menegurnya dan bertanya semalam Tok Ayah Li pergi kemana. Dia panggil beberapa kali.. Dia bertanya Tok Ayah Li pergi kemana sampaikan reban ayam pun tidak dibuka menyebabkan ayam kelaparan. Nasib baik ada sedikit lebihan nasi diberikan kepada ayam Tok Ayah Li. Selepas termenung seketika barulah dia terfikir dia telah pengsan selama lebih kurang 24 jam.. Terus dia teringatkan sembahyang 5 waktu yang perlu diqadha.. Semenjak dari itu berliau sangat berhati-hati takut kejadian yang sama berlaku. Sebelum kami balik Tok Ayah Li  sempat berpesan kepada Ambo samada buah ataupun teras ibor jika dibuat cincin atau tasbih jangan sesekali direndam dijadikan penawar. Dibimbangi akan menjadi racun.. Jika terkena bisa ibor carilah dibahagian akar pokok ibor untuk dijadikan penawar.. Sekadar makluman sebatang pokok ibor  seperti batang, pelepah, teras dan termasuk buah adalah antara kategori jenis bisa.. Wallahualam 
      
ADMIN - Jika ada masa dan kelapangan Ambo ingin berkongsi mengenai 'kisah pokok ibor' berdasarkan pengalaman sepupu Ambo





Buah Ibor