BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 15 July 2013

Batu Lintar Api

Batu Lintar Api gabungan dari tiga jenis batu lintar api. Jika diteliti terdapat tiga warna. Saiz permata XL. Dimaharkan pada harga RM 180 (termasuk pos).


Status : Tawaran Dibuka



Cincin Batu Lintar Api

Cincin Batu Lintar Api dibuat cincin dibahagian mata kapak. Bentuk ini adalah dalam bentuk asal. Pihak kami hanya potong dibahagian mata batu lintar dan diikat cincin.Permukaan bentuk bahagian mata tidak rata. Maksudnya kami biarkan ianya semulajadi ataupun sahabat saya memanggilnya dalam bentuk “purba”. Cincin tangkai kendi hasil pertukangan kelantan. Saiz cincin 19(boleh diubah). Dimaharkan pada harga RM380 (termasuk pos).


Status : Tawaran Dibuka










Batu Lintar Api

Batu Lintar Api dipotong dibahagian mata untuk dibuat cincin.

Status : Tawaran Dibuka



Batu Petir Api

Batu Petir Api @ Batu lintar dalam bentuk asal.ianya juga dipanggil batu lintar jantan. Ianya sangat sukar diperolehi. Batu Petir ini hanya dipanah pada waktu panas atau pada musim kemarau sahaja. Manakala batu lintar air (betina) dipanah diwaktu hujan. Batu lintar api berbentuk segi tiga seperti mata kapak atau mata lembing.Terdapat dalam pelbagai saiz dan warna.Dijumpai melekat pada pokok,batu dan didalam tanah. Insyaalah sangat baik disimpan didalam rumah.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan ikhtiar seperti pendinding dari gangguan ilmu hitam, santau, minyak dagu, perbuatan sihir dan lain-lain lagi Pihak kami juga sedia memaharkan dalam bentuk ketul (bentuk asal) Batu lintar ( A ) dimaharkan pada harga RM600 manakala batu lintar ( B ) dimaharkan pada harga RM1200.

Status : Tawaran Dibuka






Nilam Ceylon Air Kaca

Nilam Ceylon Air Kaca yang bersaiz S yang sedia untuk dimaharkan. Berharga RM1800. Pihak kami juga dalam proses untuk diikat dijadikan cincin.


Status : Tawaran Dibuka



Teras Kemuning Kuning Batu


Teras Kemuning Kuning menjadi batu. Antara khasiatnya dengan izin Allah s.w.t ianya sangat baik untuk dijadikan penawar dari gigitan serangga bisa, patukkan ular dan lain-lain. Salahsatu keistimewaan yang terdapat pada batu ini, apabila diletakkan di atas lidah terasa ianya menghisap atau melekat pada lidah.


Status : Tawaran Dibuka







Koleksi Batu Aked

Pelbagai Batu Aked dengan bermacam warna dan saiz untuk dimaharkan.


Status : Tawaran Dibuka



Geliga Buaya

Batu Geliga Buaya @ Batu Buaya diambil di dalam langit  mulut buaya putih. Setelah dicanai dan dijadikan permata, permata di dalamnya terdapat buih air yang bergerak-gerak apabila digerakkan batu tersebut. Batu ini bersaiz 5 Sen dan dimaharkan pada harga RM700. Dengan izin Allah s.w.t ianya ditakuti buaya, makluk halus dan sangat baik dipakai oleh pemancing ikan untuk mengelak gangguan dari buaya. Batu ini juga bersifat pelaris dan penawar.


Status : Telah Ditempah



Batu Aked Lumut

Batu Aked Lumut bersaiz 10 Sen untuk dimaharkan pada harga RM120.


Status : Tawaran Dibuka



Cincin Nilam Putih dan Delima Hitam

Cincin Nilam Putih dan Delima Hitam merupakan tempahan dari seorang peminat.


Status : Tawaran Dibuka



Cincin Emas Permata Kecubung dan Nilam

Tempahan dari seorang peminat. Hasil kerja pertukangan tukang emas Kelantan.


Status : Tawaran Dibuka



Kayu Teras Kokka Makkah

Status : Tawaran Dibuka



Cincin Cempaka Kuning


Cincin Cempaka Kuning tempahan seorang sahabat. Batu bersaiz XL dan cincin pahat
jawa Kelantan.


Status : Tawaran Dibuka



Firus Jalur Emas Makkah

Firus Jalur Emas Makkah dengan pelbagai warna seperti ungu, biru dan hijau. Menurut kitab lama batu ini sangat baik untuk dipakai oleh orang lelaki terutama yang berumur 40 tahun ke atas. Antara khasiat dengan izin Allah s.w.t jika dipakai secara berterusan ianya akan membaiki urat saraf,perjalanan saraf, aura tubuh, kuat semangat, tidak mudah gementar, dipandang mulia, murah rezeki dan lain-lain lagi.


Status : Tawaran Dibuka