BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 17 October 2013

Permata Kecubung @ Amethyst (2)

Permata Kecubung @ amethyst bentuk bujur. Permata saiz M ( syiling 10sen) dan saiz S (5sen)  Rasa berminat boleh hubungi kami


Status : Tawaran Dibuka




Permata Kecubung @ Amethyst (1)


Permata Kecubung @ amethyst bentuk bujur dan potongan empat segi. Permata saiz M
 ( syiling 10sen) Permata asli air kaca dari gred A. Rasa berminat boleh hubungi kami


Status : Tawaran Dibuka



BENTUK EMPAT SEGI


BENTUK BUJUR
*PERMATA NO.2 TELAH DITEMPAH



Mutiara Asli (2)


Mutiara asli boleh ditempah untuk dijadikan gelang, cincin atau rantai leher.Sebenarnya mutiara ni banyak biji cuma saya paparkan gambar sebahagian kecil sahaja. Berminat boleh hubungi kami. Boleh juga tempah lain-lain jenis  mutiara. Kami cuba ikhtiarkan


Status : Tawaran Dibuka






Permata Kemuning Hitam Jadi Batu


Permata fosil teras kemuning hitam dicanai dijadikan permata bersaiz 'XL'  (A) dan 'M' (A & B). Bentuk bujur dan sedikit bulat. Walaupun telah menjadi batu urat- urat kayu masih lagi kelihatan. Permata B & C permukaan tidak sekata kerana urat atau bentuk asal pada fosil ini. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 


Status : Tawaran Dibuka






Permata Marjan

Permata marjan merah dan marjan putih asli bersaiz M. Permata berbentuk bujur dan saiz syiling 10sen. Rasa berminat boleh hubungi kami


Status : Tawaran Dibuka






Cincin Zamrud Colombia Gred A+++


Permata Zamrud Asli bersaiz XL warna hijau tua air kaca dan bersih. Antara permata zamrud bersifat sempurna. Permata bersifat semulajadi tiada calar.  Warnanya menarik perhatian mata yang melihatnya dan memukau kalbu. Memang sukar untuk melihat zamrud bersaiz besar,warna menarik dan air cantik begini.Jika memakainya pasti banyak mata yang memandang kerana auranya yang menusuk mata. Warna hijaunya menyejukkan hati dan menenangkan jiwa..menghilangkan stress..Antara salah satu asbab ramai orang-orang kaya memakai  zamrud. Asbab dengan izinNya. Maaf tidak sempat menimbang berat permata kerana terus diikat cincin. Diikat berlian asli. Saiz cincin perak aloi 19. Berminat boleh jumpa dan lihat sekitar Kota Bharu.

 ADMIN - Memang cantik weh..boleh tidur tak lena..


Status : Tawaran Dibuka 


BAWAH GAMBAR ZOOM




Permata Kemuning Hitam Dan Naga Sari


Permata fosil teras kemuning hitam dan teras nagasari dicanai dijadikan permata bersaiz XL tempahan dari seorang sahabat. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 

Status : Telah Ditempah



Sebelum Dicanai


Selepas Dicanai

Gambar Tasbih Batu Ular


Batu ular dicanai dan ditebuk dijadikan tasbih 99 biji bersaiz S. Kepala tasbih dan penyekat dibuat dari teras kemuning hitam. Batu ular diambil didalam sebuah gua didalam sarang ular besar (Raja Ular). Khasiat dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar patukan,sengatan binatang bisa, direndam didalam air zamzam untuk direnjis dan diberi minum kepada orang yang terkena histeria. Bacaan AlQur'an wajib dibaca dalam ikhtiar. APA JUA PEKERJAAN, BACAAN ALQUR'AN  JANGAN DITINGGAL...dijauhkan dari gangguan makluk halus, dijauhi binatang buas asbab melalui aura yang dikeluarkan.. Sangat baik dijadikan tasbih untuk dibuat zikir.Tawaran dibuka untuk rundingan harga.


Status : Tawaran Dibuka