BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 5 November 2013

Kisah dan Tauladan - 2

ADMIN - Ambo ada satu lagi cerita.. He..he.. Dari penjual barang dah jadi penglipur lara pulak... Boleh ke..?  Jangan marah yea Ambo sekadar ingin berkongi cerita, mungkin ada manfaat dan pedoman  kita bersama.. "Kisah mengenai ayam".. Eh ayam..? Maksud Ambo bukan ayam kat siam nun.. He..he.. Sebenarnya Ambo pun tak tahu nak letak tajuk apa weh..! Kisah ini berlaku lebih kurang dalam 13 tahun yang lepas...Ceritanya lebih kurang begini..  Pada suatu hari Ambo bersama sepupu pergi menziarah kerumah yang kami panggil Tok Ayah Li dikawasan Bachok, Kelantan. Kebetulan ketika kami sampai waktu itu, dia tengah hendak memberi ayamnya makan dedak. Dia cakap kepada kami cuba perhatikan gerak geri dan gelagat ayam.. Dia pun memanggil ayam dia, kalau tak silap Ambo dia memanggil ayam jantan dia 'mat'.' Mat ooo matt..' tiba-tiba ayam jantan dia datang dan Tok Ayah Li terus menabur dedak diatas tanah.. Ayamnya terus mematuk dedak sambil ayam jantan ini berkokok memanggil ayam betina. Lebih kurang beberapa minit kemudian beberapa ekor ayam betina ini datang dan kumpulan ayam ini makan bersama..
Kemudian datang seekor ayam jantan lain dari arah rumah sebelah. Tok Ayah Li cakap cuba perhatikan betul-betul.. Tiba-tiba ayam jantan ini mematuk ayam betina dan makan dedak sekor-sekor (takkan nak tulis 'ayam' makan sorang-sorang pulak...!) sambil mencakar-cakar tanah tempat ditaburkan dedak diatas tanah.. Akhirnya tanah bercampur dengan dedak dan sudah pasti dedak tidak dapat dimakan lagi kerana sudah bercampur dengan tanah.. selepas itu ayam jantan itu berkokok lalu pergi dari situ..
 Kemudian Tok Ayah Li tabur lagi dedak diatas tanah..Ayam jantannya yang bernama 'mat' dan ayam betina makan macam biasa..Tiba-tiba datang lagi ayam jantan tadi lantas mematuk ayam betina dan makan dedak sekor-sekor sambil mencakar-cakar tanah dan seperti tadi juga dedak bercampur dengan tanah, dedak tidak dapat dimakan lagi.. Ayam jantan ini berkokok lantas pergi dari situ..Tok Ayah Li pun sekali lagi menabur dedak dan sekali lagi kejadian yang sama berulang kejadian yang sama...
Kali ini Tok Ayah Li memerintahkan ayam jantannya yang bernama 'Mat' menghalau ayam jantan sebelah rumah.. Ayam jantan yang bernama 'mat' bagaikan faham sebaik menerima perintah dari tuannya,lantas ayam jantan bernama 'mat' ini berkokok sebagai tanda  mengikut arahan bos (Tok Ayah Li) lantas ayam jantan bernama ‘mat’ ini terus mengejar ayam jantan sebelah rumah.. Ambo tengok ayam jantan sebelah rumah lari sambil berak tahi bertaburan... Tok Ayah Li memberitahu kami jika ayam jantan sebelah rumah jika makan bersama apa salahnya.. Ini membazir kerana menurut Tok Ayah Li ayam jantan sebelah rumahnya sudah kenyang.. Ayam jantan ini datang hanya sekadar  ingin mengacau ayam-ayam lain makan.. Lantas Tok Ayah Li ajak ambo dan sepupu kerumah jirannya sebelah rumah.. Memang betul Ambo tengok dedak dan hampas kelapa bertambun-tambun didalam bekas makanan yang disediakan oleh tuannya.. malahan Ambo terfikir kalau dah makanan ini sampai berlimpah ruah kenapa ayam jantan tadi masih lagi mencuri makan...?
Ambo garu kepala sekali lagi.. Lantas Tok Ayah Li ajak kami balik kerumahnya. Selepas naik kerumahnya Ambo lantas bertanya apakah maksud yang kami saksikan tadi... Lantas Tok Ayah Li menceritakan tuan rumah sebelahnya adalah antara orang paling kaya dalam kampung ini. Memang betul pun jika dibuat perbandingan antara bangsal buruk Tok Ayah Li dengan Banglo  disebelah rumah ibarat langit dengan bumi..!

Tok Ayah Li menceritakan pada asalnya batu penanda sempadan tanah yang pernah dipasak oleh juru ukur sebagai tanda sempadan tanah dahulunya berada dalam jarak 50 kaki dari rumahnya. Tiba-tiba disatu pagi ketika Tok Ayah Li ingin mengambil wuduk untuk sembahyang subuh dilihatnya  batu penanda sempadan berada  berdekatan dengan telaganya kira-kira jarak 15 kaki dari pintu rumahnya.. Eh pelik macamana boleh berubah.. Pada suatu petang Tok ayah Li pergi kerumah jirannya dan bertanya mengenai batu sempadan. Orang kaya sebelah rumahnya memberitahu dia boleh buat apa yang dia suka. Kata orang kaya ini berkata lagi sepatutnya orang miskin macam Tok Ayah Li mesti keluar dari kampung ini..Tanpa berkata-kata Tok Ayah Li terus pulang kerumahnya.

Setiap kali kenduri kendara tidak pernah sekalipun orang kaya ini menjemput Tok Ayah Li untuk datang kerumahnya. Padahal Tok Ayah Li tengok berlambak-lambak makanan yang tidak habis dimakan dibuang begitu sahaja. Ini menyebabkan bau busuk merebak kerumahnya kerana dihurungi lalat dan berulat.. Baginya cukuplah semua urusan diserahkan kepada ALLAH SWT. Beberapa hari kemudian ketika berliau pergi ke pekan dia dengar orang bercakap mengatakan dia telah gila. Setelah diselidiki orang yang memfitnahnya adalah jiran sebelah rumahnya sendiri iaitu orang kaya itu tadi..Tok Ayah Li memberitahu Ambo ‘lihatlah bagaimana gelagat dan perangai tuannya begitulah juga perangai ternakannya’ (ayam).  Sekali lagi Ambo garu kepala tempat yang tak gatal.. Dipendekkan cerita beberapa bulan kemudian Ambo mendapat berita mengatakan Tok Ayah Li telah meninggal dunia..Dan berselang berapa lama kemudian  Ambo mendengar lagi berita dari sepupu Ambo mengatakan orang kaya dirumah sebelah rumah Tok Ayah Li telah menjadi gila...Wallahualam.. Bersamalah kita membaca Al Fatihah kepada saudara seagama kita yang telah meninggal dunia. Semoga ALLAH SWT  mengampunkan dosa kita dan juga dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia. Amin