BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 10 February 2015

Fosil Tanduk Raja Kijang Putih

Fosil tanduk ini dijumpai tersimpan didalam salah satu gua di Kelantan. Ketika dijumpai hanya bahagian tanduk yang masih lagi keras dan kuat. Manakala bahagian lain seperti kulit dan tulang telah reput dan rapuh. Faktor ini berlaku kerana usia fosil yang terlalu tua serta factor cuaca dan haba. Ketika dijumpai fosil ini kelihatan seolah disimpan serta dijagai oleh seseorang. Sekadar makluman, terdapat lebih kurang 7  ekor kijang yang seolah mengawal serta menjagai fosil ini. Fosil ini dijumpai lebih kurang 15 tahun yang lepas. Sebenarnya sebahagian besar telah dicanai dijadikan permata, tasbih dan lain-lain lagi. Ketika membuat kerja-kerja mencanai dan memotong didapati sebahagian telah hilang secara tiba-tiba. Sedangkan ketika mencanai sebagian ini diletakkan dibahagian depan mata sahaja. Tetapi apabila ingin dicanai  didapati ianya telah hilang dan seolah-olah ghaib sekelip mata.  
Ketika sedang mengemas stor kami, saya terpandang seolah terdapat satu benda putih yang agak terang berwarna putih. Seolah-olah diletak oleh seseorang diatas mesin canai lama. Iaitu mesin canai yang telah rosak yang digunakan oleh kami lebih dari 10 tahun yang lepas. Setelah diproses dan dicanai dijadikan permata, terdapat hanya 7 biji sahaja boleh dijadikan permata
Menurut mereka yang arif  dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat bersifat semulajadi dan alami.  Apapun penggunaan fosil ini  hanya bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam