BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 13 March 2014

Cincin Ukiran Bunga Tebuk Permata Istimewa


Cincin perak ukiran bunga tebuk penuh dari bahagian badan cincin sampailah bahagian tangkai bawah. Untuk mengelak dari bengkok bahagian tangkai bawah cincin dibuat tebal. Manakala kuku mahkota cincin dari suasa. Diikat dengan permata istimewa. Cincin perak aloi ini bersaiz 19. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Sebenarnya ada kisah berkhaitan permata ini. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar sangat baik berkaitan untuk mengelakkan dari gangguan dari terkena santau, ilmu tuju, ilmu hitam, pukau, minyak dagu juga dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengubati mereka yang termakan atau terkena minyak dagu, minyak mati terbunuh. Diasah bersama minyak kelapa diberi minum sedikit dan disapu seluruh anggota badan. Mudah-mudahan ianya akan keluar melalui muntah atau melalui saluran najis dan lain-lain. Kadang-kadang ada setengah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Tidak salah beriktiar selagi tidak melanggar hukum syarak. Bacaan AL QUR’AN wajib dibaca dalam beriktiar. Antara cara yang mudah dalam kita berdoa (juga boleh diamalkan ketika kita ikhtiar makan ubat) bacalah :-
1) Mengucap dua kalimah sekali
2) Membaca  بسم الله  الرحمن الرحيم sekali
3) selawat 3 kali
4) Berdoa kepada ALLAH S.W.T yang MAHA PENCIPTA LAGI MAHA BERKUASA semoga kita dipermudahkan segala urusan kita dan diberi pertolongan dan bergantung sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH S.W.T  dan barangan ini hanyalah sekadar jalan ikhtiar sahaja. Contohnya ‘ YA ALLAH YA TUHANKU JADIKAN......HIKMAH DAN PENAWAR UNTUKKU. DAN DISAMBUNG
بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة ا لا بالله العلي العظيم
Apapun senantiasa berserah diri kepada ALLAH. Mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T dengan ‘asbab’ dikala kita menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongannya.. Juga selain dari kita sentiasa berserah diri, menyerahkan segalanya dan kuasa muttlak hanya kepada ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa. 'WAJIB JAGA AKIDAH KITA'. Kita manusia biasa hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja. Juga diingatkan, jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi hukum syarak atau menzalimi manusia maka kita akan binasa akhirnya. Sekiranya tuan-tuan berminat kami bersedia menerima tempahan samada dijadikan cincin. permata, loket, gelang, tasbih dan lain-lain yang sekadar yang kami mampu.


 Status : Tawaran Dibuka 




1 comments:

Unknown said...

Permata apa tuan dan berapa harga dan juga size ringnya.Terima kaseh