BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 7 April 2014

Permata Gemunggal Istimewa XL

Gemunggal istimewa simpanan saya lebih dari 7 tahun yang lalu dan menjadi antara koleksi kesayangan saya.. Warna asal gemunggal yang menjadi batu ini berwarna emas pada warna asalnya. Tetapi selepas 7 tahun ditapakan serta diembun dengan cara yang istimewa akhirnya perubahan yang amat besar berlaku. Tiba-tiba terlintas untuk dicanai dijadikan permata cincin. Tetapi apabila diambil untuk dijadikan permata satu perubahan warna telah berlaku. Bongkah gemunggal emas ini telah bertukar warna menjadi seperti batu aked cindai. Dan kini apabila ianya dijadikan permata ianya berubah dan bertukar sekali lagi menjadi lut sinar..! Ibarat kesukaran untuk mendapatkan gemunggal ini nisbah satu dalam 50,000 biji. 
Disini saya berkongsi dan tawarkan kepada tuan-tuan yang berminat untuk dijadikan koleksi tuan-tuan. Hanya ada beberapa biji yang menjadi permata lut sinar didalam simpanan saya. Permata bersaiz ‘XL’ atau syiling bersaiz 20sen bentuk bujur. Tawaran terbuka berdasarkan mahar hasil rundingan bersama dan pastinya harga yang mampu dimiliki.

Status : Telah Ditempah Oleh Tuan Jamal Dari Singapura 


Admin : Hanya ada beberapa biji sahaja permata yang menjadi lut sinar dalam seketul bongkah bersaiz segemgam tangan saiz budak. Selain dari koleksi rare ianya juga boleh dijadikan sekadar jalan iktiar. Sebenarnya ada cerita atau kisah yang berlaku keatas saya yang menyebabkan fosil istimewa ini disimpan begitu lama...



Permata Gemunggal Istimewa


Gemunggal istimewa simpanan saya lebih dari 7 tahun yang lalu dan menjadi antara koleksi kesayangan saya.. Warna asal gemunggal yang menjadi batu ini berwarna emas pada warna asalnya. Tetapi selepas 7 tahun ditapakan serta diembun dengan cara yang istimewa akhirnya perubahan yang amat besar berlaku. Tiba-tiba terlintas untuk dicanai dijadikan permata cincin. Tetapi apabila diambil untuk dijadikan permata satu perubahan warna telah berlaku. Bongkah gemunggal emas ini telah bertukar warna menjadi seperti batu aked cindai. Dan kini apabila ianya dijadikan permata ianya berubah dan bertukar sekali lagi menjadi lut sinar..! Ibarat kesukaran untuk mendapatkan gemunggal ini nisbah satu dalam 50,000 biji. Disini saya berkongsi dan tawarkan kepada tuan-tuan yang berminat untuk dijadikan koleksi tuan-tuan. Hanya ada beberapa biji yang menjadi permata lut sinar didalam simpanan saya. Permata bersaiz ‘M’ atau syiling bersaiz 10sen. Tawaran dibukakan berdasarkan mahar hasil rundingan bersama.


Status : Telah Ditebus 



Wednesday 2 April 2014

Cincin Paruh Burung Menilir Asli


  Permata dijadikan dari paruh burung menilir @ nilir asli. Ramai dikalangan kita sering tertukar atau keliru paruh burung enggang disangka paruh burung nilir. Burung nilir sangat sukar didapati dan dicari orang untuk dijadikan penawar perubatan. Rupanya dan saiznya yang seakan-akan sama menyebabkan berlakunya kekeliruan berlaku. Jika miang buluh, kaca, bisa katak puru, bisa ular dan lain-lain dijadikan sebahagian peralatan untuk dijadikan santau untuk meracuni seseorang tetapi ALLAH S.W.T menjadikan pula  ‘paruh burung nilir’ sebagai penawar bagi racun santau, minyak dagu, abu mayat ataupun ilmu tuju. Ibarat api apabila ia tidak bertemu dengan air maka ia akan meranap atau membakar apa sahaja tetapi apabila ia berhadapan atau terkena dengan air walaupun sehebat manapun atau sebesar manapun api pasti akan binasa atau akan padam bila terkena dengan air. Ibarat bertemu buku dengan ruas. 
Racun santau, abu mayat atau minyak dagu dikatakan hebat dalam bab ilmu hitam tetapi kena ingat bisanya akan menjadi tumpul dan tidak berguna apa-apa bila berhadapan dengan orang yang memakai atau memiliki paruh burung nilir. Tetapi masalahnya burung ini sangat-sangat sukar dicari. Silap-silap terkena paruh burung enggang..! Maka akan dikatakan bahawa paruh burung menilir tidak memiliki khasiat sebagai penawar tetapi hanya pembohongan semata-mata, Sedangkan dia telah tertipu dengan membeli paruh burung enggang..! Silap hari bulan plastik dijual sebagai permata asli...! Oleh itu tuan-tuan perlu berhati-hati.. Sebab sekali imbas jika dijadikan permata rupanya seakan-akan sama. InsyaAllah ramai lagi perniaga diluar sana serta dikalangan blogger-blogger yang beramanah dalam urusan jual beli. Belilah barangan yang ali dari perniaga yang beramanah.
Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sebagai penawar dan pendinding bagi racun santau, minyak dagu, abu mayat dan lain-lain berkhaitan ilmu tuju. Jika termakan atau terkena ambillah paruh burung menilir diasah bersama dengan minyak kelapa dan membaca AL QUR’AN  dan Selawat wajib dibaca dalam berikhtiar selain dari berdoa. Khasiat bersifat penawar bersifat semulajadi dan mineral..
Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk hasil kerja halus hasil tangan pertukangan tukang Kelantan. Kuku suasa manakala dikelilingi permata dihiasi berlian swiss.  Permata paruh burung menilir bersaiz 5 sen. Setiap barangan kami tiada berkaitan dengan makluk jin atau khadam yang bukan-bukan. Khasiat bersifat semulajadi dan alami serta bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Adakalanya setengah penyakit tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden.. Ilmu dan pengetahuan manusia hanya bersifat lemah dan terbatas. Janganlah disempitkan akal fikiran kita dalam berikhtiar. Jalan ikhtiar wajib keatas kita untuk menyembuhkan penyakit selagi tidak menyalahi hukum syarak yang telah ditetapkan oleh agama kita. Fikir-fikirkanlah...  Jika berminat dan ada keyakinan bolehlah hubungi pihak kami. Dimaharkan pada harga mampu berdasarkan rundingan bersama. Wallahualam 


Status : Tawaran Dibuka 



Tuesday 1 April 2014

Tanduk Raja Kucing Purba


Antara koleksi ‘rare’ yang patut anda miliki. Sangat-sangat sukar didapati. Tanduk kucing ini berasal dari ‘raja kucing’ zaman purba dan telah bertukar menjadi batu. Saiz kucing ini juga sangat besar.  Terdapat sepasang tanduk iaitu satu berbentuk lurus manakala satu lagi bengkok. Diambil dari khazanah kami dari stor koleksi purba didalam gua. Usia fosil ini dianggarkan lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun. Jika firaun dikatakan raja untuk sekelian manusia pada zaman kuno dan tidak mustahil ‘raja kucing’ ini menjadi raja bagi haiwan bergelar kucing pada zaman dinasour. Untuk makluman tuan-tuan saiz tanduk ini sahaja sebesar lengan..!
Bukankah bumi ini dipenuhi dinasaour atau haiwan raksaksa pada zaman purba. Walaubagaimanapun sudah tentu raja atau khalifah dari bangsa manusia lebih sempurna dan lebat hebat berbanding haiwan kerana kita dikurnian para-para nabi dan rasul juga kehebatan Al Qur’an sebagai “petunjuk..” Bila bercerita mengenai haiwan bergelar kucing dan sudah pastinya haiwan ini sangat istimewa diantara jutaan jenis binatang. Haiwan ini tergolong binatang yang sangat rapat dengan kehidupan manusia seharian. Kucing adalah binatang terpilih dan tentunya sangat istimewa kerana dipilih sebagai binatang atau haiwan peliharaan kesayangan Rasullullah S.A.W.
Sebagai contoh yang mudah difahami, jika binatang seperti ayam jika naik keatas rumah kita dan memijak sejadah maka wajib keatas kita menyucikan sejadah tersebut melainkan haiwan istimewa bergelar kucing sahaja tanpa perlu kita menyucikannya. Pernah diriwayatkan dalam satu kisah, dimana suatu masa terdapat seekor kucing tidur diatas serban Rasullullah. Apa yang Rasullullah buat ialah memotong sebahagian serbannya dan separuh lagi dibiarkan sebagai tempat alas kucing tersebut. Wallahualam.
 Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sahaja seperti mengelak dari gangguan ilmu hitam, santau, sihir, ilmu tuju, melemahkan pengamal ilmu hitam,  dimuliakan dan dihormati oleh masyarakat sekeliling, murah rezeki, kuat semangat, berani dan kebal kecemasan dan lain-lain.. Tawaran dibuka samada untuk dijadikan permata, loket, gelang dan lain-lain mengikut citaras tuan-tuan. Harga berdasarkan rundingan bersama.

Admin – Hasil pencarian melalui solat hajat dan petunjuk tertentu. Diambil dengan cara istimewa di negara Timur Tengah. Sesungguhnya setiap ciptaan ALLAH S.W.T itu mengandungi hikmah dan terkandung rahsia didalamnya. Gunalah mata hati dan ilmu agama atau ilmu berdasarkan AL QUR’AN dalam menilai serta  memikirkan setiap ciptaan ILAHI. Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu tidak bersifat  lemah bahkan Maha Berkuasa atas setiap ciptaanNya. Setiap barangan kami tiada berkaitan dengan makluk jin atau khadam yang bukan-bukan. Khasiat bersifat semulajadi dan alami serta bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Adakalanya setengah penyakit tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden.. Fikir-fikirkanlah... Wallahualam





Tempahan Cincin Gemunggal Istimewa


Tempahan dari Tuan Tukimin Tanji dari Umw Motor Kota Kinabalu, Sabah iaitu cincin perak aloi bersaiz 16 manakala permata teras gemunggal istimewa menjadi batu mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Tempahan tuan telah dipos laju no.ruj EF 13966958 4MY. Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah