BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 19 July 2013

Cincin Nilam Putih

Batu Nilam Putih bersaiz M. Saiz cincin 19. Pertukangan Tukang Penang. Dimaharkan pada harga RM300 (boleh dirunding)


Status : Tawaran Dibuka





Cincin Geliga Buaya

Batu bersaiz M. Terdapat gelembung air yang bergerak apabila cincing digerakkan. Jika diperhatikan terdapat seolah-olah wajah lelaki di dalamnya. Untuk dimaharkan pada harga RM2,500 (boleh dirunding).


Status : Tawaran Dibuka






Diambil dari jarak dekat


Cincin Geliga Buaya

Batu Geliga Buaya bersaiz XXL. Terdapat gambaran seolah-olah orang lelaki sedang duduk dalam keadaan bertahiyat. Terdapat juga kalimah La ilah Haillallah pada batu ini jika diperhatikan. Terdapat sedikit garisan lubang pada batu ini. Ianya bersifat semulajadi. Dimaharkan pada harga RM2,000 (boleh dirunding)

Status : Tawaran dibuka






Loket Hitam Arang

Permata bersaiz XL. Hitam Arang @ Temuni menjadi batu. Tempahan dari seorang sahabat untuk dijadikan loket.


Status : Telah Ditempah



Campuran 7 Jenis Teras Kayu

Terdapat 7 jenis teras kayu menjadi batu. Tempahan dari seorang sahabat. Campuran teras kayu batu sperti teras gemunggal hitam, kokka Makkah, Beluru Berdarah, Penawar Hitam, Penawar Wali, Teras Kabu dan Kemuning Hitam. Saiz permata M. Cincin Pahat Jawa. Pertukangan tukang Kelantan. Saiz cincin adalah 19. Harga yang ditawarkan adalah RM350 (boleh dirunding). Kami sedia menerima tempahan campuran pelbagai teras kayu untuk dijadikan cincin, loket dan lain-lain.



Status : Telah Ditempah



Kemuning Emas Menjadi Batu

Kemuning Emas menjadi batu dalam bentuk asal. Untuk tempahan dibuka dalam bentuk bongkah, ketulan kecil dan dijadikan permata dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Status : Tawaran Dibuka



Penawar Hitam Menjadi Batu

Penawar Hitam menjadi batu dalam bentuk asal. Untuk menjadi fosil yang sempurna ianya mengambil masa lebih dari ribuan tahun.  Sekali imbas ianya seperti bongkah kayu buruk. Jika direndam di dalam air warnanya seperti teras penawar hitam yang buruk dan jelas kelihatan urat-urat kayu seperti penawar hitam. Kami sedia memaharkan dalam bentuk bongkah, ketulan kecil dan siap dijadikan permata dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan izi Allah s.w.t. dapat dijadikan jalan ikhtiar,penawar gigitan ular, binatang berbisa, termakan racun santau, racun rokok, racun rumpai, penawar untuk kanser, barah, penyakit kudis, organ dalaman, mengelak gangguan santau dan lain-lain lagi. Cara pengunaanya adalah batu ini diasah dan dibuat minum.


Status : Tawaran Dibuka



Cincin Penawar Hitam

Permata ini bersaiz L dan diikat cincin pahat jawa. Saiz cincin adalah 19 dan pertukangan adalah tukang Kelantan. Sedia dimaharkan RM300 (boleh dirunding)


Status : Tawaran Dibuka






Tasbih Damar Minyak

Tasbih 100 biji dari teras kayu damar minyak @ raja kayu. Saiz S untuk dimaharkan RM250.

Status : Tawaran Dibuka





Kati Lama

Kati ini dianggarkan berusia lebih dari 200 tahun. Sangat sukar didapati. Dipercayai milik istana / golongan bangsawan pada zaman dahulu. Sedia dimaharkan pada harga RM4500 (boleh dirunding)


Status : Tawaran Dibuka



Teras Naga Sari

Teras Naga Sari menjadi batu. Usia dianggarkan lebih dari ribuan tahun. Dijumpai di dalam tanah. Berat 9 kilogram. Dengan izin Allah s.w.t. dapat dijadikan ikhtiar seperti pendinding, kebal di waktu kecemasan, tahan kulit, mengelak dari gangguan makluk halus dan lain-lain lagi. Termasuk dalam barangan rare. Sukar didapati. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM9000 (boleh dirunding).


Status : Tawaran Dibuka



Cincin Tahi Bintang (Meteorite)

Tahi bintang adalah kategori besi. Warnanya seakan-akan berkilat bila digilap. Saiz permata adalah L. Pada permata ini terdapat dengan jelas urat besi. Perbezaan diantara besi biasa dengan meteorite  besi adalah meteorite besi terdapat jaluran @ urat besi walaupun selepas digilap dijadikan permata. Dengan izin Allah s.w.t. meteorite ini dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai perdinding dari pukau, santau, gangguan makluk halus, untuk menguatkan semangat, ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain lagi. Kami sedia menerima tempahan meteorite dalam pelbagai bentuk dan saiz. Saiz cincin meteorite di atas adalah bersaiz 19. Permata dililit berlian Swiss dan dibahagian tepi cincin terdapat dua baris permata berlian swiss. Pertukangan tukang Kelantan. Dimaharkan  dengan harga RM550 (boleh dirunding).

Status : Tawaran Dibuka 






Cincin Tahi Bintang (Meteorite)

Saiz permata adalah M. Permata dililit berlian Swiss dikeliling, tangkai kendi saiz 19. Dimaharkan pada harga RM500 (boleh dirunding).

Status : Tawaran Dibuka 









Cincin Delima Putih

Batu Delima Putih bersaiz L.Warna batu adalah putih seperti kapas air bersih. Ianya termasuk di dalam golongan batu rare. Sukar didapati. Jika diperhatikan masih terdapat urat batu delima pada batu ini. Cincin Kuku Suasa dililit berlian Swiss di keliling batu. Saiz cincin adalah 19. Pertukangan adalah tukang Penang. Dimaharkan pada harga RM1,800 (Boleh Dirunding)

Status : Tawaran Dibuka 







Fosil Teras Kayu

Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu yang indah. Gambar ini adalah sebahagian dari koleksi kayu yang menjadi batu yang akan kami paparkan satu persatu dari semasa ke semasa. Terdapat lebih daripada 200 jenis kayu menjadi batu. Terdapat pelbagai saiz dari saiz kecil hingga ke saiz lebih dari tiga pemeluk. Proses untuk kayu menjadi fosil yang sempurna ianya mengambil masa jutaan tahun. Ada sebahagian fosil kami temui berada di atas tanah, di dalam tanah, di dalam gua dan lain-lain tempat. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengumpul keseluhuran. Kami mengambil masa lebih daripada 20 tahun mengembara, menerokai ke pelusuk alam.

Status : Untuk Tatapan Peminat