BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 4 February 2014

Fosil Teras Betik

Antara koleksi yang paling 'rare' selain dari teras pisang gala adalah teras betik. Menurut pendapat mereka yang arif  dan ahli teras kayu, mengenai teras betik dan pisang gala disebabkan terlalu  sukar untuk mendapatkanya maka menyebabkan namanya sedikit tenggelam. Sekadar berkongsi pendapat, biasanya mereka atau otai yang tergolong arif atau pakar biasanya koleksi teras kayu mereka melebihi dari 300 jenis teras kayu dan keatas. Dan kebanyakkan mereka mendapatnya dengan mencari sendiri ataupun saling bertukar teras. Dan jarang-jarang sekali mereka menukarkan dengan wang ringgit (jual beli). Suatu ketika dahulu disamping mereka bertukar teras kayu mereka juga akan berkongsi pengalaman ataupun kisah yang mereka alami berkaitan hikmah teras kayu tersebut. Dengan cara ini antara kaedah mereka memperolehi pengetahuan berkaitan teras kayu samada ianya beracun, penawar, pembisa, pengerun, tahan kulit, dibuat pakaian diri  dan lain-lain lagi. Ambo perhatikan kebanyakkan mereka bekas perlajar pondok dan ada juga yang lama menuntut di Mekah. Kebanyakkan mereka tidak berminat dengan kerja kerajaan dan hanya bekerja sendiri sebagai penternak, peniaga, berkebun, dan lain-lain. Dan teras kayu ini biasanya diikat dijadikan seutas tasbih dan sebahagian akan dijadikan penawar. Selain dari bacaan AL QUR’AN dan doa pada air, teras kayu ini juga akan diasah dijadikan penawar untuk dibuat minum atau disapu pada anggota badan yang sakit. Hari ini Ambo ingin berkongsi pendapat mengenai teras betik. Walaupun Ambo bukanlah termasuk mereka yang arif atau layak menghurainya tetapi mungkin boleh berkongsi pengetahuan yang sedikit ini. Antara khasiat atau sifat-sifat penawar yang ada pada teras atau fosil betik adalah
1.      Teras betik bersifat sejuk. Orang dahulu jika mengamalkan amalan perang atau ilmu bersifat panas atau jika kita mengamalkan sesuatu menyebabkan sifat kita mudah baran atau cepat marah maka teras betik adalah antara jalan ikhtiar untuk menyejukkan amalan atau meneutralkan kembali atau mengimbangi aura panas dan aura sejuk.
2.      Jika kita ini memang dari awal sifat kita mudah baran atau mudah marah juga disyorkan pakai dibuat cincin, loket dan lain-lain
3.      Dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penawar seperti demam panas, campak, keracunan makanan, racun santau, barah, racun kimia, mengurangkan atau melemahkan kuman dan lain-lain penyakit yang bersifat panas...
4.      Jika kita salah seorang pengumpul barangan mistik atau teras kayu teras betik dikatakan dapat meneutralkan atau mengimbangi aura diantara teras-teras, geliga, permata dan lain-lain yang ada
5.      Dapat dijadikan jalan ikhtiar jika dipakai secara berterusan kita akan mempunyai bersifat tenang dan sabar dalam kehidupan
6.      ANTARA SEBAB UTAMA teras ini menjadi buruan bagi pengumpul-pengumpul teras adalah kerana walaupun secara dasarnya ia bersifat tenang TETAPI KENA BERINGAT sebagai contoh jika ada orang menuju santau, sihir dan lain-lain yang tidak elok kepada kita maka IANYA  AKAN BERPATAH BALIK KEPADA MEREKA KEMBALI. Maksudnya dalam istilah orang Kelantan, ‘walaupun nampak tenang tetapi ada buah kilas’. (nampak biasa, lembut diluar tetapi hebat didalam) Maksudnya secara mudah orang berbuat baik pada kita maka kita akan lagi baik padanya (dengan sifat penawar) TETAPI  jika orang ingin membinasakan kita maka ia akan berpatah balik kepada mereka sendiri.  Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami. Wallahualam
7.      Apapun penggunaan teras ini hanyalah bersifat jalan ikhtiar sahaja. Bacaan AL QUR’AN DAN DOA wajib dibaca dalam ikhtiar. Juga bergantung kepada qada dan qadar ALLAH S.W.T




                                                   GAMBAR TERAS BETIK MENJADI BATU (FOSIL)