BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 October 2014

Permata Ikhtiar 7


Semenjak dulu lagi saya banyak menerima pertanyaan serta tempahan untuk dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN  untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan untuk mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana kesukaran untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha sekian lama mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah berjaya dimilik. Sebenarnya saya sekarang ini dalam usaha  memproses menjadikan sebiji permata khusus untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan dari terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena sihir, pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau lebam-lebam yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria, mengelak dari histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah, terdapat seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat gangguan yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk halus, mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai koleksi, jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan lain-lain yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura negatif atau anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya. Hasil dari 7 jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan dipakai selain dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Item tersebut seperti
1-    Batu Petir Asli 7 jenis
Permata batu litar digabungkan dari 7 jenis batu petir api. Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
2-    Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
3-    Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
4-    Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5-    Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular 
6-    Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejeni s besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu  barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7-    Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah 1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh..  . Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam


Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus