BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 9 October 2013

Teras Kayu Menang @ Laka


Teras kayu menang atau laka siap sedia untuk dicanai dijadikan permata, loket,gelang dan lain-lain atas permintaan. Salah satu teras kategori rare. Biasanya orang-orang tua rendam dibuat minum. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar : ketahanan kulit, tahan penyakit, mengelakkan gangguan dan lain-lain lagi. Tawaran dibuka untuk dimaharkan.

AMBO - Awas jangan tertukar dengan kayu renggas. Dari segi warna dan urat kayu lebih kurang sama tetapi teras renggas beracun. Jika dibuat minum akan merosakkan organ dalaman. Saya pernah jumpa ada penjual mendakwa teras renggas dikatakan teras menang, teras delima.Perlu diingat teras renggas juga bila direndam atau diasah air bertukar menjadi merah. Sama juga seperti teras semeru dikatakan teras gemunggal. Sekadar beringat jer.. tak salahkan..

Status : Tawaran Dibuka





Gelang Cintamani Kuning Keemasan


Teras kayu cintamani emas@bahar  dicanai dibuat gelang. Salah satu kayu rare dan sukar diperolehi.Warnanya berkilat-kilat dan bercahaya seperti emas. Warnanya asli dan bukan dibuat-buat. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar : mengelakkan dari gangguan ular, bersifat pengasih ampuh (dah namanya ‘cinta’
& ‘mani’) bersifat penyejuk (bagi mereka yang panas baran eloklah pakai, mudah-mudahan dengan izinNya) dan lain-lain lagi.Tawaran harga istimewa


ADMIN - Memang cantik weh...Warna emas keseluruhan..




Gelang Cintamani Hitam


Teras kayu cintamani hitam dicanai dibuat gelang. Juga setengah orang memanggil
Akar bahar. Tawaran harga istimewa.


Status : Tawaran Dibuka






Tasbih Fosil Buluh Tumpat



Buluh tumpat 100 jenis diambil dan dikumpul dari seluruh dunia. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun.Terdapat pelbagai warna dan jenis fosil buluh yang terdapat pada tasbih ini. Fosil buluh ini dicanai dan ditebuk dijadikan permata. Setiap satu buluh ini sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian'bahkan ada yang ditebuk lubang sampai 10 mata penebuk Kebanyakkan mata penebuk patah.Tasbih ini mengandungi beberapa saiz. Untuk makluman 99 jenis fosil buluh dibahagian makmun (biji) manakala 1 jenis fosil buluh dibahagian iman (kepala tasbih dan penyekat) Jumlah 100 jenis fosil buluh.Harga bergantung kepada saiz dan jumlah campuran. Tasbih ini telah ditempah oleh seorang sahabat dari Pulau Pinang.Tawaran masih dibuka untuk tempahan tasbih seterusnya..

ADMIN - Dalam 100 jenis fosil buluh dalam tasbih, ada termasuk buluh perindu 
(bersifat pengasih)..tuan-tuan agak yang mana satu...? Hmm..

Status : Tawaran Masih Dibuka














Aked Yaman

Pelbagai bentuk aked yaman saiz L dan XL untuk pilihan. Batu aked ini ditebuk khas untuk diikat loket.Walaubagaimanapun masih lagi boleh dibentuk dijadikan permata cincin. Tawaran harga istimewa.


Status : Tawaran Dibuka




Gambar Mani Gajah Jadi Batu


Fosil mani gajah dalam bentuk asal. Sedia untuk dicanai dijadikan permata. Termasuk dalam golongan ‘fosil mani gajah tua’. Siap sedia untuk dicanai dijadikan permata. Dalam satu fosil biasanya terdapat 2 warna iaitu warna keputihan (air mazi) manakala bahagian coklat(air mani). Pihak kami juga sedia menerima tempahan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sedia untuk dimaharkan dan jika berminat boleh terus hubungi saya.Jika ada pihak yang telah membeli dan rasa was-was bolehlah dibawa ke makmal atau tempat uji batu.Jaminan wang akan dipulangkan. Tetapi saya mohon janganlah dibawa atau ditunjuk kepada mereka yang  mengaku arif padahal beliau sendiri tidak pernah masuk gua atau hutan belantara. Untuk mencari sesuatu didalam hutan atau gua banyak yang dipertaruhkan seperti masa berminggu-minggu, kesejukan, kelaparan tidak termasuk nyawa yang dipertaruhkan..Ada juga dalam seketul 'mani gajah' bila dicanai bahagian tertentu terbau bau hanyir mani terutama bila dicanai diwaktu tengah malam. Kadang-kadang bila banyak tempahan kami terpaksa bekerja mencanai dan polish sehingga menjelang waktu subuh. Adakalanya permata mani gajah menjadi lembab @ melekit terutama bila cuaca sejuk atau tengah malam. Mani gajah bila direndam dalam asid akan cair kena sifatnya berasal dari air mani manakala Fosil  kayu atau batu bukit tidak terjejas.Sekadar untuk makluman pihak kami ada hampir cukup lengkap seekor gajah menjadi batu. Termasuk organ kemaluan jantan menjadi batu. Tetapi janganlan kita terlalu memikirkan akan khasiatnya. Yakinlah, setiap sesuatu yang diciptakan ALLAH SWT tidak sia-sia walaupun sekadar seekor nyamuk...!

ADMIN -  Semuanya yang berlaku atas keizinan dan tanda-tanda kebesaranNya belaka.. Sekadar makluman, ada seketul fosil mani gajah yang kami perolehi ada terdapat 'kalimah' padanya dan kalimahnya pula terdapat pada keseluruhan seketul batu..! Jika itulah kehendakNya tiada siapa yang dapat menghalang..Dalam pakai cincin dok dijari tu...
Sambil memakai, sambil berfikir, sambil berzikir...


Status : Tawaran Dibuka