BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 17 March 2014

Permata Cendrawasih


Permata cendrawasih bersaiz S atau bentuk bulat syiling 5sen. Milik seorang rakan untuk dijual. Ditawarkan pada harga mampu RM90.


Status : Tawaran Dibuka



Tasbih Kemuning Hitam 33


Tasbih teras kemuning hitam asli bersaiz M manakala makmum adalah 33 biji. . Kayu teras kemuning hitam kami cari sendiri didalam bukit  sekitar gunung-ganang Kelantan dan Trengganu. Saiz yang sesuai untuk dibawa kemana-mana serta dimasukkan didalam poket baju untuk dibawa ke Masjid. Tasbih kayu teras kemuning hitam bersifat sejuk dan jika diletakkan didalam rumah atau didalam kereta.  Sekiranya rasa berminat tuan-tuan kami tawarkan harga RM1XX (termasuk pos M’sia)

ADMIN  – Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasbih teras kemuning hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan untuk menilainya. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
      1.      Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas digosok)  berwarna putih     
      atau cerah, coklat muda (perbezaan ketara) maka ianya palsu
      2.      Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada perubahan warna cerah pada  
      dalamnya maka ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam) kemudian cuba
      pula cara dibawah
      3.      Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi warna teh o’ mungkin ianya
      asli (Maksudnya teras kemuning hitam bila direndam didalam air maka air akan
      bertukar menjadi warna emas atau teh o'. Jika air tidak bertukar maka ianya palsu).   
      Cuba pula cara dibawah
      4.      Dan cuba  pula cium air itu jika terdapat bau bahan kimia atau bau pewarna kain
      atau berbau dakwat atau berbau kuat yang tidak menyenangkan ianya palsu.  
      5.      Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan berbanding yang asli
      6.      Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau disimpan lama kelamaan  
      warnanya  akan berubah menjadi pudar. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
      akan menjadi semakin hitam dan berkilat.
      7.      Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga tasbih dibuat dari kayu,
      butir   buah, plastik dan lain-lain maka ianya  dispray cat berwarna hitam, ada juga  
      direndam  dengan pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
      8.      Biasanya tasbih palsu harganya sangat murah berbanding tasbih kemuning hitam
            yang asli ( tidak semua... tetapi kebanyakkan )
      9.     Awas..! air rendaman tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
            air  rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar
            untuk kencing manis,darah tinggi, candu rokok, racun santau dan lain-lain dengan   
            izinNYA.
     10. Tasbih teras kemuning Hitam palsu biasanya mudah rosak atau pecah
     11. Kemuning hitam juga jika digores pada kertas putih akan berbekas warna hitam   
           (maksudnya boleh menulis)
     12. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai penjual dan blogger-blogger yang  
           beramanah dalam menjual tasbih kemuning hitam yang asli. Wallahualam


Status : Tawaran Dibuka




Teras Kayu 7 Jenis Fosil


Permata gabungan campuran 7  jenis Teras dari teras kayu terpilih yang dikategorikan ‘rare’. Apa yang istimewa kesemua teras ini telah bertukar sifat menjadi batu. Permata campuran 7 jenis fosil ini bersaiz XL atau syiling 20sen.. Dengan izin ALLAH S.W.T sesuai dibuat pakaian diri, melemahkan binatang, Kebal dikala kecemasan, tahan kulit, Menjadi pendinding ampuh, pengerun, menaikkan aura peminpin dan lain-lain. Hanya sekadar jalan ikhtiar sahaja. Khasiat bersifat semulajadi. Jika tuan-tuan berminat bolehlah masuk merisik. Harga berdasarkan rundingan bersama dan pastinya mampu dimiliki. Kami berjanji hanya barangan yang asli dari kami. Hasil dari pencarian dihutan belantara selama berpuluh-puluh tahun.   
@ Fossil Teras Pisang
@ Fosil Teras Betik
@ Fosil Teras Buluh Hitam (Raja Buluh)
@ fosil Teras Kokka Mekah (Raja Kayu Dunia)
@ Fosil Teras Gemunggal Kursani
@ Fosil Semambu Kursani
@ Fosil Teras Tas Kursani


Status : Tawaran Dibuka



Permata Kokka Dari Tukul Tambat Lembu 2


Penunggul atau acang atau penukul penambat lembu telah dicanai dijadikan permata. Tuan-tuan boleh rujuk dalam kisah dan tauladan 7 asal kejadiannya. Berasal dari kayu teras kokka menjadi batu. Ada rahsia yang terkandung disebalik kejadiannya. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar semua jenis kayu menjadi tunduk, menjadi pengerun, pengunci langkah musuh, jika disimpan didalam rumah menjadi pagar atau pengunci dari kecurian dan lain-lain. Sekadar jalan ikhtiar. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang asli dan  ingin dijadikan koleksi peribadi bolehlah mula merisik harga. Stok terhad dan kami tidak bercadang untuk menjual keseluruhan cuma sebahagian sahaja. Manakala sebahagian lagi kami simpan sebagai sebahagian khazanah koleksi kami. Harga dimaharkan berdasarkan rundingan bersama dan pastinya mampu dimiliki.

 Status : Tawaran Dibuka

                                                      PERMATA B DAN C TELAH DITEBUS