BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 21 October 2013

Teras Semeru


Teras semeru yang sering dikaitkan dengan teras gemunggal. Cuba tuan bandingkan dengan urat teras gemunggal. Sekadar pengetahuan, sebenarnya dari segi urat kayu tidak kira samada teras gemunggal kampung, gemunggal pulau atau gemunggal bukit dari segi jaluran urat tetap sama saja.Cuma yang berbeza adalah dari segi warna teras tua atau teras muda (hitam @ coklat) Teras gemunggal kampung sering tertukar dengan teras semeru manakala teras gemunggal bukit sering tertukar dengan petai bukit. Tak percaya cuba tebang pokok kelapa bukit,kelapa kampung dan kelapa pulau dan bandingkan jaluran uratnya,pasti sama. Yang berbeza cuma warna teras tua atau muda. Jaluran urat tetap sama.Walaupun ditanam digurun Sahara sekalipun, urat kayunya tetap sama.Tidak salah berniaga tetapi teras semeru mesti dijual semeru bukan gemunggal. Jangan marah, cuma kita sama-sama berlajar. Ilmu ALLAH ini luas. Alhamdulillah sekarang ini, telah banyak blog-blog yang jual gemunggal ori.. Walaubagaimanapun tidak dinafikan, setiap kejadian yang ALLAH SWT jadikan  pasti ada khasiatnya. Jika rasa berminat boleh ditempah untuk dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain

 ADMIN -Pengalaman, dulu ambo sendiri pernah habis duit lebih dari rm10 ribu kerana tertipu dengan teras semeru dikatakan teras gemunggal..Akhirnya Ambo cari sendiri,tebang sendiri.. merata ceruk cari.. tebang pokok gemunggal dari saiz besar pinggan hinggga saiz sepemeluk .. dari jenis gemunggal kampung,bukit, pulau..lebih dari 20 tahun juga ambik masa pencarian, pun habis lebih dari RM10ribu juga.Dipendekkan cerita akhirnya alhamdulilliah dapat teras ori.. Bonus gemunggal jadi batu lagi...Syukur.


Status : Tawaran Dibuka



Teras Gemunggal


Teras gemunggal ini kami dapat dari sebuah pulau diTrengganu. Pokok gemunggal pulau  lebih mudah ada teras berbanding pokok gemunggal yang ditanam dikampung. Mungkin kerana faktor pasir dan air laut (air masin)  Paling susah nak dapat gemunggal kampung. Maklumlah, pokok baru nak besar dah kena tebang nak dibina rumah. Walaubagaimanapun dari segi khasiat sama saja. Ibarat cabai ditanam dimana-mana pun tetap pedas. Siap sedia untuk menerima tempahan dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain. 

ADMIN
 - Ambo sendiri pun banyak lagi tak betul....banyakkkkkkk lagi kena berlajar.....Baru merangkak..

TOK FAKIR - Ramai anak muda kini tidak kira lelaki@wanita berlumba-lumba untuk memiliki wajah awet muda dan wajah berseri-seri. Tok ada petua: Amalkan jangan sesekali tidur diwaktu asar dan bangun sebelum jam 5pagi. Seeloknya sembahyang sunat tahajud,taubat dan lain-lain sementara menunggu waktu subuh. Amalkan sentiasa. Dengan izin ALLAH wajah anda akan nampak berseri-seri dan nampak muda. Tak percaya cubalah.. 

Status : Tawaran Dibuka






Cincin Huruf S


Cincin perak huruf S Dimasukkan berlian swiss kecil didalam huruf. Saiz 15. Saiz boleh diubah manakala huruf juga boleh ditempah dari huruf A hingga Huruf Z. Juga boleh dichrome warna emas mengikut citarasa anda. Dimaharkan RM70 sahaja. (Tanpa chrome emas)


Status : Tawaran Dibuka