BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 22 October 2014

Cincin Permata Paruh Burung Menilir XL


Cincin perak kuku suasa permata paruh burung menilir @ nilir. Cincin ukiran bunga pahat buatan tangan. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Permata paruh burung bersaiz XL. Dan sangat-sangat  sukar didapati paruh burung menilir bersaiz mega.  Menurut kitab lama dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak dari terkena racun santau dan juga racun kimia. Sangat disyorkan paruh ini disimpan untuk dijadikan penawar kerana keadaan dunia hari ini banyak berlegar-legar racun santau yang tidak dapat dilihat pada pandangan kasar manusia. Ibarat sediakan payung sebelum hujan. Antara  jutaan spesis burung yang dijadikan ALLAH SWT burung menilir ada keistimewaan yang sangat hebat yang tiada pada burung lain. Keistimewaannya ialah burung ini boleh makan apa sahaja makananan ataupun minuman yang terdapat diatas muka bumi ini samada ianya baik ataupun beracun..! Boleh dikatakan burung ini kebal kepada racun. Boleh dikatakan bagi apa sahaja racun baik berupa makanan ataupun minuman burung ini boleh makan atau minum tanpa ada masalah. Menurut kitab lama boleh dikatakan semua bahagian pada burung ini mengandungi penawar padanya. Rahsianya atau penawarnya yang terbesar  terletak pada paruhnya. Apabila ia makan atau minum burung ini akan menjilat-jilat pada paruhnya. Maka racun yang diminum atau dimakan akan menjadi tawar selepascianya menjilat pada paruhnya. Pernah diuji diambil sejenis racun kimia yang sangat kuat diletak didalam gelas. Kemudian diambil dititik beberapa titis sahaja minyak yang dihasilkan dari lemak burung ini. Maka dalam beberapa saat sahaja racun kimia yang berwarna biru bertukar menjadi jernih. Jika ALLAH SWT menjadikan binatang lain mengandungi racun maka ALLAH SWT menjadikan burung ini sebagai penawar racun. Tetapi masalahnya burung ini sangat sukar didapati dan ramai rakan-rakan saya telah tertukar paruh burung menilir dengan paruh burung enggang. Kekeliruan ini berlaku kerana dari segi warna dan corak paruh ini agak serupa kelihatan.. Ibarat hanya jauhari mengenal maknikam.. Jika tuan-tuan rasa berminat boleh menghubungi saya melalui wasap ataupun talian telefon.. Cincin dimaharkan berdasarkan rundingan bersama..


Status : Tawaran Dibuka