BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 2 February 2014

Kisah Pembuat Tasbih



  Orang tua macam Ambo ni memang suka 'bari' (bercerita). Kali ni Ambo nak bercerita mengenai kisah pembuat tasbih. Diharap tuan-tuan sudi membacanya. Kalau tuan-tuan tak baca pun Ambo bukannya tahu yea tak..? Hi.hi..hi.. Sebenarnya Ambo ini bukanlah termasuk mereka yang pakar atau arif  tentang tasbih atau teras kayu. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang ada. Disini Ambo ingin membicarakan tentang tukang pembuat (larik) tasbih. Sudah ramai yang saya jumpa, ada yang masih muda, ada yang sederhana muda dan kebanyakkannya tidak berapa muda ..hi..hi..hi.. Disini Ambo ingin berkongsi pengalaman mengenai seorang tukang yang  ambo anggap istimewa. Berliau Ambo umpamakan ‘satu dalam sejuta’. Berliau ialah Tok Ayah Li (dalam kisah ayam) Ambo pernah bertanya kepada berliau kenapa berliau memilih kerja membuat tasbih? Menurut berliau ini adalah sebahagian amal jariah berliau. Manalah tahu jika ada orang menggunakan tasbih berliau untuk berzikir, mungkin ada sedikit pahala untuknya disana nanti.
Apa yang saya ingin ceritakan mengenai Tok Ayah Li yang pada anggapan saya sungguh istimewa tentang cara membuat tasbih ialah berliau akan berwuduk terlebih dahulu sebelum membuat tasbih. Dan jika berliau terkentut atau terbatal akibat hadas kecil maka berliau akan mengambil wuduk kembali. Maksudnya berliau sentiasa  berada dalam keadaan berwuduk ketika membuat tasbih
Berliau juga sentiasa berzikir kepada ALLAH S.W.T ketika melakukan kerja pembuatan tasbih. Maksudnya jika ada orang atau datang bersembang dengannya maka berliau langsung tidak akan menyentuh tasbihnya. Berliau hanya akan membuat tasbih dalam keadaan tenang dan bibir serta hati sentiasa memuji akan kebesaran ALLAH S.W.T.
Antara keistimewaannya juga menurut pendapat Ambo berliau akan berpuasa pada hari berliau membuat tasbih. Maksudnya berliau hanya membuat kerja membuat tasbih pada hari dia berpuasa sahaja. Jika berliau tidak berpuasa maka tasbih itu lansung tidak disentuhnya pada hari itu.
Sekadar untuk makluman berliau membuat tasbih tidak menggunakan peralatan elektrik seperti mesin canai atau gerudi. Berliau hanya menggunakan kederat 4 kerat, pisau, lidi motor (untuk menebuk lubang) dan kertas pasir sahaja.
Ambo perhatikan juga untuk menyiapkan seutas tasbih mengambil masa lebih dari 3 bulan. Biasanya juga dalam setahun paling banyak pun hanya sekadar 3 utas sahaja. Dan berliau juga tidak meletakkan sebarang harga pada tasbih buatannya. Bagilah berapa ringgit pun berliau  akan terima dengan senang hati. Dan jika tidak bagi duit pun dia akan terima dengan lapang hati. Baginya rezekinya telah ditentukan ALLAH S.W.T
Dan setiap tasbih yang telah disiapkan maka terlebih dahulu berliau buat zikir. Biasanya Tok Ayah Li mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan pula untuk dibuat zikir dalam kehidupan berliau seharian. Sehingga berliau betul-betul berpuas hati. Biasanya sehingga berliau mendapat 'alamat mimpi'. 
Ambo cuba congak keseluruhan masa yang diambil untuk menyiapkan seutas tasbih yang ‘sempurna’ sekurangnya 6 bulan. Hish.. lamanya.! Jika setiap pembuat tasbih mengambil masa begini lama untuk seutas tasbih, alamak Ambo tak tahan angkat telefonlah jawabnya.. Semuanya bertalu-talu telefon bertanya ‘bila lagi siap tempahan tasbih kami..?’ Semuanya nak cepat siap. Jika ini berlaku alamak kelam kabutlah hidup Ambo nak cari nafkah sesuap nasi.. Maka makin cepatlah orang  tua macam Ambo ni jalan...!  
Jika hendak diceritakan keistimewaan tentang Tok Ayah li satu persatu rasanya banyak jika ingin dilakarkan disini.. Walaubagaimanapun Ambo ringkaskan insan istimewa ini telah pulang ke ramahtullah lebih dari 13 tahun yang lalu. Dan bagi Ambo yang masih lagi bernafas hanyalah kenangan dan ilmu yang berguna untuk panduan hidup.
 Ada kisah benar yang berlaku tentang tasbih ini. Apabila tasbih ini siap sepupu Ambo terus ke Pejabat Pos, Pengkalan Chepa,Kelantan untuk pos tasbih ini. Apa yang peliknya tasbih ini telah dipos jam 12 tengahari dan sepupu Ambo dari Kelantan terus telefon Ambo sebaik berliau keluar dari pejabat pos tersebut. Yang anehnya ketika sepupu Ambo  telefon untuk memberitahu berliau baru sahaja pos seutas tasbih pada Ambo diPulau Pinang, sedangkan Ambo baru sahaja menerima tasbih itu dari pos Laju jam 12:05 tengahari pada hari yang sama. Wallahualalm                        


ADMIN -  Bersamalah kita membaca AL FATIHAH untuk dihadiahkan kepada seluruh umat islam yang telah meninggal dunia. Disini juga Ambo tiada niat untuk membandingkan tukang tasbih antara satu sama lain. Bagi Ambo setiap tukang tasbih itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing kurnian dari ALLAH S.W.T                                                   
Status : Koleksi Peribadi