BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 25 February 2014

Cincin Perak 7 Fosil


Cincin perak buatan tangan. Hasil kerja seni pertukangan tukang Kelantan. Ukiran bunga tebuk saiz 19 (boleh ubah saiz ) Permata saiz sedan. Satu gabungan yang menarik. Ibaratnya cantik dimata manis dijari. Permata  gabungan dari 7 jenis teras kayu jadi batu (fosil) terpilih dicanai dijadikan satu permata iaitu :-
  1)     teras pisang gala
  2)     teras gemunggal hitam
  3)     buluh hitam (raja buluh)
  4)     buluh putih
  5)     kokka Mekah
  6)     teras tas
  7)     naga sari
Walaupun telah berubah menjadi batu tetapi rona-rona urat kayu dan rupa bentuk masih lagi jelas kelihatan.Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak dari terkena gangguan histeria, tahan kulit,penawar bisa,mengelakkan dari terkena sihir,kebal kecemasan,pengerun,murah rezeki,menakutkan dan melemahkan binatang bisa dan lain-lain.. Gabungan pelbagai jenis teras (fosil)  sangat sesuai untuk dijadikan 'pemakaian diri' sebagai jalan ikhtiar.. Boleh juga ditempah dalam bentuk cincin,loket,gelang dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tawaran Dimaharkan RM3XX siap pos seluruh Malaysia 


Status : Tawaran Dibuka
 *kini tinggal sebentuk*
*siap sedia untuk terus dipos*







Tasbih Teras Kemuning Hitam


Tasbih teras kemuning hitam 99 saiz 'S' tempahan Tuan Ahmad Fahmi Dari Lunas, kedah.  Tasbih  telah dipos no.rujukan EF08428780 0MY  

Status : Telah Dipos


Tasbih Teras Kemuning Hitam


Tasih teras kemuning hitam 99 saiz 'S' tempahan Tuan Mustajib dari Seremban, Negeri Sembilan.  3 tasbih  telah dipos no.rujukan EF08428774 2MY  dan EF08428775 6MY mengikut  alamat Trengganu Terima kasih tuan


Status : Telah Dipos



Monday 24 February 2014

Cincin Bunga Tebuk Penuh 2


Tempahan cincin ukiran bunga tebuk dibuka untuk tempahan. Maksudnya semua bahagian bingkai ini diukir bunga pada keseluruhan bahagian cincin termasuk bahagian tangkai bingkai dan seterusnya dikorek dan dipotong mengikut bahagian lekukkan bunga ukir. Dibuat dengan penuh kehalusan dan berseni hasil kerja tangan tukang Kelantan. . Kami juga sedia terima tempahan dalam bentuk suasa, emas dan lain-lain serta corak bunga dan ukiran mengikut citarasa anda. Boleh juga ditempah dalam bentuk cincin, loket, gelang dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tempahan dijangka siap antara 2 minggu ke 4minggu bergantung pada tempahan. Maklumlah dibuatdengan kemahiran tangan bukan mesin. Ianya mengambil sedikit masa. Tetapi hasilnya sangat memuaskan dan penuh berseni. Tawaran dibuka dan yang pastinya harga dibawah pasaran..



Status : Tawaran Dibuka





Sunday 23 February 2014

Kelapa Buta Dan Bisu Menjadi Batu.


            Antara koleksi rare yang turut dicari oleh pengumpul koleksi teras. Yang anehnya tentang kelapa ini, setelah dibelah dua didalamnya hanya terdapat berupa sabut kelapa sahaja. Maksudnya disini tiada tempurung atau tanda-tanda adanya tempurung. Ataupun orang Kelantan memanggilnya ‘nyor komeng’ atau sesuai dipanggil 'sabut kelapa buta dan bisu'. Tapi nyor komeng ini bukan sebarangan nyor selain ianya telah berubah menjadi batu juga tergolong dalam kelapa yang sangat sukar dicari iaitu ianya buta dan tiada mulut. Ibaratnya sudahlah buta, bisu pulak tu. Setelah dicanai dijadikan permata kelihatan warna dan coraknya tak ubah seperti ‘ urat dan warna kelapa sabut muda’. Sebenarnya jika hendak diceritakan mengenai  ‘nyor komeng istimewa’ ini ianya bermula ketika mahu mengambilnya lagi.
Sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang menjumpainya didalam gua dan berhajat untuk membawanya pulang ke rumah. Tetapi masalahnya setiap kali dibawa sahaja melintasi pintu gua, maka orang yang mengambilnya akan hilang pandangan dan menjadi buta. Dan apabila kelapa ini diletak diatas tanah maka pandangan mata mereka menjadi pulih seperti sediakala. Dan akhirnya kelapa ini dipulangkan dan diletak ditempat asal dijumpai. Begitulah yang akan berlaku setiap kali ada yang ingin mengambilnya atau membawanya pulang. Tetapi yang kebiasaannya yang sering berlaku kelapa istimewa ini ghaib atau hilang pada pandangan umum..!
Sebenarnya jika hendak diceritakan satu persatu mengenai kisah 'kelapa istimewa' ini panjang kisahnya. Ambo telah ringkaskan seberapa yang boleh. Dan sudah semestinya kelapa ini mepunyai keistimewaan tersendiri. Kerana setiap sesuatu kejadian yang dijadikan ALLAH S.W.T. pasti akan mengandungi suatu rahsia padanya. Ibaratnya kita melihat orang buta dan bisu. Mungkin pada pendapat kita mengikut akal biasa mungkin kita mengangapnya cacat dan kurang sempurna. Tetapi perlu diingat, kadang-kadang orang yang buta dan bisu itu adakalanya lebih bijak akalnya serta hatinya lebih cerah berbanding kita yang sempurna fizikal. Bahkan jika mereka redha akan ketentuan ILAHI maka peluang mereka untuk ke syurga adalah lebih cerah berbanding dengan diri kita yang celik dan boleh bercakap. Sekadar renungan bersama..
 Menurut pendapat mereka yang arif, dengan izin ALLAH S.W.T kelapa buta dan bisu ini dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar jika disimpan didalam rumah maka akan terselamat dari kecurian. Jika dipakai dibuat cincin jika berhadapan dengan musuh maka akan hilang pada pandangan musuh. Jika musuh berhadapan kita maka akan terkunci mulutnya. Apapun senantiasa berserah diri kepada ALLAH. Dan kita menyerahkan segalanya dan kuasa muttlak hanya kepada ALLAH S.W.T  yang Maha Berkuasa. Kita hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja. Walaubagaimanapun perlu diingatkan, jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi hukum syarak atau menzalimi manusia maka kita akan binasa akhirnya. Sekiranya tuan-tuan berminat kami bersedia menerima tempahan samada dijadikan cincin. permata, loket, gelang, tasbih dan lain-lain yang sekadar yang kami mampu.


Status : Tawaran Dibuka


                                                                            SEBELUM DICANAI DIJADIKAN PERMATA
                                                          SELEPAS DIBELAH DUA, LANGSUNG TIADA TEMPURUNG
SELEPAS DICANAI DIJADIKAN PERMATA

Tasbih Cintamani


Tasih cintamani / bahar hitam 99 saiz 'S' tempahan Tuan Zul dari Bandar Baru, Bangi. Kepala tasbih dibuat dari teras kemuning hitam telah dipos no.rujukan EF16820849 1MY. Terima kasih tuan

Status : Telah Dipos



Saturday 22 February 2014

Cincin Perak Permata Teras Campur


Cincin perak bersaiz 20 permata teras fosil  campur 7 jenis. Hasil kerja tangan tukang kelantan. Cincin permata zamrud bersaiz 17 serta cincin perak permata nilam putih asli.  Telah ditempah oleh tuan Mohamad Adli dari Kuala Langat, Selangor. Telah dipos laju kepada tuan. No. rujukan EF 18859990 2MY


Status : Telah Ditempah





Cincin Besi Campur 9


Cincin perak bersaiz 18 permata besi campur 9 jenis. Hasil kerja tangan tukang kelantan. Telah ditempah oleh seorang guru dari Alor Setar, Kedah. Telah dipos laju kepada tuan. No. rujukan EF 18859987 6MY

Status : Telah Ditempah




Kisah Ular Naga

Siri 2

             Dalam Hamba ALLAH ini berehat seketika, maka teringatlah suatu kejadian yang pernah berlaku ketika berada didalam gua. Kisahnya berlaku disuatu malam, sedang berliau leka membaca AL QUR’AN didalam sebuah gua, tiba-tiba menjelma seorang tua berjubah putih memberi salam kepadanya dan memintanya untuk berubah tempat sedikit. Eh hairan, kenapa perlu berubah tempat. Akhirnya hamba ALLAH ini mengambil keputusan untuk mengikut arahan orang tua tersebut. Untuk mengetahui apa yang akan berlaku berliau memasang sebatang lilin berdekatan dengan laluan pintu masuk ke dalam gua. Selang 10 minit kemudian kedengaran sesuatu bunyi yang pelik. Semakin lama semakin kuat bunyi kedengaran. Seolah-olah bunyi pernafasan yang kuat dan bunyinya bergema didalam gua. Tiba-tiba jelas kelihatan seolah satu kepala yang memasuki pintu gua dimana saiznya hampir sebesar pintu gua. Dan ianya bergerak secara perlahan-lahan.  Haba sejuk didalam gua juga turut berubah dari sejuk menjadi sedikit panas akibat pernafasan ular naga tersebut. 
             Dan jelas kelihatan seekor ular besar berwarna putih sedang memasuki kedalam gua tersebut. Hamba ALLAH ini perhatikan dibahagian atas kepala ular tersebut kelihatan seolah baluh ayam berwarna keemasan manakala dibahagian bawah kelihatan kulitnya menggeleber kerana faktor usianya yang terlalu tua. Juga kelihatan ular ini mempunyai sepasang tanduk dibahagian atas kepalanya serta janggut berwarna putih dibahagian bawah dagunya. Dan ianya bergerak perlahan-lahan menuju kearah salah satu lubang didalam gua yang paling besar. Hamba ALLAH ini juga perhatikan seluruh bahagian tubuhnya dipenuhi dengan lumut kehijauan. Akhirnya setelah hampir satu jam kemudian ular ini akhirnya hilang pada pandangan. 
              Dan hamba ALLAH ini meneruskan kembali bacaaan AL QUR’AN dan sembahyang tahjud seperti biasa yang menjadi rutinnya selama ini.  Pada keesokkan harinya hamba ALLAH ini terjumpa bekas sisik ular naga semalam yang luruh dan dianggarkan saiz sisik ular ini sahaja sebesar pinggan.! Dan yang peliknya sisik ini apabila terkena cahaya matahari warnanya seolah seperti kepingan emas.! Dan warnanya berkilau-kilau keemasan. Menurut hamba ALLAH ini antara petua untuk mengetahui terdapatnya ular besar didalam gua dan ini adalah tanda-tandanya : terdapat seolah trek yang luas dan lincin, terdapat seperti udara sejuk dan panas  berselang seli, terdapat seolah diri kita dihisap atau disedut ketika berada dihadapan pintu atau lubang gua, kedengaran seperti bunyi kokokkan seperti ayam dari arah dalam gua, tetapi jika ular terlalu besar akan kedengaran seolah bunyi kerbau berdengus dengan kuat serta lain-lain tanda lagi. 
                 Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini, perbanyakkan amalan zikir dan bacaan AL QUR'AN  ketika berada didalam gua atau hutan belantara. Bacaan AL QUR'AN juga perlu dibaca dengar sedikit kuat dan teratur supaya keberkatan dan aura dari bacaan AL QUR'AN  melindungi diri kita dari gangguan iblis dan syaitan selain dari binatang berbisa. Mudah-mudahan ALLAH S.W.T memberikan kita pertolongan ketika berlakunya kecemasan. Wallahualam..

ADMIN -  Ada seorang sahabat bertanya ada tak dijual 'fosil naga' dan jawabnya ada. Tetapi kenalah tunggu dulu yea. Kami mengeluarkan barang mengikut giliran yang telah diatur oleh Guru. Nantikan untuk sambungan yang akan datang ya.. Terima kasih Tuan Saufa Che Mat atas pertolongan itu tadi..Wah, nampak smart dan gaya pose penuh bergaya tu..! boleh cair anak dara yang melihatnya..hi..hi..


Tasbih Cintamani / Bahar Hitam


Tasbih cintamani atau akar baha hitam dijadikan seutas tasbih bersaiz 'S'. Jumlah makmum 99 manakala kepala tasbih atau imam dibuat daripada teras kemuning hitam.. Sangat sukar didapati dan diambil dari dasar laut. Dengan izin ALLAH SWT tasbih ini bersifat sejuk , pelaris dan murah rezeki dan bersifat penawar racun. Sangat disyorkan dipakai atau dibawa oleh nelayan serta mereka yang mengail ikan ditengah laut. Bisa ular laut akan menjadi tawar jika terkena sengatan atau bisa binatang laut diasah dijadikan penawar. Lagi baik jika sentiasa dibuat amalan zikir dan istifar sambil-sambil menunggu dapat ikan.. Jangan difikirkan sangat berkhaitan hikmah tasbih tetapi zikirlah kerana ALLAH, Semoga mudah-mudahan ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan dan pekerjaan kita berjalan lancar. Antara koleksi rare. Antara tanda-tanda bukti keaslian adalah ianya akan bertambah cantik berkilau dan berminyak  jika sentiasa digunakan. Biasanya tasbih palsu akan menjadi pudar dan mudah rosak makmumnya. Sangat sesuai dimasukkan  didalam poket  dan dibawa kemana-mana.  Ditawarkan pada harga mampu RM300 termasuk belanja pos untuk seluruh Malaysia.


Status : Tawaran Dibuka






Friday 21 February 2014

Tasbih Kemuning Hitam


Teras kemuning hitam dijadikan seutas tasbih bersaiz S . Jumlah makmun 99 biji. Hasil kerja tangan perlajar pondok dipetani,Thailand. Sambil membeli sambil membantu saudara seagama kita disana. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, dijadikan penawar racun, gigitan bisa dan lain-lain. Tasbih Teras kemuning hitam Saiz  'S' adalah RM250 (Termasuk Pos laju untuk Semenanjung M'sia) Untuk mengenal kemuning hitam asli tuan-tuan sila ke tips kemuning hitam asli 

Status : Tawaran Dibuka







Wednesday 19 February 2014

Pelbagai Jenis Fosil


Alhamdulillah syukur. Maha suci ALLAH yang menciptakan sesuatu yang indah. Gambar ini adalah sebahagian dari koleksi teras kayu menjadi batu (fosil) yang akan kami paparkan dari masa kesemasa.Terdapat lebih dari 10,000 bongkah fosil didalam simpanan dan akan dikeluarkan dari masa kesemasa. .Juga terdapat pelbagai-bagai saiz dari saiz kecil sehinggalah ke saiz 3-4 pemeluk. Proses kayu untuk menjadi fosil yang sempurna memerlukan masa lebih dari jutaan tahun. Ada sebahagian fosil yang kami temui masih terpacak diatas tanah, ada yang tertanam didalam tanah, tersimpan didalam gua, dan lain-lain tempat.Pelbagai cara dan kaedah digunakan dalam usaha mendapatkannya. Ada yang dijumpai melalui petunjuk, petua, ada yang diberi petunjuk oleh binatang, melalui perkhabaran melaui mimpi, melalui amalan sembahyang hajat, serta lain-lain kaedah yang dibenarkan oleh hukum syarak. Sekadar berkongsi pendapat pihak kami mengambil masa lebih dari 20 tahun untuk mengembara, meneroka, mengkaji serta menjelajah keseluruh alam untuk mendapatkannya dan usaha pencarian ini masih lagi diteruskan sehingga ke saat ini. Mungkin ketika tuan-tuan sedang membaca cerita serta kisah yang kami paparkan disini, ada seorang hamba ALLAH diluar sana  sedang berkelana seorang diri diatas puncak gunung dihutan belantara sana. Juga terdapat pelbagai cerita dan kisah yang berlaku sepanjang pencarian ini. Ambo simpulkan terdapat kisah aneh, misteri, seram, luar biasa serta kisah lucu dalam pengembaraan ini. Dan jika dipanjang umur serta diluangkan masa akan kami paparkan sebahagian kisah-kisah yang dilalui sepanjang pengembaraan ini. Pihak kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan yang menyokong kami dan hanya ALLAH S.W.T  yang mampu membalasnya. Apa yang mampu kami katakan jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli dan tulen' boleh terus hubungi kami. Kami berjanji hanya fosil yang asli dimaharkan disini. Usaha ini kami cari sendiri tanpa berurusan dengan pihak lain dan kami juga memproses dan mencanai sendiri untuk dijadikan batu permata. Bila siap kami juga jual sendiri. Dijamin 100 Peratus Fosil dari bukit.

                                                                        TERDAPAT RIBUAN FOSIL KAYU AKAN 
                                                                         DIKELUARKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT
          ADA JUGA SETENGAH FOSIL KAYU PIHAK KAMI JUMPAI TERPACAK DIATAS TANAH.                                KAWASAN SEKELILING FOSIL BERSIH SEOLAH-OLAH DIJAGA OLEH SESEORANG 
                      SEDANGKAN KAWASAN SEKITAR PENUH DENGAN HUTAN BELANTARA

Permata Teras Kayu Istimewa


Fosil Teras Kayu Untuk Pakaian Diri 
Fosil kayu istimewa dan diperolehi dengan cara istimewa. Sekali pandang macam fosil kemuning hitam ataupun fosil penawar hitam tetapi bukan. Jika sebelum ini dipaparkan khasiat berkaitan besi tetapi fosil istimewa ini juga tidak kurangnya. Sangat sesuai untuk dibuat pakaian diri. Moga-moga dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar terlindung dari tipu daya berkaitan ilmu pukau, tuju, santau, ilmu hitam dari manusia, jin dan syaitan.. Tawaran boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket, gelang, dan lain-lain.. Tawaran pada harga mampu RM2XX termasuk harga cincin buatan tangan (bukan custing) serta termasuk belanja pos laju untuk seluruh malaysia.   Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh terus hubungi kami. Kami berjanji hanya fosil yang asli dimaharkan disini. Kami cari sendiri. Kami canai sendiri. Kami jual sendiri. 100 Peratus  Fosil dari bukit. 

 Status : Tawaran Dibuka






Tuesday 18 February 2014

Kisah dan Tauladan 6

SIRI 1
Dalam Ambo dok belek-belek seketul fosil Ambo teringat kisah berkaitan dalam usaha mendapatnya. Kadang-kadang air mata menitis sendiri tanpa disedari. Bila mengenangkan bertapa hebatnya dan Agungnya ciptaan ALLAH S.W.T. Kadang-kadang Ambo terlintas lansung tiada logik pada permikiran akal fikiran kita manusia biasa. Tetapi jika direnungkan secara mendalam apalah yang aneh jika dibandingkan kejadian alam serta langit yang tidak berbumbung..! Betapa Agung dan hebatnya ciptaan mu Ya ALLAH. ALLAH HU AKBAR. Apa yang Ambo ingin paparkan adalah berkhaitan kisah benar. Walaubagaimanapun kisah yang Ambo ingin ceritakan tidaklah sehebat kisah-kisah dari AL QUR’AN atau kisah para-para nabi. Sesungguhnya kisah dari AL QUR’AN wajib dipercayai dan diyakini. Sedangkan cerita yang akan Ambo paparkan hanyalah bersifat sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman seorang hamba ALLAH... Mudah-mudahan kita bersama mengambil ikhtibar dan pedoman betapa Agungnya dan hebatnya rahsia-rahsia ALLAH S.W.T. Semua yang berlaku adalah antara bukti kekuasaannya atas segala sesuatu. Ingatlah, ALLAH S.W.T menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia hatta kejadian seekor nyamuk sekalipun..!
Kisah yang Ambo ingin ceritakan ini telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu. Kisah ini bermula lebih kurang begini. Pada suatu malam hamba ALLAH ini mendapat alamat melalui mimpi berkhaitan ‘raja harimau putih’. Kononnya didalam sebuah hutan belantara kelihatan berpuluh-puluh ekor harimau berlari kearah sebuah bukit. Terdapat pelbagai jenis harimau belang dari harimau jantan yang besar, harimau betina dan juga anak harimau. Semuanya menuju ke satu arah. Mereka menuju kearah sebuah gua. Dan gua ini pula terletak diatas bukit kira-kira lebih 300 meter dari aras bawah. Semuanya  berusaha memanjat kearah gua. Gua ini sangat sukar untuk dipanjat kerana kedudukan bukit ini yang 90 darjah menegak ditambah bukit ini jenis batu kapur. Akhirnya dengan bersusah payah sampai juga harimau yang paling besar ini didalam gua tersebut. Dan harimau ini mengelilingi beberapa kali sebuah batu yang terdapat ditengah-tengah gua. Dan selepas itu harimau ini mencium dan tunduk hormat pada batu tersebut. Seolah-olah batu ini sangat istimewa. Begitulah yang berlaku pada harimau-harimau yang lain. Rasanya sungguh aneh dan pelik mimpi hamba ALLAH ini. Hamba ALLAH ini mengambil keputusan untuk membuat sembahyang hajat dan sembahyang istikharah berkhaitan dengan mimpinya semoga ALLAH S.W.T memberi pedoman berkhaitan mimpinya. Selepas hamba ALLAH ini berdoa maka menjelmallah seorang tua memberi salam dan berkata ’jika ingin tahu rahsianya pergilah sendiri kedalam gua itu. Maka kamu akan tahu rahsianya’. 
     Selepas menunaikan sembahyang subuh maka berangkatlah hamba ALLAH ini menuju kearah sebuah gua mengikut alamat dan pedoman yang diberitahu oleh orang tua tersebut. Maka bermulalah pengembaraan hamba ALLAH ini untuk sekian kalinya. Perjalanang hamba ALLAH  ini dengan berjalan kaki bermula dari rumahnya.  Maka berkelanalah hamba ALLAH ini dimana perjalanangnya mengambil masa lebih dari 3 hari juga untuk sampai kegua tersebut. Apabila hamba ALLAH ini melalui satu laluan berbukit maka teringatlah itulah laluan kumpulan harimau dalam mimpinya. Maka hamba ALLAH ini berjalan mengikut laluan sang harimau sebagai mana dalam mimpinya. Bagi dirinya tiada istilah perkataan ‘takut’ dalam kamus hidupnya. Soal ajal dan maut diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH S.W.T. Dan bila tiba malam hari dimana kakinya berhenti disitulah dia berehat. Bila malam menjelma setelah berehat sekejap maka hamba ALLAH ini akan menunaikan solat sunat tahajud dan berselang seli dengan bacaan AL QUR’AN sehingga menjelang waktu subuh. Baginya selagi dikandung hayat setiap inci kawasan muka bumi akan terisi dengan tempatnya beramal ibadat terutama didalam hutan belantara dan puncak gunung. Dan biasanya hamba ALLAH ini akan memilih puncak gunung atau kawasan paling tinggi sebagai salah satu tempatnya beramal ibadat.
 Maka berkelanalah hamba ALLAH ini dimana perjalanangnya mengambil masa lebih 3 hari juga untuk sampai kegua tersebut. Apabila hamba ALLAH ini melalui satu laluan berbukit maka teringatlah laluan kumpulan harimau dalam mimpinya. Maka hamba ALLAH ini berjalan mengikut laluan sang harimau sebagai mana dalam mimpinya. Bagi dirinya tiada istilah perkataan ‘takut’ dalam kamus hidupnya. Soal ajal dan maut diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH S.W.T. Dan bila tiba malam hari dimana kakinya berhenti disitulah dia berehat. Bila malam menjelma setelah berehat sekejap maka hamba ALLAH ini akan menunaikan solat sunat tahajud dan berselang seli dengan bacaan AL QUR’AN sehingga menjelang waktu subuh. Baginya selagi nyawa dikandung hayat setiap inci kawasan muka bumi akan terisi dengan tempatnya beramal ibadat terutama didalam hutan belantara dan puncak gunung. Dan biasanya hamba ALLAH ini akan memilih puncak gunung atau kawasan paling tinggi sebagai salah satu tempatnya beramal ibadat.
               Begitulah rutin hidupnya sebaik sahaja menamatkan pengajian disalah satu pengajian pondok tahfiz di Kelantan. Berliau pernah bertanya kepada salah seorang guru pondoknya, ‘ada tak orang yang  beramal ibadat didalam gua atau didalam hutan belantara..? Maka dijawab gurunya ‘pasti ada.. Cuma kita tidak tahu siapa ‘insan istimewa’ yang dipilih oleh ALLAH S.W.T. dan berliau pernah mengajak gurunya untuk sama-sama masuk kedalam hutan dan gua untuk beramal ibadat, tetapi gurunya memaklumkan berliau hanya boleh memberi panduan serta pedoman sahaja tetapi tiada cukup kekuatan dan keberanian untuk menempuhnya. Seingat berliau telah ramai orang yang bergelar guru dan ustaz telah berliau jumpa. Tiada seorang pun yang sanggup malahan ada yang melarang niatnya itu. Dan ketika itu berliau hanya berumur 15 tahun. Dan seingat berliau semasa berliau berumur 16 tahun berliau sudah mula masuk kedalam gua dan tinggal didalamnya seorang diri. Bukan sehari dua tetapi lebih dari 3 bulan sebelum berliau mula berkelana dari satu gua ke satu gua, dari satu gunung ke satu gunung, dari satu pulau ke satu pulau, dari satu negeri ke satu negeri, dari satu kawasan kubur ke satu kawasan kubur serta dari satu masjid ke satu masjid untuk beramal ibadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.WT. Biasanya berliau tinggal disatu-satu tempat sehingga habis berliau khatam senaskah AL QUR’AN atau 30 juzuk   baru berliau mula beralih tempat. Dan biasanya selepas dia mendapat arahan melalui pedoman tertentu atau melalui alamat mimpi. Kisah ini Ambo akan sambung sedikit demi sedikit ya.. atau mungkin juga Ambo akan cuba ringkaskan seberapa yang boleh.. atau mungkin juga Ambo buat secara bersiri..


Monday 17 February 2014

Teras kayu 'Raja Penawar Bisa'

            Salah satu fosil yang kami akui sangat-sangat sukar didapati. Jika teras kayu fosil ini habis maka kami mengangkat kedua belah tangan..! Teras kayu ini didapati dengan cara istimewa melalu alamat mimpi. Setelah melepasi beberapa ujian baru berjaya untuk memilikinya. Dikhabarkan semua jenis binatang akan tunduk hormat jika melewati pokok ini dan sekiranya binatang berbisa lalu dibawah atau terkena bayang (aura) pokok ini maka akan hilang bisanya buat seketika. Teras kayu ‘raja penawar bisa’ menjadi batu. Teras ini sangat baik jika disimpan didalam rumah sebagai jalan ikhtiar sekiranya berlaku kecemasan. Ibarat sediakan payung sebelum hujan.
Sekadar untuk makluman dalam simpanan kami terdapat lebih dari 10,000 bongkah teras fosil tetapi kategori teras kayu ‘raja penawar bisa’ hanya terdapat seketul sahaja dalam simpanan kami. Untuk pengetahuan tuan-tuan, teras raja kayu penawar bisa bukannya  kemuning hitam,penawar hitam, raja kayu atau lain-lain.  Juga setengah orang lama memanggilnya 'teras geliga'. Dan dalam simpanan kami bukan sahaja hanya terdapat seketul tetapi saiz kecil pula. Antara kelebihan dan hikmah yang ALLAH S.W.T jadikan kelebihan pada teras raja penawar batu ini jika direndam atau sapu air kepada batu ini maka air menjadi mudah kering kerana air tadi telah dihisap oleh batu ini. Walaupun peroses ini dilakukan berulang kali tetap kejadian yang sama berlaku. Sekiranya diletak pada lidah ianya akan melekat dan menghisap pada lidah. ‘Seketul batu’ ini (dalam bentuk asal) pernah diuji direndam didalam air didalam baldi. Keesokkannya air menjadi kering dan kami ulang beberapa hari dan kejadian yang sama juga berulang. Yang peliknya air yang disedut itu hilang kemana..? Manakala batu ini tetap kering dan lansung tiada tanda kebasahan..! kami juga pernah membuat ujian yang sama pada teras-teras kayu fosil yang lain tetapi tiada satu pun yang setara dengannyaMalahan fosil-fosil teras kayu yang lain terpaksa dijemur beberapa hari untuk mengeringkannya.
Dengan izin ALLAH S.W.T  dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk dijadikan penawar penghisap bisa akibat patukan ular, gigitan binatang bisa, sengatan binatang bisa dan lain-lain. Sebagai contohnya : sekiranya seseorang itu terkena gigitan bisa, basahkan sedikit batu ini (boleh juga guna air liur)  dan letak pada bahagian terkena bisa. Pasti batu ini akan melekat dan menghisap bisa itu keluar. Setelah habis disedut bisa batu ini akan jatuh dengan sendiri. Dalam kita berikhiar jangan dilupa bacaan AL QURAN juga wajib dibaca walaupun sekadar “BISMILLAH...“ . Menurut mereka yang pakar atau ahli teras kayu menyatakan 'dengan asbab' dan ikhtiar kita memakai teras raja penawar bisa @ kayu geliga semua jenis binatang berbisa seperti ular, lipan, tebuan, penyengat dan lain-lain akan menjadi lemah tidak berupaya bila berhadapan dengan kita. Perkara ini berlaku kerana bisa atau sengatanyanya menjadi 'tawar' bila berhadapan dengan kita. Pihak kami juga mengesyorkan kepada mereka yang ingin masuk atau meredah bukit dan hutan. Juga untuk kaki pancing serta nelayan dilaut. Tidak rugi jika menyimpannya. Dalam kita berikhtiar juga bergantung kepada qada dan qadar ALLAH S.W.T.  Tawaran dimaharkan pada harga mampu Rm250 termasuk belanja pos laju untuk seluruh Malaysia. ( No. tracking akan diberikan) Diskaun harga diberikan kepada mereka yang pernah menebus barangan pada pihak kami. Harga ini sekadar perbelanjaan kos kami meredah dalam bukit untuk mendapatnya. Hampir sebulan juga masa yang diambil  dalam usaha untuk mendapatkannya. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh terus hubungi kami. Kami berjanji hanya fosil yang asli dimaharkan disini. Kami cari sendiri. Kami canai sendiri. Kami jual sendiri. 100 Peratus  Fosil dari bukit.

                                                                             **PERMATA  A & D  ON HOLD**


Wednesday 12 February 2014

Kisah Dan Tauladan 5


        Assalamualaikum. Disini Ambo ingin berkongsi kisah yang telah berlaku beberapa tahun yang  lepas. Dimana kisah benar ini berlaku disebuah negeri di Pantai Timur. Nama orang yang terlibat serta nama tempat terpaksa dirahsiakan untuk kebaikkan kita bersama. Semoga kita bersama mengambil ikhtibar dan membuka pintu hati.  Serta untuk kita lebih berfikir dan merenung selayaknya sebagai hamba dan ALLAH S.WT adalah KHOLIK (PENCIPTA). Menurut seorang hamba ALLAH, kita ini hanya manusia biasa bersifat lemah serta ilmu kita juga sedikit dan terbatas. Dan ilmu serta amal ibadat kita juga sangat kerdil jika dibandingkan dengan alim ulamak pada zaman dahulu.. Sedangkan pada zaman alim ulamak terdahulu pernah memberi perumpamaan ‘celup hujung jari telunjuk dilautan maka air yang melekat pada jari itu maka itulah sekadar ilmu kita’. Itu perumpamaan alim ulamak pada zaman dahulu, mungkin pada zaman kita ‘sehelai rambut dibelah 7 dan rambut yang dipotong itu dicelup hujungnya pada lautan maka air yang melekat pada hujung rambut, itulah ilmu kita. Bahkan mungkin lebih sedikit daripada itu.
 Kisah ini bermula begini, sudah menjadi rutin seorang hamba ALLAH ini melakukan kerja-kerja membuat tasbih dan mencanai batu permata, bahkan kerja ini telah dilakukan lebih dari 15 tahun yang lalu. Batu permata serta teras kayu ini dicarinya sendiri dengan menjelajah serata bukit di Semenanjung Malaysia serta negara jiran. Bukannya hamba ALLAH ini tidak mahu beli teras kayu pada orang lain tetapi baginya berliau lebih berpuas hati dan lebih diyakini akan keasliannya. Baginya biarlah susah sedikit tidak mengapa, lagipun kerja-kerja mencari teras kayu dan permata ini telah dilakukan lebih dari 18 tahun. Seingat-ingat berliau semenjak berumur 18 tahun lagi berliau telah meredah bukit bukau. Berliau hanya pergi seorang diri dan pekerjaan ini sudah menjadi sebati dalam hidupnya. Hamba ALLAH ini tidak mahu bercampuran teras kayu yang asli dan yang palsu.
Takdir ALLAH S.W.T pada suatu petang dikala hamba ALLAH ini sedang menyiapkan seutas tasbih, datanglah 4 orang lelaki ke pondok tempat berliau berkerja. Dilihatnya salah seorang dari 4 lelaki ini pada pandangan berliau berumur lingkungan 60an manakala 3 orang lagi dalam anggaran 30an. orang tua ini yang berjubah dan berserban serta memegang tasbih ini pastilah seorang yang hebat jika dinilainya dari segi berpakaian. Sedangkan hamba ALLAH ini hanya berpakaian t shirt dan berkain pelekat lusuh.  Maka orang tua ini pun memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru manakala 3 orang pemuda  dibelakang adalah anak muridnya. Orang tua ini terus bercerita dan banyak yang diceritakan tentang kehebatannya. Orang tua ini juga menceritakan anak muridnya beratus-ratus orang serta berada diserata negara. Telah ramai orang yang datang mencarinya untuk dibuat guru. Untuk membuktikan bahawa berliau adalah seorang yang hebat maka orang tua ini pun membuat demontrasi dimana diambilnya sebilah golok dan ditetaknya dibahagian lengan bertalu-talu.. Tidak cukup dengan itu berliau menyuruh salah seorang anak muridnya menetaknya diserata anggota badannya sehingga golok ini akhirnya patah dua. Tidak cukup dengan itu orang tua ini  menyingkap kehidupan hamba ALLAH yang berada dihadapannya ini satu persatu. Seolah-olah segala rahsia hidup hamba ALLAH ini didalam koceknya sahaja.
Orang tua ini turut menyatakan ‘berliau adalah salah seorang wali ALLAH dan keistimewaan ini hanyalah sedikit sahaja yang ditunjukkan serta kasyaf ini diberikan oleh ALLAH S.W.T’. Dan semua perkataan yang keluar dari mulut orang tua ini disahkan oleh anak muridnya. Dan banyak  lagi kisah kehebatan yang diperkatakan oleh orang tua ini manakala hamba ALLAH ini hanya mendiamkan diri sahaja. Orang tua ini akhirnya bertanya apakah berliau ingin menjadi anak muridnya..? Maka disampuk oleh salah seorang anak murid orang tua ini, mengatakan berliau beruntung kerana ditawarkan untuk menjadi anak murid sedangkan orang lain terpaksa bersusah payah dahulu.  Maka dijawabnya oleh hamba ALLAH ini, berliau tidak berminat untuk berguru. Mendengar sahaja jawapan tersebut, orang tua ini bagaikan tidak berpuas hati dan mungkin terasa malu akibat perlawaannya ditolak oleh permuda ini. Maka berliau mengeluarkan satu hujah  dan pendapat mengenai sesuatu amalan. Orang tua ini menyatakan amalannya ini dari kitab sekian-sekian dan telah ramai alim ulamak yang memperakui akan kebenarannya dan ingin berlajar dengannya. Dan baginya amalan ini betul dan wajib dipercayai.
Maka diajakknya hamba ALLAH ini untuk berhujah dan berbahas pendapat dan sekiranya dia menang maka hamba ALLAH ini perlu menjadi anak muridnya. Dan jika orang tua ini kalah maka orang tua ini akan menjadi anak murid kepada hamba ALLAH ini. Maka anak murid orang tua ini ketawa dan mengejek pada hamba ALLAH ini. Bagi mereka hamba ALLAH ini hanyalah orang biasa yang tiada ilmu serta tiada keistimewaan lansung.. dan tidak selayaknya menjadi lawan kepada gurunya. Maka selepas dicabar dan didesak begitu maka hamba ALLAH  ini akhirnya bersetuju untuk menerima cabaran tersebut. Maka dijawab oleh hamba ALLAH ini untuk mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah kita perlu mencari seorang hakim. Dan hakim ini akan memutuskan siapa yang betul dan siapa yang dusta.. Maka orang tua ini serta anak muridnya bersetuju. Tetapi masalahnya siapa yang akan menjadi hakim.? Sedangkan kedudukan pondok ini diceruk jauh dari orang lalu lalang kerana kedudukkannya jauh didalam kebun getah yang penuh dengan semak samun. Bahkan tapak bangsal ini pula diatas kubur lama. Dan dengar cerita pernah beberapa orang yang terjumpa harimau berkeliaran disekitar kawasan tersebut.  Siapa yang ingin datang ketempat macam ni..?
Maka dijawab oleh hamba ALLAH, perkara ini senang saja untuk mencari hakim. Kita minta sahaja binatang menjadi hakim. Biarlah makluk ALLAH  yang pada sangkaan kita ‘tiada akal fikiran serta tiada ilmu’ menjadi hakim. Tetapi perlu diingat setiap binatang ada naluri yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T serta binatang juga tidak pandai berbohong seperti manusia. Ditanya pada orang tua ini jika orang tua ini bersetuju dengan cadangan hamba ALLAH ini. Maka dijawab oleh orang tua ini, kalau binatang lagi bagus kerana setiap binatang kenal akan dirinya. Kerana dia adalah wali ALLAH dan mendakwa semua jenis binatang akan menjadi lemah dan takut  bila berhadapan dengannya.
Maka hamba ALLAH ini pun lantas mengambil wudhuk dan sembahyang sunat hajat 2 rakaat. Dipohon serta didoakan kepada ALLAH S.W.T semoga dihadirkan atau mengutuskan seekor binatang untuk menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tidak sampai 2 minit selepas hamba ALLAH ini berdoa, maka terjun turunlah seekor ular tedung selar sebesar paha orang dewasa dan sepanjang 2 depa dari pokok durian yang berhadapan dengan bangsal hamba ALLAH ini. Dan yang anehnya ular ini memanggungkan kepalanya serta berada ditengah-tengah kedudukkan mereka. Maka hamba ini menghampiri ular ini dan memberi salam, 'Assalamualaikum'. Hamba ALLAH ini meminta ular ini menjadi pengadil kepada permasaalahan mereka.
Maka hamba ALLAH ini pun mengadap ular dan menerangkan perkara-perkara yang diperkatakan oleh orang tua tersebut dan diakui oleh orang tersebut yang bergelar guru. Dan jika ucapan orang tua itu betul dan hamba ALLAH ini salah maka dia ( hamba ALLAH ) rela menerima hukuman dan meminta ular itu menelannya hidup-hidup. Baginya tiada gunanya hamba ALLAH ini hidup jika berliau hidup dalam kesesatan. Sejurus sahaja hamba ALLAH ini selesai menuturkan perkara tersebut maka sepantas kilat ular ini menerkam dan menyembur bisa ular kepada orang tua yang mengaku guru tersebut. Maka menggeleparlah orang tua tersebut serta menjerit kesakitan. Dan jelas kelihatan seluruh bahagian muka dan leher penuh dengan gelembung-gelembung bisa dan muka pucat kebiruan serta tidak sedarkan diri. Maka menjerit dan menangislah anak murid orang tua tersebut. Anak murid orang tua ini merayu serta memohon ampun dan maaf kepada pemuda ini serta memohon jasa baik untuk mengubati guru mereka. Maka dijawablah oleh hamba ALLAH ini, bawalah orang tua ini ke hospital dan perkara ini berlaku adalah kerana kifarah dari ALLAH S.W.T. Dan hamba ALLAH ini juga berpesan ‘jika kita sesat janganlah kita menyesatkan atau mengheret orang lain untuk sesat sama..! Walaubagaimanapun hamba ALLAH ini menyerahkan segala urusan kepada ALLAH S.W.T. Wallahualam   
ADMIN – Sekadar renungan kita bersama. Janganlah kita mudah berprangka buruk kepada saudara seagama dengan kita. Mungkin kita tidak sependapat tetapi kita tetap sembahyang arah kiblat yang sama. 

Teras Kemuning Hitam Dan Naga Sari Jadi Batu


 Fosil Teras Kemuning Hitam (A) Dan Naga Sari (B) bersaiz M.  Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk dijadikan sebagai penawar, menggelak dari santau dan menjadi ikhtiar untuk pendinding dari pukau dan gangguan makluk halus. Selain dari bacaan AL QUR'AN dan doa juga wajib dibaca dalam kita berikhtiar. Tawaran istimewa dibuka melalui rundingan harga jika mengambil keduanya sekali gus.  Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami

 Status :  Tawaran Harga RM 1xx untuk  permata naga sari fosil ini
 Status : Permata kemuning hitam fosil telah ditempah oleh Tuan Muhamad Arief dari                              Changlun,Kedah untuk diikat cincin 





BENTUK 'RAW' SEBELUM DICANAI DIJADIKAN PERMATA