BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 31 August 2014

Tanduk Raja kijang Putih Tunggal

Tanduk raja kijang putih tunggal menjadi batu  dan antara koleksi teramat rare. Antara salah satu yang pelik atau istimewa pada fosil tanduk ini ianya tembus cahaya..

Status : Sekadar Tatapan



Friday 29 August 2014

Cincin Permata Taring Raja Harimau Putih Tunggal Menjadi Batu


Taring raja harimau putih tunggal menjadi batu. Dicanai dan dijadikan permata bentuk bujur. Fosil diambil dari tempat istimewa dan juga diambil dengan cara istimewa. Usia fosil sangat tua dan melebihi dari  seribu tahun. Permata bersaiz XXL atau syiling 50sen. Cincin ukiran bunga tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Cincin perak aloi yang berkilat menambahkan lagi keindahan dan penuh daya penarik. Pada asalnya fosil ini menjadi salah satu koleksi simpanan lama saya tetapi rasanya sudah sampai untuk berpindah pemilik dan sedia untuk dimaharkan. Sekiranya tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya  atau wasap 013-5042066



Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus

                                           CINCIN DIAMBIL DARI PELBAGAI SUDUT

Thursday 28 August 2014

Gemunggal Emas Istimewa


Gemunggal emas istimewa hyper rare menjadi batu. Sangat-sangat sukar didapati. Ibarat satu dalam sejuta. Antara yang istimewa pada gemunggal ini ianya juga boleh berubah atau bertukar warna. Dan menjadi buruan bagi mereka yang mengetahui kelebihan dan keindahannya..


Status : Sekadar Tatapan Peminat


                                                DIAMBIL GAMBAR DARI PELBAGAI SUDUT

Wednesday 27 August 2014

Tasbih Buluh Tumpat Istimewa 100 jenis



Tasbih 100 jenis buluh tumpat menjadi batu dicanai dijadikan seutas tasbih. Terdapat terlalu banyak campuran pelbagai jenis buluh diambil dari serata dunia. Usaha untuk mengumpul 100 jenis buluh ini mengambil masa lebih dari 20 tahun. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun. Kebanyakkan fosil buluh dijumpai tertanam didalam tanah, sungai, padang pasir dan lain-lain. Bahkan jangan terkejut ada sebahagiannya dijumpai masih terpacak diatas tanah. Maksudnya fosil ini berada didalam rimbunan buluh yang hidup.. Ada juga sebahagiannya dalam sebatang buluh separuh batu (fosil) manakala sebahagiannya masih lagi dalam bentuk buluh biasa.Terdapat pelbagai warna yang menarik pada tasbih dengan  penuh warna warni.. Saya boleh katakan pada tasbih ini ibarat lengkap sebuah negara. Ada raja, menteri, panglima, hulu balang, perubatan, askar dan lain-lain.. Banyak kisah-kisah yang ganjil dan aneh semasa dalam usaha mencari dan mengambil fosil buluh ini. Mungkin jika ada masa dan dipanjangkan umur akan keluar kisah berkaitan buluh. Fosil buluh ini dicanai dan ditebuk dijadikan sebiji-sebiji tasbih.. Setiap satu buluh ini sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian' bahkan ada yang ditebuk lubang sampai 10 mata penebuk terpaksa digunakan. Kebanyakkan mata penebuk cepat menjadi tumpul atau patah.. Kebiasannya jika sejenis kayu atau buluh dapat mengalahkan kekuatan atau ketajaman besi (seperti buluh ini) biasanya dengan izin ALLAH  jika sentiasa dibuat zikir semua jenis besi akan lemah atau tunduk bila berhadapan dengan kita. Walaupun ketika itu tiada tasbih disisi kita. Kerana aura buluh pada tasbih telah diserap oleh tubuh badan kita. Untuk makluman 99 jenis fosil buluh dibahagian makmun (biji) manakala 1 jenis fosil buluh dibahagian iman (kepala tasbih) Untuk makluman kepala tasbih dibuat dari ‘raja buluh’. Jumlah semuanya 100 jenis fosil buluh.


Status : Tawaran Dibuka





Tuesday 26 August 2014

Buluh Batik Menjadi Batu


Buluh batik  menjadi batu dalam bentuk asal sebelum dicanai dijadikan permata. Fosil buluh ini pada bahagian umbi. Walaupun telah berubah menjadi batu tetapi sifat buluh seperti urat buluh masih lagi jelas kelihatan. Antara fosil buluh yang dikatakan cantik dari segi warna menurut guru.  Fosil bersifat sejuk dan insyaAllah dapat dijadikan sekadar jalan iktiar sebagai penawar. Tawaran dibuka samada untuk dijadikan permata, cincin, loket, gelang dan lain-lain. Sekiranya tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya  atau wasap 013-5042066


Status : Tawaran Dibuka




Saturday 23 August 2014

Cincin Tanduk Lembu Emas Istimewa


Text Box:  Cincin permata tanduk lembu emas istimewa dan antara koleksi yang sangat baik untuk dibuat pakaian diri. Tanduk ini dicanai dijadikan permata saiz M bentuk bujur. Warnanya yang menarik seakan emas dan sangat sukar didapati. Cincin perak saiz 17 (boleh diubah saiz) Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar ianya bersifat penyekat dari perbuatan dengki dan khianat manusia seperti jika ditembak peluru tidak keluar atau menyimpang kearah lain, menjadi penyekat atau pendinding jika dituju ilmu sihir kepada kita. Sangat disyorkan kepada mereka yang berisiko dalam pekerjaan seperti anggota keselamatan , jaga dan lain-lain. Khasiat bersifat semulajadi. Penggunaan cincin ini hanyalah bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja. Jika rasa berminat atau berhajat boleh hubungi saa melalui wasap atau telefon 013-5042066

Status : Alhamdulilah.. Telah Ditebus



Friday 22 August 2014

Cincin Aked Yaman



Cincin permata aked Yaman bersaiz m. Antara keistimewaan batu aked yaman ini ianya berubah warna. Cincin perak saiz 19


Status : Tawaran Dibuka



SEBELUM DICANAI DAN DIIKAT CINCIN

Thursday 21 August 2014

Cincin Permata Delima


Cincin permata delima bersaiz s (syiling 5sen). Cincin perak ukiran bunga pahat tempahan tukang Kelantan saiz 19


Status : Tawaran Dibuka



Wednesday 20 August 2014

Cincin Permata Nilam


Cincin permata nilam bersaiz m (syiling 10sen). Cincin perak tempahan tukang Kelantan saiz 18. ( boleh ubah saiz ) Berlian swiss ditepi tangkai cincin


Status : Tawaran Dibuka



Tuesday 19 August 2014

Cincin Teras Kayu Tas Menjadi Batu - 02


Cincin teras kayu tas menjadi menjadi batu. Permata fosil bersaiz xl bentuk bujur. Sangat baik untuk dijadikan jalan ikhtiar dengan izin Allah SWT sekadar untuk mengelakkan, menunduk dan melemahkan binatang buas. Cincin perak saiz 19


Status : Tawaran Dibuka


Monday 18 August 2014

Cincin Permata Teras Kayu Tas Menjadi Batu -01


Cincin teras kayu tas menjadi menjadi batu. Permata fosil bersaiz xl bentuk bujur. Sangat baik untuk dijadikan jalan ikhtiar dengan izin Allah SWT sekadar untuk mengelakkan, menunduk dan melemahkan manusia juga binatang buas. Cincin saiz 19

Status : Tawaran Dibuka



Kayu Cinta Mani putih @ Bahar Putih Menjadi Batu


Fosil teras kayu cintamani putih @ bahar putih dalam bentuk bongkah. Diambil didalam dasar laut luar negara. Walaupun telah menjadi batu dan telah berubah sifat dari kayu menjadi batu tetapi urat kayunya masih lagi jelas kelihatan dibeerapa tempat. Antara koleksi yang menjadi buruan peminat koleksi mistik. Dengan izin ALLAH SWT  dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar bersifat pengasih, murah rezeki, penunduk, menjadi pendinding uga bersifat penawar dari gigitan, sengatan serta patukan binatang bisa dari laut dan juga darat..Sangat disyorkan dipakai oeh pemancing-pemancing samada didaratan dan terutama dilautan.. Pihak kami sedia menerima tempahan samada untuk dijadikan cincin, loket, gelang dan lain-lain.. 


Status : Tawaran Tempahan Dibuka





Friday 15 August 2014

Cincin Batu Petir Kursani


Cincin perak saiz 19. Permata batu petir istimewa ini mengandungi kursani. Sangat sukar didapati. InsyaAllah sangat baik dipakai serta dapat dijadikan jalan ikhtiar dalam pemakaian diri terutama perantau, mereka yang berpangkat, kerja uniform yang berisiko dan lain.

Status : Telah Ditebus






Thursday 14 August 2014

Cincin Permata Istimewa Rare




Cincin perak tangkai kendi saiz 19 buatan tukang Kelantan. Permata istimewa inibersaiz xl.Antara keistimewaan warnanya juga berubah-ubah dari masa kesemasa. Jika rasa berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila hubungi kami.

Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus





Assalamualaikum


Assalamualaikum..

Rasanya sudh hampir 4 bulan saya tidak kemaskini blog diatas kesibukkan urusan diKelantan dan juga dalam usaha mencari koleksi-koleksi rare. Alhamdulillah terdapat pelbagai-bagai rare dan akan dikeluarkan dari masa kesemasa.. Walaubagaimanapun urusan jual beli serta pengeposan barang tetap dilakukan seperti biasa... Juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat diluar sana yang sering bertanya khabar..  Dan mulai pagi ini saya insyaAllah, akan mula kemas kini blog.. Rasanya setelah hampir 4 bulan rasa sedikit kekok..