BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 20 August 2013

Batu Istimewa

Batu istimewa milik seorang teman dipondok untuk dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan. Walaubagaimanapun nama batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya.  Panjang batu ini  2.3cm.Lebar batu ini 1.9cm.Tebal batu 1.1 cm. Berat batu ini 56.90 carat. Tawaran harga mampu. 

ADMIN - Ambo banyak terima tempahan tapi apakan daya...

Status : Ditempah





Gambar Batu Istimewa


Batu istimewa milik seorang teman untuk dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan.Walaubagaimanapun nama batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya. Panjang batu ini  3.5cm.Lebar batu ini 2cm.Tebal batu 1.2 cm. Berat batu ini 81.30 carat.Tawaran harga mampu.


Status : Ditempah




Kayu Ditakuti Hantu

Kayu ditakuti hantu ini diambil disalah satu hutan diPahang. Jarak pokok ini untuk ditebang dan diangkut keluar ke jalan raya yang terdekat lebih kurang 6 kilometer. Batang kayu ini diambil dengan cara memikul. Sebenarnya istilah ‘kayu ditakuti hantu’ ini sengaja diberi nama kerana sebab-sebab tertentu.Terdapat kisah disebalik nama kayu ini. Juga terdapat peristiwa yang berlaku pada kayu ini.Maha Suci ALLAH.Bertapa kerdil dan malunya kita pada makluk ALLAH SWT  ini.Cuba renungkan, walaupun sifat kejadiannya hanya sebatang pokok yang kita anggap lemah tetapi ditakuti oleh Syaitan. Sebaliknya kita yang kononnya hebat bergelar manusia........! Mengikut pendapat saya yang kerdil ini, mungkin aura (zikir) yang terdapat pada pokok ini menyebabkan syaitan (orang melayu menggelarnya 'hantu')menjadi takut dan gementar. Mungkin pada pendengaran kita sebagai manusia biasa tidak mendengarnya tetapi mungkin makluk-makluk ALLAH SWT yang lain mendengarnya.Wallahualam.Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya. Sebagaimana namanya begitulah antara khasiat yang terdapat pada kayu in. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk mengelakkan gangguan dari makluk halus,santau,sawan tangis,angin ahmar,histeria,ilmu hitam,pukau dan lain-lain.pihak kami juga membuat minyak dari campuran salah satu kayu ini. Pihak kami sedia menerima tempahan untuk dijadikan permata seperti cincin,loket,gelang,tasbih dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk.Ini hanyalah pendapat saya, disyorkan satu tasbih dari kayu ini disetiap rumah.


Status : Tawaran Dibuka






Batu Kalimah

Terdapat huruf ‘SIM dan ‘WAU’ dibahagian atas  manakala bahagian bawah batu terdapat huruf ‘SIM’. Yang uniknya dan peliknya pada batu ini, huruf kalimahnya seakan terdiri dari urat@jaluran besi.Apabila terkena cahaya lampu hurufnya seakan berkilat dan bersinar. Batu berkalimah asli ini bersaiz XL atau lebih kurang saiz syiling 20 sen.Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar :  Jika ditanya saya seorang peniaga, pegawai kerajaan, badan beruniform,seorang ketua,pemimpin dan apa jua pekerjaan anda kecuali salah dari segi hukum syarak maka saya syorkan pakailah cincin yang ada 'kalimah' (Kalimah yang terjadi dengan sendiri bukan yang dibuat). Dengan syarat beragama islam.  Tawaran harga mampu. Masih terdapat lagi batu kalimah untuk tempahan. 

ADMIN - Ambo rasa sangat sedih melihat banyak kad jemputan kahwin yang ada tercetak 'kalimah' tapi dibuang dalam tong sampah.' Kalau boleh gunting dan simpan cetakan yang ada kalimah.Nasihat ambo kalau nak buat kad jemputan, elakkan dari cetakan yang ada kalimah. Fikir-fikir...Sekadar beringat.


Status : Telah Dimiliki