BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 4 November 2013

Kisah dan Tauladan

ADMIN -  Celik mata pagi ni, AMBO terlintas  satu cerita bila Ambo terpandang 'tasbih teras damar minyak' (orang utara panggil raja kayu). Kisah ini diceritakan dari guru Ambo beberapa tahun yang lepas. Ambo ingat lagi Guru menceritakan kisah ini lebih kurang jam 4 pagi sewaktu kami didalam gunung  sambil memikul keluar teras damar minyak (raja kayu). Ambo juga masih ingat, sambil guru bercerita sambil diiringi pelbagai 'bunyi nyanyian dari dalam perut' menjadi muzik iringan..! (maklumlah kat tengah bukit mana ada kedai makan weh, bekal pun sekadar alas perut.. lapar tak usah ceritalah.. Cacing dalam perut pun dah minta ampun pak..mintak diisi..) Bertambah parah bila member disebelah melepaskan ‘bom buatan orang kampung’ tanpa rasa segan silu. Malahan kadang-kadang melepas angin dengan penuh bergaya dan ala-ala ‘cat walk’.. cehh..! Teringin juga terasa dihati nak balas dendam tetapi bimbang pulak, nanti lain yang diidam lain pulak yang keluar..! Tak ke kes naya.. sabor ajerlah.. Akhirnya malam itu Ambo ‘kekenyangan’ dijamu kentut dari pelbagai perisa dan alunan bunyian yang mengasyikkan dari kawan-kawan, yang kononnya sehidup semati...! Peristiwa ini berlaku dalam sebuah gunung diTrengganu. Perjalanang dari tempat kami mengambil teras lebih kurang 7km dari  tempat letak kereta. Berjalan diwaktu malam sambil memikul beban memang memenatkan. Maklumlah permukaan jalan tidak rata, lincin, mengharungi sungai dan lalu dicelah-celah curang.. Terasa macam 'rambo' pun ada.. Berbeza rambo pikul senjata tetapi kami pikul beban kayu..he..he.. Ambo ingat lagi malam itu pula hujan lebat. Ribut dan petir tak usah ceritalah. Suasana ini berbeza ketika kita berada dalam rumah. Digunung bila kita dengar guruh dan petir seolah-olah berada ditepi telinga sahaja. Memang menakutkan..Hanya kepada ALLAH kami berserah.. manakala nyamuk dan pacat dah jadi macam kawan..!
Okey, Ambo sambung balik cerita. Maka disini Ambo ingin berkongsi cerita ini untuk pedoman kita bersama. Kisah ini benar-benar berlaku diselatan Thailand pada zaman dahulu.. Cuma nama kampung dan nama orang yang terlibat terpaksalah Ambo rahsiakan kerana masih terdapat waris mereka yang masih lagi hidup. Semoga cerita ini menjadi pedoman kita bersama. Kisahnya begini.. Ada seorang ketua perompak, namanya sangat terkenal disebabkan sifatnya yang zalim dan kerana kejahatannya. Entah kenapa suatu hari berliau mula memikirkan kehidupan selepas kematian. Maka bermula dari itu berliau mula meninggalkan kejahatan dan berkelana dari satu tempat ke satu tempat.. Dalam pengembaraan itu berjalan dari tempat kesatu tempat hinggalah tiba disuatu kampung dimana terdapat sebuah pengajian pondok.
Maka bermulalah dari hari itu berliau mula bertaubat dan berlajar dipondok itu.Sepanjang menuntut ilmu dipondok itu perangai berliau mula berubah dari seorang yang kasar dan bengis berubah sifat menjadi orang yang sangat sopan dan baik budipekerti. Berliau juga sangat ringan tulang, jika ada kenduri mahupun jika ada orang dilanda kesusahan berliau sering tampil untuk memberi bantuan sekadar termampu..Akhirnya berliau berkahwin dan terus tinggal diperkampungan itu. Takdir Tuhan berliau menjadi guru dipondok itu dan berliau juga terkenal dengan sifat sabar dan juga dengan sifat zuhud.
            Didalam kampung itu terdapat seorang gadis yang sangat terkenal kerana kecantikkannya. Hingga menjadi bualan. Ditakdirkan Tuhan pada suatu hari ada sekumpulan perompak  datang kerumah keluarga gadis itu. Kumpulan perompak ini sangat terkenal dengan sifatnya yang zalim dan membunuh sesuka hati. Kebetulan pada masa kedatangan itu gadis itu tiada dirumah. Perompak ini meninggalkan pesan bahawa mereka akan datang pada malam ini untuk mengambil gadis itu..ini menyebabkan keluarga ini dalam ketakutan dan kesedihan.Ibubapa gadis ini berbincang dengan saudara mereka apakah keputusan yang perlu diambil. Tiada seorang pun yang sanggup melindungi gadis ini. Akhirnya seorang saudara mereka mengesyorkan supaya gadis ini diletakkan dibawah jagaan guru agama tadi (bekas perompak tadi) Maka dihantarlah gadis ini kerumah guru agama itu.Pada malam itu dalamlah kumpulan perompak itu. Maka digelidah seluruh rumah tetapi hampa kerana gadis itu tiada. Maka kedua ibubapa itu diseksa, sehinggalah diberitahu orang bahawa anak gadis itu berada dirumah guru agama. Maka berangkatlah ketua perompak bersama kumpulannya kerumah guru agama tersebut.
Apabila tiba dirumah guru agama itu maka dipanggilnya guru tersebut dan meminta berliau menyerahkahkan anak gadis tersebut. Jika berliau enggan diugut akan diseksa dan dibunuh. Maka dijawab guru itu ‘berliau hanyalah pemegang amanah dan wajib keatas berliau untuk menunaikan amanah dan berliau hanya takutkan seksaan ALLAH SWT’. Apabila dijawabnya begitu ketua perompak itu  naik angin dan memerintahkan 2 orang ahli kumpulannya menembak kearah guru tersebut..Sebaik sahaja ditembak tiba-tiba kedua orang penembak itu jatuh dan mati. Kepala kedua orang penembak ini terdapat kesan tembakkan. Maka terlintas difikiran ketua perompak bahawa ada penembak diatas rumah guru agama tersebut. Maka diperintahkan semua anggota perompak  menembak secara serentak kearah guru agama tersabut. Dikalangan ahli perompak itu menggunakan pelbagai jenis senjata api. Maka tembakkan ini  dilakukan secara serentak dan bertalu-talu dari pelbagai jenis senjata api. Maka bergegarlah kampung itu dengan bunyi tembakkan.. 


Takdir ALLAH SWT yang Maha Berkuasa peluru yang dituju kearah guru agama itu berpatah balik menuju kearah bahagian kepala penembak dari kumpulan perompak itu dan menyebabkan kumpulan ini terbunuh dan hampir kesemua mereka putus dibahagian kepala..Maka keluarlah orang kampung dan menuju kerumah guru agama. Tetapi selepas diselidiki tiada penembak dari dalam rumah guru agama itu. Yang tinggal dalam rumah itu hanyalah isteri guru agama yang telah tua dan anak gadis tersebut.. Kisah ini sangat terkenal didalam kampung tersebut dan masih lagi diceritakan dari generasi ke generasi.. Wallahualam...