BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 5 March 2015

Fosil Permata Ikan Duyung - 03

Ikan duyung juga digelar setengah orang sebagai raja ikan. Permata tulang duyung menjadi batu dicanai dijadikan permata. Saiz Permata syiling saiz 10 sen. Permata dicanai dibahagian tulang rusuk ikan duyung. Fosil tulang duyung ini termasuk dalam golongan fosil tembus cahaya. Kelihatan urat sumsum tulang apabila disuluh dengan cahaya hanphone. Walaupun telah menjadi batu sifat asal tulang duyung ini tidak berubah kerana berasal dari spesis ikan. Apabila dicanai fosil ini ianya mengeluarkan bau hanyir ikan terutama apabila dicanai diwaktu malam ataupun dikala hujan dimana suasana cuaca lembab. Sekadar untuk makluman, ikan duyung bukanlah ikan dugong. Walaupun sama-sama sepsis ikan dari dari jenis berlainan dan tidak sama antara satu sama lain.  Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar untuk sakit gigi. Ianya direndam atau diasah atau dibuat kemam didalam mulut, juga bersifat pengasih dan pelaris. khasiat bersifat semulajadi dan alami. Wallahualam..

Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk bahagian body cincin. Kerja-kerja yang dihasilkan sangat rumit serta perlukan kesabaran dan kesenian yang tinggi. Cincin bersaiz 19 dan jika lebih dari saiz tersebut akan ditambah perak dibahagian bawahnya.
 
Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus