BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 12 November 2013

Tasbih Teras Cintamani Keemasan


Tasbih teras kayu ulacintamani emas  33 biji. Cintamani emas atau setengah tempat memanggilnya akar bahar emas. Sangat sukar didapati dan diambil dari laut dalam luar negara. Antara koleksi rare. Cantik berkilau seperti emas bila terkena cahaya. Imam dan bilal dibuat dari teras ulacintamani Hitam. Dengan izin ALLAH SWT tasbih ini bersifat sejuk , pelaris dan murah rezeki dan bersifat penawar racun. Sangat disyorkan dipakai atau dibawa oleh nelayan serta mereka yang mengail ikan ditengah laut. Bisa ular laut akan menjadi tawar jika terkena sengatan atau bisa binatang laut diasah dijadikan penawar. Lagi baik jika sentiasa dibuat amalan zikir dan istifar sambil-sambil menunggu dapat ikan.. Mudah-mudahan ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan dan pekerjaan kita. Sangat sesuai dimasukkan  didalam poket  dan dibawa kemana-mana.   Tawaran dibuka melalui rundingan harga.

ADMIN - Nampak macam plastik tetapi bukan plastik weh. Memang kayu asli. Jaminan 200% dari pihak kami dan wang akan dipulangkan 2kali ganda jika didapati tiruan atau plastik. Nak uji samada kayu atau plasik senang aje, lekatkan pada api rokok jika pastik akan berkedut dan berbau hangit.. tetapi jika kayu bila diuji dengan bara api paham-paham ajerlah..

Status ; Alhamdulillah Teah Ditebus (masih lagi ada stok, jika berminat)




Cincin Teras Kayu Ditakuti Hantu


Teras kayu jadi batu ditakuti hantu dicanai dijadikan permata bersaiz M, XL ,XXL. Cincin perak tangkai kendi saiz 19 (boleh ubah saiz )Pihak kami memohon maaf, sebenarnya kayu ini ada 'nama lain' bukan  nama 'kayu ditakuti hantu' tetapi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab untuk menjaga keaslian dan ketulenan barang. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar mengelakkan dari terkena histeria, gangguan dari makluk halus, mengelak pukau, ilmu hitam, santau, dapat dijadikan penawar perubatan untuk mereka yang terkena perbuatan sihir dan juga jika dipakai secara berterusan dapat mengelakkan dari terkena angin ahmar. Juga boleh ditempah samada dijadikan loket, gelang, tasbih dan lain-lain. Kayu hantu takut ini sangat sukar diperolehi . Banyak masa, tenaga dan belanja yang terpaksa dikorbankan. Masuk redah bukit di Kelantan tapi tak dapat. Redah gunung di Trengganu juga tak dapat. Redah bukit di Perak juga tak dapat. Akhirnya setelah berusaha tanpa mengenal jemu akhirnya  jumpa jugak disalah gunung di Pahang. Bukan setahun dua tetapi lebih 10 tahun..! Jaraknya bukan dekat tetapi lebih dari 7 km jugak masuk kedalam bukit-bukau. Keadaan jalan didalam bukit tidak sama seperti jalan raya. Mereka yang pernah meredah hutan dan gunung akan tahulah bertakpa seksanya... Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya terdapat pelbagai kejadian aneh dan pelik yang berlaku jika hendak dihuraikan mengenai pokok ini. Apapun kehebatan kejadian manusia itu sendiri lebih hebat dan lebih mulia berbanding makluk ALLAH SWT lain. Dalam kita berusaha serta berikhtiar jangan dilupa amalan bacaan AlQur’an dan selawat kepada Nabi didalam kehidupan harian. Harga berdasarkan harga rundingan bersama dan pastinya harga yang mampu anda miliki... Tak percaya boleh hubungi kami..

ADMIN – Kalau dikira umur kita didunia cuma beberapa minit sahaja dibandingkan di alam akhirat. Cuba kira sehari diakhirat sama juga seribu tahun didunia...Hmm betapa pendeknya umur kita.. sudahkah kita bersedia..? Menurut Guru Ambo pernahkah kita hintung dan periksa agak-agaknya dalam seumur hidup kita ,sembahyang sunat taubat boleh ke 100 rakaat..? Kalau lebih lagi baik la.. Dalam kita sibuk dalam pekerjaan dunia kena ingat-ingat juga disana nanti... Ambo bercakap ni untuk mengingati diri Ambo sendiri.  Maklumlah orang jahil macam Ambo ni kena banyak lagi perbaiki diri..Bukan mati yang dirisaukan cuma takut bekalan amalan yang tidak mencukupi... 


 Status : Tawaran Dibuka