BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 November 2013

Permata Cintamani Emas dan Hitam


Permata ulacintamani Emas digabungkan dengan cintamani hitam dijadikan satu permata. Teras cintamani emas ini termasuk dalam kategori teras tua menyebabkan warnanya emas kemerahan. Permata saiz L. Tuan-tuan juga boleh tempah samada satu jenis, gabung 2 jenis atau 3 jenis. Teras cintamani  hitam,emas dan putih atau setengah orang memangil  teras bahar hitam, emas dan putih.Boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket, gelang, tasbih dan lain-lain. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.

ADMIN - Disini Ambo ingin ingatkan termasuk diri ambo juga, dalam keghairahan kita berikhtiar, jangan tinggal AlQur'an dan hadis Nabi.. Semua barangan yang kami jual dalam blog ini berupa sekadar jalan ikhtiar sahaja... Juga bergantung kepada qada' dan qadar ALLAH SWT..PERLU DIINGAT, APABILA MENJELANG AJAL  TIDAK DILEWATKAN WALAU SESAAT DAN TIDAK DICEPATKAN WALAUPUN SESAAT.. YANG TINGGAL HANYALAH AMALAN TAQWA..


 Status : Tawaran Dibuka






Tasbih Cintamani Keemasan


Tasbih ulacintamani emas  33 biji saiz S. Cintamani ini diambil dari laut dalam Laut Merah. Sangat sukar didapati. Antara koleksi rare. Cantik berkilau seperti emas bila terkena cahaya. Imam dan bilal dibuat dari teras kemuning Hitam. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.

ADMIN - Rasa berminat boleh sms, whatapps atau terus hubungi Ambo. Untuk makluman tuan-tuan kami hanya menjual barangan asli. Untuk makluman tuan-tuan setiap barangan kami bukan diambil dari A dan A ambik dari B dan B ambik dari C ambik dari D dan seterusnya... Pening tak tahu mana hujung mana pangkal. Secara ringkas Ambo nak cerita disini setiap barangan yang kami jual (kecuali kami nyatakan ini barang tukang.. ) kami dapat sendiri melalui guru melalui pencarian didalam bukit, gua, hutan belantara dan lain-lain kaedah..Cerita dalam bukit dan gua ni pengalaman guru ambo adalah lebih kurang 20 tahun lebih..Pelbagai ceruk gunung ganang dia dah redah.. Juga bukan barang tarik weh..bukan barang beli kat kaki lima tetapi bila jual dalam blog kata barang alam bunian..He..Hee.. Jangan Marah yea..Ambo minta ampun dan maaf andai tersilap kata..


Status : Alhamdulillah telah ditebus




Cincin 9 Besi


Cincin besi  9 jenis bersaiz 20. Dibahagian atas besi misteri panjang  2.5cm. Lebarnya pula 1.3cm. Permata besi misteri ditampal kayu ditakuti hantu serta dipasak besi meteorite dan 7 jenis besi Patah (patah puting dan sealiran dengannya) Sangat sukar didapati. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar apabila kita bertemu musuh akan hilang pada pandangan musuh atau mereka yang berniat salah pada kita, semua jenis senjata berupa besi akan tunduk, apabila senjata tajam atau senjata api ditembak atau dituju pada kita peluru akan patah balik kepada penyerang kita,jika dituju santau atau berupa ilmu hitam tidak dapat memberi kesan kepada kita bahkan akan patah balik kepada sipembuatnya.. Ditakuti pengamal ilmu hitam dan banyak lagi jika hendak diceritakan disini.. Walaubagamanapun ini hanyalah berupa jalan ikhtiar sahaja.

ADMIN -  Sesungguhnya ALLAH SWT menjadikan sesuatu itu mengikut kehendaknya.. siapalah kita untuk mempertikainya? Secara ringkasnya disini Ambo ingin berkongsi cerita, ketika ALLAH SWT menjadikan dunia ini dan seisinya, malaikat pernah bertanya kepada ALLAH kenapa Nabi Adam (manusia) dijadikan khalifah diatas dunia, Maka ALLAH SWT bertanya apakah nama pokok yang terdapat dalam dunia? Apakah kegunanya? (khasiatnya) tetapi  malaikat tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya kepada Nabi Adam dengan mudah Nabi Adam menjawabnya.. Pernahkah anda terfikir atau kaji dalam Al Qur’an ada 114 surah tetapi ada 1 surah berkaitan dengan besi. Tak percaya boleh periksa. Tak boleh baca Al Qur’an cuba baca terjemahannya..Secara ringkasnya ambo ingin berkongsi disini jika kita tidak tahu kita berlajar,  ingatlah ilmu ALLAH SWT ini luas. Dunia hari ni sudah terbalik. Berlajar 3 hari tetapi seolah pandai 1000 tahun. Sikit-sikit syirik .. Bila sakit tahu pulak pergi hospital. Percaya pulak ubat boleh menyembuhkan penyakit..Pada saya tidak salah jika kita berlainan pendapat.. Dunia hari ni dah terbalik sepatutnya sains mengikut AlQur’an tetapi dah terbalik... Kalau ada masa apakata kita pakat-pakat bawa kitab berlajar pondok..lagi banyak faedah..Jangan marah yea, Ambo kata ni  untuk mengingati diri sendiri, Ambo sendiri pun jahil jugak. Orang kata 2X5 jugak.. APAPUN WAJIB JAGA AKIDAH KITA anggaplah sesuatu barangan itu hanya SEKADAR JALAN IKHTIAR SAHAJA. Ambo tahu tuan-tuan lebih bijak dan lebih banyak ilmu dari Ambo..Dalam kita berikhtiar juga bergantung pada Qada' dan Qadar ALLAH SWT.. Perlu diingat kita hanya makluk, hanya mampu merancang...Untuk cincin ini boleh ditempah dari segi saiz,bentuk dan lain-lain sekadar yang kami mampu. Harga berdasarkan rundingan bersama. Nilai harga sesuatu barangan biasanya bergantung kepada kesukaran mendapatnya. Harap tuan-tuan faham..


Status : Telah Ditebus