BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sekapur Sirih

Setiap ciptaan Allah swt mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia yang unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat dan hikmah yang tersendiri. Tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia.

Allah swt memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayah-Nya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah swt lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat. 

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Di dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Kayu koka merupakan salah satu cara perubatan tradisional yang digunakan pasa hari ini dan termasuk dalam perubatan dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba dan dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, mungkin sesuai untuk mengubati penyakit tertentu.

Kaedah ini merupakan  salah satu kaedah yang diharuskan kerana ada di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk kepada rawatan penyakit secara memakan ubat. Ini juga termasuk di dalam kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Di sini saya ingin menegaskan agar barang-barang yang di jual di blog ini tidak digunakan untuk sebarang perbuatan syirik atau khurafat. Seperti mana yang kita tahu perbuatan syirik merupakan dosa yang tidak mungkin diampumkan oleh Allah swt dan sama-sama lah kita semua menjauhinya. Sudah menjadi lumrah hidup kita untuk hidup ingat-mengingati antara satu sama lain.

Tujuan sebenar barang-barang ini di jual adalah demi  tujuan untuk perubatan kita bersama dan di sini juga saya ingin  megingati kita semua bahawa semua hikmah dan fadhilah barangan tersebut berlaku atas kehendak Allah swt dan tiada kuasa lain pun yang mampu menandinginya.

        Kesemua ciptaan Allah swt hanyalah merupakan perantaraan semata-mata dan Allah swt jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. Yakin dan berserah hanya kepada allah swt selayaknya. Percaya dan terokailah akan ciptaannya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan .