BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 26 July 2015

Mani Gajah Berubah Warna - 03



Permata fosil mani gajah ini pada asalnya bewarna putih atau jernih biasa tanpa jalur atau coklat. Tetapi apabila telah dicanai dijadikan permata jalur dan warna coklat mula kelihatan dan semakin jelas dari sehari ke sehari. Permata bersaiz L (antara syiling saiz 10sen dan 20sen) Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk dan digabungkan dengan bentuk dam. Antara ukiran dan design cincin terbaru yang saya bersama tukang reka. Cipta. Cincin buatan tangan tukang Kelantan. Cincin bersaiz 22
 
Status : Tawaran Dibuka



Wednesday 15 July 2015

Permata Kecubung Asli - 03



Permata kecubung Asli gred B. Permata bersaiz M (syiling saiz 10sen) Permata ada sedikit calar pada permukaan batu. Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk dan digabungkan dengan bentuk dam.. Cincin bersaiz 19 

Status : Tawaran Dibuka



Friday 10 July 2015

Cincin Taring Harimau Putih - 03

Cincin perak aloi tangkai kendi bunga tebuk permata taring raja harimau putih menjadi batu. Permata fosil bersaiz XL atau hampir syiling 20 sen. Fosil taring ini diambil didalam satu gua didaerah Dabung, Kelantan. Antara kategori yang sangat rare dalam kategori pembisa dan penunduk yang sangat ampuh . Sangat sukar didapati. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penunduk, mengelak dari gangguan anjing, makluk halus, ilmu hitam, mengelak dari terkena angina ahmar, menguatkan semangat, ditakuti binatang buas dan lain-lain.  Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk. Menampakkan nilai eksklusif pada cincin. Saiz cincin boleh ditempah mengikut jari anda. Cincin buatan tangan hasil kerja pertukangan tukang Kelantan. . Apa yang istimewa jika dibandingkan cincin perak aloy dengan perak biasa adalah cincin ini sangat berkilat atau berkilau. Seakan-akan emas putih. Cincin perak aloy juga lebih keras jika dibandingkan perak biasa.Cincin Perak aloi bersaiz 19 (boleh ubah saiz)

Admin : Menurut maklumat dan info dari mereka yang pernah memakai cincin taring harimau putih, jika sipemakai dalam keadaan marah, mereka melihat permata fosil ini juga turut berubah warna menjadi kemerahan.. serta ada yang mendakwa permata ini mengeluarkan huruf kalimah serta ada juga yang mengandungi gambar seekor harimau didalam permata fosil ini.. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku mengikut kesesuaian serta amalan sipemakai.. wallahualam

Status : Alhamdulillah. Telah Ditebus




Tuesday 7 July 2015

Permata Kecubung Asli - 02



Permata kecubung Asli gred B. Permata bersaiz L (antara syiling saiz 10sen dan 20sen) Permata ada sedikit calar pada permukaan batu. Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk Penuh. Cincin bersaiz 19 

Status : Tawaran Dibuka



Sunday 5 July 2015

Cincin Permata Campuran 54 - 02


Permata campuran istimewa hyper rare A++. Permata ini digabungkan 6 jenis fosil serta geliga raja gajah putih. Dan untuk menambahkan keistimewaan yang dikategorikan hyper rare maka permata campur ini dipasak 44 jenis dibahagian bawah permata ini. Gabungan ini terdiri daripada campuran fosil, paruh, teras kayu, serta besi istimewa. Permata saiz syiling 20sen. Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk bersaiz 19. (Boleh ubah saiz)

Permata terdiri daripada
1 - Geliga Gajah Putih
2 - Fosil buluh emas istimewa
3 - Fosil gemungal bukit
4 – Fosil gemungal pulau
5 - Fosil tas putih
6 - Fosil keluat merah
7 – Fosil stigi
Antara teras kayu, paruh, besi dan lain-lain jenis yang dipasak dibahagian bawah permata adalah seperti :-  belalai singa laut, kulit harimau, kulit kijang, meteorite emas, meteorite perak, besi istimewa, rantai gajah putus, mata besi  istimewa, paruh burung menilir, buluh hitam, raja kayu, kemuning hitam, kemuning kuning, kokka mekah, gemungal bukit, gemungal pulau, gemungal kampong, dammar minyak, penawar hitam, hitam arang, ibor, rotan semambu, nibung tunggal, rotan semambu, buluh tumpat bukit, buluh tumpat air, keluat, rya kayu hitam, semalu, tas jantan, tas betina, raja satung, gajah sekawan, kayu takut, cindai, cendana, naga, inai, palas, belalai nyor tikam buah, cinctamani laut, cintamani darat, sulur bertam, tempurung jantan, sulur bertam. 
 
Status : Tawaran Dibuka





Thursday 2 July 2015

Cincin Tanduk Raja Kijang Putih - 04


Permata tanduk raja kijang putih menjadi batu telah dicanai dan dijadikan permata saiz 10sen atau bersaiz M. Manakala cincin perak aloi bentuk dam serta ukiran bunga tebuk bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Apa yang mengejutkan kami serta antara perkara ini istimewa jika hendak dikatakan tentang permata fosil ini berbanding fosil tanduk yang lain ianya tembus cahaya..! Adalah sangat-sangat sukar untuk mendapati fosil seperti tanduk yang telah menjadi batu tetapi tembus cahaya. Tetapi dengan izin  dan kekuasaan Allah SWT tiada apapun yang mustahil. Saya sifatkan fosil ini satu dalam sejuta.

Menurut mereka yang arif  dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat bersifat semulajadi dan alami.  Apapun penggunaan fosil ini  hanya bersifat sekadar jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam

Status : Tawaran Dibuka