BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 March 2015

Permata Teras Campur Besi Istimewa


Satu gabungan yang istimewa. Lain dari yang lain. Permata teras kayu campur 21 jenis campur besi serta dipasak 5 jenis besi dibahagian bawahnya. Apa yang istimewa permata teras kayu campur ini digabungkan secara berselang seli dengan besi misteri.  Gabungan ini dibuat berdasarkan ilham serta membuat perubahan dan hasilnya permata ini nampak unik serta lain dari yang lain. Permata bersaiz syiling 20sen. Teras kayu campuran adalah seperti berikut :- kokka mekah, gemunggal, kemuning emas, kemuning hitam, penawar hitam, penunduk , ibor, keluat merah, inai, sulur bertam, hitam arang, semambu, buluh tumpat, ulacintamani, cendana, cindai, mengkudu, tas jantan, raja kayu merah, pine dan nibong tunggal. Manakala bahagian bawah dipasak dengan 5 jenis besi istimewa iaitu :-  batu petir emas, batu petir perak, besi istimewa , paku masjid ratusan tahun..  Permata ini digabungkan berdasarkan 4 unsur… Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk. Cincin bersaiz 17
 
Status : Alhamdulillah.. Telah ditempah





Sunday 29 March 2015

Permata Gabungan Fosil 13 Pasak 7 Istimewa

Permata campur gabungan 13 jenis fosil serta dipasak dengan 7 jenis pelbagai campuran istimewa. Permata campuran 13 ialah :-
fosil tulang duyung, fosil raja buluh, fosil buluh emas, fosil buluh putih, fosil buluh merah, fosil buluh tumpat, fosil teras pisang galo, fosil gemunggal, fosil teras mali, fosil teras kluat, fosil hati unta, kursani emas dan penawar wali. 
Manakala 7 jenis pasakan adalah fosil tanduk raja kijang putih, fosil taring harimau, fosil taring raja beruang putih, tanduk kambing gurun, fosil tanduk kerbau putih, paku masjid ratusan tahun dan buluh perindu bukit

Cincin Ukiran bunga tebuk istimewa digabungan dengan ukiran dam. Rekaan saya bersama tukang. Dan inilah hasilnya. Saiz cincin 19. Permata bersaiz XXL.  

 Status : Tawaran Dibuka






Friday 27 March 2015

Permata Ikhtiar 25



Teras kayu gabungan 21 jenis serta dipasak 4 jenis besi istimewa, Menjadikan kesemuanya 25 jenis. Apa yang unik serta istimewa pada permata ini ianya digabungkan dengan besi misteri secara berselang dengan teras kayu. Campuran 21 jenis teras kayu adalah seperti berikut :- kokka mekah, gemunggal, kemuning hitam, kemuning emas, dammar minyak, ular cintamani, keluat merah, keluat hitam, Cyprus, penunduk merah, tas jantan, cindai, cendana, buluh tumpat, rotan semambu, ibor, nibong tunggal, mengkudu, sulur bertam dan inai. Besi yang dipasak adalah tshing bintang emas, tahi bintang perak, besi kursani emas dan besi misteri.

Status : Alhamdulilah.. Telah Ditebus


 

Tuesday 24 March 2015

Permata Gemunggal Tembus Cahaya Dipasak 44



Permata fosil gemunggal dicanai dijadikan saiz syiling 20sen. Apa yang istimewa tentang fosil gemunggal ini ianya tembus cahaya. Mengikut mereka yang pernah memakai cincin fosil gemunggal ini ianya akan berubah warna dan corak pada permata ini mengikut aura serta keserasian sipemakai. Insya Allah dapat dijadikan jalan ikhtiar pemakaian diri dan khasiat bersifat semulajadi. Fosil ini diambil didalam gua seolah-olah dijaga serta disimpan oleh seseorang. Diambil melalui pedoman mimpi dan juga petua tertentu. Permata fosil gemunggal tembus cahaya dipasak dengan pelbagai 44 jenis.
 Antara teras kayu, paruh, besi dan lain-lain jenis yang dipasak dibahagian bawah permata adalah seperti :-  belalai singa laut, kulit harimau, kulit kijang, meteorite emas, meteorite perak, besi istimewa, rantai gajah putus, mata besi  istimewa, paruh burung menilir, buluh hitam, raja kayu, kemuning hitam, kemuning kuning, kokka mekah, gemungal bukit, gemungal pulau, gemungal kampong, dammar minyak, penawar hitam, hitam arang, ibor, rotan semambu, nibung tunggal, rotan semambu, buluh tumpat bukit, buluh tumpat air, keluat, rya kayu hitam, semalu, tas jantan, tas betina, raja satung, gajah sekawan, kayu takut, cindai, cendana, naga, inai, palas, belalai nyor tikam buah, cinctamani laut, cintamani darat, sulur bertam, tempurung jantan, sulurbertam. Sekiranya tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya  atau wasap 013-5042066

Status : Tawaran Dibuka









Friday 20 March 2015

Cincin Lam Alif Permata Ikhtiar 21


Cincin gabungan dari 21 jenis iaitu campuran teras + batu + besi. Campuran ini digabungkan dari bahan-bahan yang terdapat dibumi dan juga dari atas langit. Campuran istimewa ini adalah seperti berikut :-
      @Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
      @ Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
      @ Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
       @ Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
      @ Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular  
      @  Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu  barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
@ Besi 1000 Khasiat
Sejenis besi lama yang menurut kitab mengandungi 1000 khasiat untuk kegunaan manusia samada pakaian biasa atau digunakan dalam perperangan
@ Tongkat Khutbah Masjid Lama
Tongkat khutbah lama yang diambil dari sebuah masjid ratusan tahun mengandungi rahsia dan hikmahnya seperti sebagai penunduk, pengerun, menakutkan musuh.
@Teras Ubi Kayu
Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Hampir 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dari ilmu sihir, membuat pukulan yang bisa serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Keladi
 Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Lebih dari 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dari ilmu sihir, serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Pisang Gala
Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Hampir 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dan melemahkan senjata, mengelak dari ilmu sihir serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Kemuning Hitam
Dapat dijadikan pakaian dan penawar racun
@ Kemuning kuning
Dapat dijadikan pakaian dan penawar racun
@ Keluat Hitam
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Keluat darah
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Buluh tumpat
Dapat dijadikan pendinding dari musuh dan gangguan puaka
@ Damar Minyak
Mengelak dari ribut  dan tahan kulit
@ Hitam Arang
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Meriam Pecah
Mengelak, melemahkan senjata berupa besi
@ Meteorite
Menjadi pendinding dari gangguan makluk halus, tahan kulit dan lain-lain


Sebagai jalan ikhtiar pendinding diri dan juga penawar

*** Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 21’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh, pengerun, pakaian dalam perperangan, penunduk, dibawa berjalan dan lain-lain. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Penggunaan cincin hanyalah sebagai jalan ikhtiar sahaja. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam

Cincin perak aloi bentuk lam alif saiz 19 (boleh ubah saiz)  permata ikhtiar 21 dibuat 18 jenis dibahagian atas manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit. Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat demikian. Dimaharkan RM320 ( Pos laju percuma seluruh M'sia)


Status :  Alhamdulillah..Telah Ditebus



Monday 16 March 2015

Fosil Permata Ikan Duyung - 05

Ikan duyung juga digelar setengah orang sebagai raja ikan. Permata tulang duyung menjadi batu dicanai dijadikan permata. Saiz Permata  syiling saiz 20sen. Permata dicanai dibahagian tulang rusuk ikan duyung. Fosil tulang duyung ini termasuk dalam golongan fosil tembus cahaya. Kelihatan urat sumsum tulang apabila disuluh dengan cahaya hanphone. Walaupun telah menjadi batu sifat asal tulang duyung ini tidak berubah kerana berasal dari spesis ikan. Apabila dicanai fosil ini ianya mengeluarkan bau hanyir ikan terutama apabila dicanai diwaktu malam ataupun dikala hujan dimana suasana cuaca lembab. Sekadar untuk makluman, ikan duyung bukanlah ikan dugong. Walaupun sama-sama sepsis ikan dari dari jenis berlainan dan tidak sama antara satu sama lain.  Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti penawar untuk sakit gigi. Ianya direndam atau diasah atau dibuat kemam didalam mulut, juga bersifat pengasih dan pelaris.



Cincin perak ukiran pahat jawa manakala kuku dibuat dari suasa. Hasil kerja tangan tukang Kelantan cincin bersaiz 19 (boleh ubah saiz)

Status : Tawaran Dibuka




Friday 13 March 2015

Cincin Perak Aloi Permata Gunung Ledang



Sebagaimana namanya, permata ini diambil dari sana. Batu ini diambil berdasarkan gerak hati serta lain-lain panduan. Dengan izin ALLAH S.W.T Dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar bersifat lebih kearah pengasih serta mudah disenangi orang sekeliling kita. Juga dipanggil ‘ batu pengasih sekampung’. Wallahualam   Permata saiz bentuk bujur. Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk digabungkan dengan bentuk dam. Cincin saiz 19 (boleh diubah saiz)

Status : Alhamdulillah, Telah Ditebus




Tuesday 10 March 2015

Fosil Permata Ikan Duyung - 04

Ikan duyung juga digelar setengah orang sebagai raja ikan. Permata tulang duyung menjadi batu dicanai dijadikan permata. Saiz Permata  syiling saiz 20sen. Permata dicanai dibahagian tulang rusuk ikan duyung. Fosil tulang duyung ini termasuk dalam golongan fosil tembus cahaya. Kelihatan urat sumsum tulang apabila disuluh dengan cahaya hanphone. Walaupun telah menjadi batu sifat asal tulang duyung ini tidak berubah kerana berasal dari spesis ikan. Apabila dicanai fosil ini ianya mengeluarkan bau hanyir ikan terutama apabila dicanai diwaktu malam ataupun dikala hujan dimana suasana cuaca lembab. Sekadar untuk makluman, ikan duyung bukanlah ikan dugong. Walaupun sama-sama spesis ikan namun dari jenis berlainan dan tidak sama antara satu sama lain.  Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti penawar untuk sakit gigi. Ianya direndam atau diasah atau dibuat kemam didalam mulut, juga bersifat pengasih dan pelaris.



Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk bentuk 4 segi panjang serta digabungkan ukiran bunga tampal pada bahagian body cincin. Kerja-kerja yang dihasilkan sangat rumit serta perlukan kesabaran dan kesenian yang tinggi. Cincin bersaiz 19 dan jika lebih dari saiz tersebut akan ditambah perak dibahagian bawahnya.


Status : Tawaran Dibuka



Sunday 8 March 2015

Geliga Raja Gajah Putih



Geliga gajah jantan ini sangat dicari orang bagi mereka yang mengetahui khasiatnya. Sebenarnya disalah satu gua diKelantan dijumpai seekor gajah yang bertukar menjadi batu. Untuk makluman bukan sebagagian tetapi keseluruhan anggota tubuh badan gajar termasuk alat kelaminnya.. Semua bahagian organ dan termasuk fosil tulang telahpun kami jual sebelum ini secara berperingkat-peringkat.. Kami memotongnya dari satu bahagian kepada satu bahagian. Dari bahagian kecil sehinggalah kebahagian yang besar. Apa yang mengejutkan kami bahagian alat sulit gajah jantan turut menjadi batu. Pada mulanya bahagian organ kelamin  ini kami simpan sebagai salah satu koleksi peribadi. Tetapi kerana sifat ingin tahu, maka suatu hari guru kami mula membelah alat kelamin gajah jantan ini. Alangkah terkejutnya kami apabila menjumpai sebutir geliga didalam fosil alat sulit gajah ini. Kami terfikir adakah ini geliga gajah ataupun air mani gajah didalam alat sulit gajah yang bertukar menjadi batu. Alangkah aneh dan luar biasa. Sekadar untuk makluman, fosil gajah ini dijagai oleh beberapa ekor gajah. Apa yang kami perhatikan didapati gajah-gajah ini menjaga fosil ini secara bergilir-gilir serta sangat menghormati fosil gajah ini. Untuk untuk mendapatkan geliga gajah ini mengambil masa lebih dari 3 tahun. Kerana ada kaedah dan usaha tertentu yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Setelah geliga ini dicanai dan dipotong dijadikan permata. Apa yang kami perhatikan warna permata ini akan berubah serta mengeluarkan seolah jalur. Sedangkan pada asalnya hanya bewarna putih.. Tunggu.. Dalam proses canai dijadikan permata cincin..
 Geliga ni cuma dapat sebiji  sahaja yang dijumpai didalam ‘anu gajah.’Hmmm....nak jual ke nak simpan ni..hmm.. tunggu…!









Saturday 7 March 2015

Kisah Buluh Perindu



Rasanya sudah lama ambo tidak menulis kisah dan pengalaman pencarian barang... Pernah juga sahabat-sahabat diluar sana menghubungi ambo samada melalui wasap, sms, telefon atau ketika berjumpa dengan ambo bertanyakan kisah yang boleh ambo kongsikan bersama. Maaflah mungkin kerana kesibukkan dan tiada ruang waktu untuk ambo bercerita. Kadang-kadang ada kisah yng berlaku diluar pemikiran akal biasa. Dan tentunya Ambo takut orang tersilap faham. Apapun anggaplah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah tanda kebesaran Ilahi.  Apalah yang aneh jika dibandingkan langit yang tergantung tanpa tiang. Dimana tiada penghujung dan juga tiada pangkal..!  Kali ini ambo ingin berkongsi cerita kisah pencarian “buluh perindu’. Rasanya peristiwa ini berlaku lebih dari 20 tahun yang lepas. Ketika itu bapa saudara ambo dan Pak Muda masih lagi bernafas dan kini mereka telah pulang ke rahmatullah kira-kira 15 tahun  (Pak Muda) dan 5 tahun (Pak Da) yang lepas. Smoga arwah dicucuri rahmat, insya Allah.
Kisahnya bermula disuatu hari, dan untuk permudahkan cerita arwah bapa saudara Ambo panggilnya ‘Pak Da’. Hendak dijadikan cerita suatu hari Pak Da berhajat untuk membuat seutas tasbih istimewa. Dan salah satu barang yang dihajatkan oleh Pak Da untuk dimasukkan kedalam tasbihnya adalah buluh perindu. Dan buluh ini dikhabarkan terdapat disalah satu gunung yang begitu popular diTrengganu. Lagipun selain dari mengambil buluh perindu Pakda juga sudah berhajat untuk berjumpa dengan gurunya. Rasanya sudah hampir 2 tahun Pak Da tidak berjumpa dengan gurunya. Kiranya untuk mengambil buluh perindu untuk dimasukkan kedalam tasbih adalah sekadar asbab sahaja.
Maka setelah berbincang maka tibalah waktu untuk berangkat. Perjalanang menaiki motosikal mengambil masa lebih dari 2 jam.  Apabila kami menghampiri jalan utama untuk masuk ke dalam rumah Pak muda (nama panggilan sahabat Pak Da) kelihatan Pak Muda telah tersenyum dan seolah-olah memang menanti kehadiran kami. Untuk makluman tuan-tuan mengikut pandangan ambo usia Pak Muda dalam anggaran 60 tahun. Orangnya sangatlah kurus tetapi tenaganya masih kuat seperti orang muda. Menurut kata Pak Da, Pak Muda ini setiap hari berpuasa. Dan jika berbuka puasa cukuplah sekadar apa yang ada. Jika tiada makanan berliau hanya berbuka puasa dengan air sejuk sahaja.  Begitulah rutin hidup selama bertahun-tahun. Dan dia tinggal seorang diri didalam bangsal kecil yang dibinanya. Dan dibibirnya sentiasa sahaja basah dengan zikrullah. Apa yang ambo perhatikan, Pak Muda sangat kuat ketika mendaki bukit. Lansung tiada nampak penat atau letih ketika mendaki, walaupun berliau ketika itu berada dalam keadaan berpuasa. Bagi ambo tenaganya seolah tidak pernah turun. Dan berliau hanya berkaki ayam..! Langsung tidak risau samada terpijak duri ataupun terpijak permukaan batu yang tajam.  Untuk pengetahuan tuan-tuan, rumah pak muda terletak dikaki gunung tersebut dan merupakan satu-satunya rumah yang ada disitu. Selepas berjalan kaki  kira-kira satu jam lebih akhirnya kami disuatu tempat berhampiran anak sungai kecil. Selepas berehat seketika kelihatan Pak Muda megambil satu galah panjang kira-kira 20 kaki panjangnya dan dihujungnya kelihatan bercabang tiga dan digulung dengan plastik dibahagian luar.
Selepas itu kelihatan Pak Muda mengait sesuatu dicelah-celah dahan pokok. Ada setengah pokok seolah-olah dicelah  dahan terdapat sarung burung kecil ataupun sarang tupai. Kami hanya memerhatikan sahaja. Selepas itu Pak Muda pun mengambil sesuatu yang berada didalam pengaitnya. Kelihatan disitu terdapat beberapa batang pokok buluh kecil dimana saiznya hanya sebesar saiz dan sepanjang batang mancis sahaja. Bahkan ada yang lebih kecil dari itu, Dimana setiap dahan pokok hanya memilki sebatang pokok sahaja. Dan ianya pula bersifat tunggal. Kelihatan pokok buluh kerdil ini hanya memiliki sekitar 3 dan paling banyak 7 daun kecil sahaja setiap pokok. Dan Pak Muda menyuruh kami membuang atau mematahkan bahagian bawah atau akar buluh ini. Kerana menurutnya jika akar buluh ini tidak dibuang maka ianya akan terbang atau hilang mengikut arah angina. Walaupun ianya disimpan didalam botol tertutup. Dan untuk membuktikannya dia membiarkan sebatang pokok dan tidak dipotong dibahagian bawahnya..
Alhamdulillah sudah rezeki kami pada hari itu, Pak Muda menyatakan terdapat banyak buluh perindu yang hinggap disekitar kawasan itu pada hari itu. Biasanya dalam satu masa berliau hanya berjaya mengutip satu hingga 3 batang sahaja. Mungkin sudah tersurat rezeki kami, Alhamdulillah syukur. Menurut Pak Muda buluh perindu ini bergerak dan terbang seperti burung. Ianya akan terbang atau hinggap dimana sahaja yang ia suka. Kadang-kadang hanya sebatang pokok sahaja dan kadang-kadang banyak, ibarat sekawan burung. Dan biasanya ia hinggap diatas celah batang buruk atau diatas sarang burung kecil, atau sarang tupai atau dimana terdapat sedikit dedaun keci dicelah ranting. Dan antara petua untuk mencari buluh perindu itu, jika diperhatikan disekitar kawasan buluh perindu itu berada seolah-olah bersih dan terjaga. Juga terdapat udara yang sejuk dan tiada angin kuat disekitarnya. Juga terdapat beberapa petua yang lain. 
Selepas Sembahyang zohor disitu kami pun bergerak menuju kerumah Pak Muda. Dimana dirumah Pak Muda dia memberi kami bekas botol nescafe bersaiz sederhana untuk memasukkan semua buluh perindu didalam botol tersebut . Ambo mengambil kesempatan mencium buluh ini. Terdapat bau haruman yang lembut dan segar. Sukar untuk ambo menyatakan bauan wangi yang terdapat pada buluh ini. Selepas memasukkan semua buluh termasuk sebatang yang tidak dibuang akar itu tadi. Botol ditutup mengunakkan penutup botol. Saya menutupnya kuat-kuat untuk memastikan ianya tidak mudah terbuka. Saya perhatikan dedaun buluh ini seoalah-olah bergerak-gerak terutama yang tidak dibuang akar tadi.
Sekitar jam 9 malam kami bertolak pulang kerumah. Kami tiba dirumah kira-kira jam 1 pagi. Selepas sampai dirumah bapa saudara ambo atau Pak Da menyuruh Ambo membuka botol dan memeriksa buluh yang terdapat didalamnya. Memang benar kata-kata pak muda, buluh perindu  yang mengandungi akar telah pun hilang entah kemana. Sedangkan buluh yang lain masih lagi ada berdasarkan satu jumlah yang telah pun kami kira sebelum memasukkan buluh kedalam botol. Untuk pengetahuan tuan-tuan buluh yang hilang atau ghaib itu merupakan buluh yang paling besar. Seoalah-olah ibu kepada buluh-buluh yang lain. Apabila diberitahu kepada Pak Da dia hanya tersenyum sahaja. Seolah-olah berliau sudah tahu…. Wallahualam 

ADMIN : Sebenarnya banyak perkara yang istimewa serta perkara aneh yang berlaku ketika mengambil buluh istimewa ini. Tetapi kisah ini terpaksa diringkaskan untuk mengelak salah faham. (arr.. sebenarnya ambo tak larat  nak menaip lama-lama..hi..hi..hi, Jangan marah…!) ) Sekadar makluman buluh istimewa ini tidak dijual tetapi akan dipasak dalam permata tertentu. Ianya akan dipasak bersama campuran yang lain.. Apakah keistimewaan dan kelebihan buluh perindu ini? Tunggu sambungan….hi..hi..hi

Friday 6 March 2015

Permata Teras Campur Besi Dipasak 5 Besi



Permata teras kayu campur 21 jenis serta dipasak 5 jenis besi dibahagian bawahnya. Apa yang istimewa permata teras kayu campur ini digabungkan secara berselang seli dengan besi misteri.  Gabungan ini dibuat berdasarkan ilham serta membuat perubahan dan hasilnya permata ini nampak unik serta lain dari yang lain. Permata bersaiz syiling 20sen. Teras kayu campuran adalah seperti berikut :- kokka mekah, gemunggal, kemuning emas, kemuning hitam, penawar hitam, penunduk , ibor, keluat merah, inai, sulur bertam, hitam arang, semambu, buluh tumpat, ulacintamani, cendana, cindai, mengkudu, tas jantan, raja kayu merah, pine dan nibong tunggal. Manakala bahagian bawah dipasak dengan 5 jenis besi istimewa iaitu :-  batu petir emas, batu petir perak, besi istimewa , paku masjid ratusan tahun..  Permata ini digabungkan berdasarkan 4 unsur…

 
Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus



Thursday 5 March 2015

Fosil Permata Ikan Duyung - 03

Ikan duyung juga digelar setengah orang sebagai raja ikan. Permata tulang duyung menjadi batu dicanai dijadikan permata. Saiz Permata syiling saiz 10 sen. Permata dicanai dibahagian tulang rusuk ikan duyung. Fosil tulang duyung ini termasuk dalam golongan fosil tembus cahaya. Kelihatan urat sumsum tulang apabila disuluh dengan cahaya hanphone. Walaupun telah menjadi batu sifat asal tulang duyung ini tidak berubah kerana berasal dari spesis ikan. Apabila dicanai fosil ini ianya mengeluarkan bau hanyir ikan terutama apabila dicanai diwaktu malam ataupun dikala hujan dimana suasana cuaca lembab. Sekadar untuk makluman, ikan duyung bukanlah ikan dugong. Walaupun sama-sama sepsis ikan dari dari jenis berlainan dan tidak sama antara satu sama lain.  Dengan izin Allah SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar untuk sakit gigi. Ianya direndam atau diasah atau dibuat kemam didalam mulut, juga bersifat pengasih dan pelaris. khasiat bersifat semulajadi dan alami. Wallahualam..

Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk bahagian body cincin. Kerja-kerja yang dihasilkan sangat rumit serta perlukan kesabaran dan kesenian yang tinggi. Cincin bersaiz 19 dan jika lebih dari saiz tersebut akan ditambah perak dibahagian bawahnya.
 
Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus



Tuesday 3 March 2015

Cincin Perak Aloy Lam Alif Taring Harimau - 02

Cincin perak aloi  Lam alif permata taring raja harimau putih menjadi batu. Permata fosil bersaiz M atau syiling 10 sen. Fosil taring ini diambil didalam satu gua didaerah Dabung, Kelantan. Antara kategori yang sangat rare dalam kategori pembisa dan penunduk yang sangat ampuh . Sangat sukar didapati. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penunduk, mengelak dari gangguan anjing, makluk halus, ilmu hitam, mengelak dari terkena angina ahmar, menguatkan semangat, ditakuti binatang buas dan lain-lain.  Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk. Menampakkan nilai eksklusif pada cincin. Saiz cincin boleh ditempah mengikut jari anda. Cincin buatan tangan hasil kerja pertukangan tukang Kelantan. . Apa yang istimewa jika dibandingkan cincin perak aloy dengan perak biasa adalah cincin ini sangat berkilat atau berkilau. Seakan-akan emas putih. Cincin perak aloy juga lebih keras jika dibandingkan perak biasa.

Admin : Menurut maklumat dan info dari mereka yang pernah memakai cincin taring harimau putih, jika sipemakai dalam keadaan marah, mereka melihat permata fosil ini juga turut berubah warna menjadi kemerahan.. serta ada yang mendakwa permata ini mengeluarkan huruf kalimah serta ada juga yang mengandungi gambar seekor harimau didalam permata fosil ini.. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku mengikut kesesuaian serta amalan sipemakai.. wallahualam


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah




Sunday 1 March 2015

Cincin Perak Aloy Batu Serai



Permata batu serai berwarna biru (boleh ubah warna)  bersaiz sedan dililit berlian swiss keliling serta digabungkan ukiran bunga tebuk. Gabungan moden dan tradisional, menambahkan keunikkan cincin ini. Apa yang istimewa permata batu serai biru dibuat tergantung pada 4 penjuru tiang serta pada bahagian atas tiang dipasak batu berlian swiss iaitu pada setiap atas penjuru tiang. Cincin perak aloi bersaiz 19 (boleh ubah saiz)

  Status : Tawaran Dibuka