BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 10 January 2014

Kisah Teras Kayu

 Bila kawan-kawan Ambo bercerita mengenai teras kayu teringat Ambo satu cerita lama yang benar-benar berlaku. Hingga kini Ambo masih lagi terfikir rahsia disebalik kejadian yang berlaku.  Dimana Ambo rasa sesuai diberi tajuk 'Kisah Teras Kayu". Peristiwa ini berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.. Seingat-ingat Ambo kisahnya lebih kurang begini, pada suatu pagi yang indah, lebih kurang jam 10 pagi seorang hamba ALLAH ini tengah menyiapkan kerja-kerja membuat sebutir permata dari campuran pelbagai jenis teras kayu. Kalau tak silap campuran 121 jenis teras kayu. Biasanya untuk menyiapkan sebutir permata teras campur mengambil masa 2-3 hari.Teras-teras kayu ini adalah hasil pencarian hamba ALLAH ini dibeberapa buah gunung dan bukit. Antara negeri yang diredah oleh hamba ALLAH ini diseluruh semenanjung Malaysia dan juga termasuk negara Thailand.
Hampir 10 tahun juga hamba ALLAH  ini mengambil masa mencari dan mengumpul teras kayu tersebut. Hamba ALLAH ini berkelana seorang diri dari satu gua ke satu gua yang lain semenjak berliau habis berlajar dipondok tahfiz.. Dari satu gunung ke satu gunung. Dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Tujuannya hanya satu, untuk mengabdikan diri kepada ALLLAH S.W.T. Untuk pengetahuan teras-teras kayu ini dikumpul sepanjang perjalanang berliau berkelana.. Hinggalah ke hari ini, hamba ALLAH ini masih lagi berkelana seorang diri dari sebuah gua ke sebuah gua bergantung kepada masa dan keadaan... Kalau dihintung rasanya sudah lebih dari 18 tahun hamba ALLAH ini berkelana. Telah banyak peristiwa yang pelik,aneh dan ganjil  yang berlaku sepanjang masa berliau berkelana.
Disini Ambo ringkaskan cerita, pada hari itu entah kenapa hamba ALLAH ini rasa tidak sedap hati. Rasanya macam ada sesuatu yang tidak kena.. Gerak hatinya mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Permata teras kayu campur ini telah hampir seminggu berliau cuba menyiapkan. Sepatutnya hanya beberapa hari. Maka pada petang itu akhirnya siap juga permata teras kayu campur itu. Sedang hamba ALLAH ini merenung dan membelek permata ini, tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku. Kelihatan berapa ekor lipas datang dan menyerang berliau. Dan seketika kemudian datang lagi beratus-ratus ekor lipas menyerang berliau sekali gus..lipas ini ada sebahagiannya menyerang bahagian muka, sebahagiannya pula masuk kedalam baju dan seluar. Yang peliknya setahu berliau sebelum ini tidak terdapat pun seekor lipas pun didalam bangsal tempat berliau bekerja. Peristiwa ini berlaku seolah-olah macam perperangan antara manusia dan lipas.

Pelik. Tiba-tiba hamba ALLAH ini terlintas akan permata teras kayu yang baru disiapkannya tadi. Terlintas dihatinya mungkin perkara ini berlaku ada kena mengena dengan permata teras kayu tersebut. Maka segera dibuangnya permata teras kayu campur itu ke atas tanah. Seketika kemudian ghaiblah lipas-lipas yang beratus ekor itu. Hamba ALLAH ini termenung sejenak, rasanya telah berpuluh-puluh bahkan mungkin beratus  permata teras kayu campur telah dibuat oleh hamba ALLAH ini. Hanya permata teras kayu campur ini berlaku peristiwa begini.  Pelik...kedatangan lipas ini sekelip mata dan perginya juga sekelip mata. Akhirnya permata ini telah dilempar dan dibuang begitu sahaja..Berkubur diatas tanah. Wallahualam. Hamba ALLAH ini hanya berserah kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.. Untuk makluman, kisah ini Ambo berkongsi dengan tuan-tuan tiada apa-apa niat. Cuma mungkin boleh dibuat renungan dan ikhtibar kita bersama.Wallahualam

Permata Teras kayu Campur 41 Jenis Dipasak Tahi Bintang

Teras kayu campuran 41 jenis teras kayu serta dipasak tahi bintang (meteorite) dijadikan satu bentuk permata. Antara campurannya seperti teras menang, sepelas, raja kayu jantan & betina, nibong tunggal, badi, panas, kemuning hitam, kemuning tahi ayam, kemuning kunyit, kemuning kuning, kemuning emas, kemuning putih, akar, ibor merah, canang, guni hitam, tongkat ali, beluru merah, penawar hitam, buluh tumpat, kokka mekah, tempurung buta, ular cintamani putih, ulacintamani emas, larak salah,ular cintamani hitam, bedak sejuk, asam jawa, betik, kemenyan, inai, cendana, gemunggal, penunduk jantan & betina, tas jantan & betina, beluru gajah,damar minyak,haji samad dan naga sari. Hanya ada 2 biji sahaja. Buat masa ini belum lagi sedia dimaharkan. Dalam proses diikat cincin.

ADMIN- Perbanyakkan bersabar dalam berikhtiar.. Kadang-kadang sesuatu rahsia itu mengambil masa yang lama untuk dijelaskan... 


Status : On Hold








Teras Kayu Penawar Hitam Menjadi Batu


Fosil teras kayu penawar hitam dalam bentuk asal sebelum dicanai dijadikan permata. Fosil ini pada asalnya dijumpai tertanam didalam sebuah bukit di Pantai timur. Usia fosil ini dianggarkan lebih dari ribuan tahun. Sebahagian teras yang dijumpai masih dalam bentuk kayu manakala sebahagiannya telah bertukar menjadi batu. Antara kaedah atau cara mengesan teras ini banyak binatang yang berkeliaran secara berkumpulan dikawasan sekitar. Biasanya binatang terutama yang sakit menjilat teras@fosil untuk dijadikan penawar akibat kerana terkena gigitan, patukan atau terkena racun.  Antara kategori 'teras rare' yang perlu dimiliki oleh pengumpul teras.. Fosil ini belum dicuci sepenuhnya. Masih kelihatan debu tanah yang masih melekat pada fosil ini.. Juga sesuai jika bongkah ini diletakkan didalam pasu dan ditabur batu kecil putih  ( biasanya terdapat dalam akuarium ikan) buat  hiasan didalam rumah. Selain cantik dan unik dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penawar dan menyejukkan aura didalam rumah dengan izin ALLAH S.W.T. Sekadar untuk makluman khasiat ini bersifat semulajadi dan tiada kena mengena dengan makluk jin atau lain-lain. InsyaALLAH setiap barangan kami tiada berkhaitan dengan unsur syirik atau makluk jin dan lain-lain.. Sekadar ikhtiar dan tawakkal. Ibarat seperti angin walaupun tidak kelihatan tetapi kita masih lagi merasai kehadirannya. Ubat sebagai asbab penawar, Oksigen walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai tetapi kita yakin adanya oksigen untuk membantu manusia bernafas . Begitu juga dengan sesuatu yang ghaib walaupun tidak dapat dilihat dan dirasai tetapi kita yakin adanya pertolongan dengan asbab dengan keizinanan ALLAH S.WT. Ibarat doa walaupun tidak berupa dan berjasad tetapi kita yakin pasti adanya pertolongan melalui ‘doa’ dengan izin ALLAH S.W.T. Ingatlah setiap sesuatu itu dijadikan oleh ALLAH S.W.T untuk berkhidmat dan memberi pertolongan kepada manusia. Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. Apakah akan terjadi jika manusia itu menafikan makanan untuk hidup, angin untuk kehidupan terutama kapal nelayan dilaut, ubat sebagai penawar,oksigen untuk pernafasan dan doa kepada YANG MAHA PENCIPTA? Wallahualam, Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI... Harap dimaafkan..Sekadar berkongsi  jer.. Hanya sekadar pandangan dari seorang yang jahil seperti Ambo.... Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama. Pihak kami sedia menerima tempahan  mengikut citarasa tuan-tuan samada hendak dijadikan permata, loket, gelang, dalam bentuk bongkah dan lain-lain. Juga terdapat dalam bentuk teras kayu. Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama.


Status : Tawaran Dibuka






Buluh Kuning Jadi Batu

Fosil buluh tumpat kuning atau buluh gading dalam bentuk asal sebelum dicanai dijadikan permata. Dijumpai tertanam didalam tanah manakala disebelah atas tanah masih ditumbuhi rimbunan pokok buluh. Keadaan rimbunan pokok buluh ini biasanya terdapat keganjilan dan biasanya rimbunan buluh ini hilang pada pandangan umum.. Walaupun telah bertukar menjadi batu tetapi masih lagi jelas kelihatan buku atau ruas buluh pada fosil ini.Tempahan dibuka mengikut citarasa tuan-tuan samada hendak dijadikan permata, loket, gelang, dalam bentuk bongkah dan lain-lain. Juga sesuai jika bongkah ini diletakkan didalam pasu dan ditabur batu kecil putih  ( biasanya terdapat dalam akuarium ikan) buat  hiasan didalam rumah. Selain cantik dan unik dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding rumah dengan izin ALLAH S.W.T( seperti contoh gambar dibawah). Sekadar untuk makluman khasiat ini bersifat semulajadi dan tiada kena mengena dengan makluk jin atau lain-lain. InsyaALLAH setiap barangan kami tiada berkhaitan dengan unsur syirik atau makluk jin dan lain-lain..  Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama.


Status : Tawaran Dibuka