BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 1 October 2014

Permata Ikhtiar 7



Semenjak dulu lagi saya banyak menerima pertanyaan serta tempahan untuk dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN  untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan untuk mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana kesukaran untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha sekian lama mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah berjaya dimilik. Saya sifatkan 'permata ikhtiar 7' ini mudah disebut tetapi sangat sukar dicari. Sebenarnya saya sekarang ini dalam usaha  memproses menjadikan sebiji permata khusus untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan dari terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena sihir, pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau lebam-lebam yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria, mengelak dari histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah, terdapat seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat gangguan yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk halus, mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai koleksi, jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan lain-lain yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura negatif atau anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya. Hasil dari 7 jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan dipakai selain dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Secara ringkasnya khasiat 'permata ikhtiar 7' lebih kearah mengelak, mengusir dan menunduk makluk halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Item gabungan 7 adalah seperti berikut :-
1-    Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
2-    Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
3-    Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
4-    Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5-    Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular  
6-    Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu  barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7-    Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah 1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh. Pemakai dinasihatkan terus memakai dan juga jika boleh perbanyakkan sembahyang taubat dan perlu senantiasa beriktifar. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam

Cincin perak alloy saiz 19 (boleh ubah saiz)  permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit. Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat demikian


Status : Alhamdulilah..Telah Ditebus




Cincin Taring Raja Harimau Putih


Taring raja harimau putih tunggal menjadi batu. Fosil dicanai dan dijadikan permata bentuk bujur. Fosil diambil dari tempat istimewa dan juga diambil dengan cara istimewa. Usia fosil sangat tua dan melebihi dari  seribu tahun.Panjang taring ini lebih kurang sejengkal. Permata bersaiz XL atau syiling 20sen. Cincin perak aloi beraiz 19 ukiran bunga tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Cincin perak aloi yang berkilat menambahkan lagi keindahan dan penuh daya penarik. Fosil raja harimau putih dijumpai didalam salah satu gua didaerah Gua Musang. Secara ringkasnya kami mengambil fosil ini yang lengkap keseluruhan anggota tulang  dari ekor sehinggalah kepala tersimpan didalam sebuah bongkah batu besar. Untuk mendapatkan fosil ini kami terpaksa memecahkan sebongkah batu bersaiz lori satu tan. Dan sekadar berkongsi cerita terdapat 7 ekor harimau belang menjaga fosil ini secara bergilir-gilir. Bermakna setiap masa dan saat pasti akan ada seekor atau lebih menjadi penjaga kepada fosil ‘raja harimau in’. Usaha untuk mengeluarkan fosil ini mengambil masa lebih dari 2 tahun. Antara keistimewaan yang terdapat pada fosil taring ini dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti jika kita memakai cincin ini didalam hutam belantara kita bebas dari gangguan harimau. Menurut guru saya jika kita mencabar sang harimau sekalipun pasti harimau tidak akan berani berhadapan dengan kita. Juga dapat mengelakkan saka, gangguan berupa ilmu hitam, santau, mengelak pukau, terkena angin ahmar, bersifat berani, bersifat pengerun, penunduk, mengelak dari gangguan anjing, jika memakai susuk atau sesuatu yang tidak elok dalam badan pasti akan keluar dari tubuh kita.. Apapun penggunaan cincin sebagai asbab dan jalan ikhtiar sahaja. Jika tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya  atau wasap 013-5042066

Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus