BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 January 2014

Besi Kuning Dijadikan Dari Mangga Tembaga...?


Assalamualaikum. 
       Terlebih dahulu Ambo menyusun 10 jari  memohon ampun dan maaf andainya tulisan Ambo disini menyentuh setengah pihak.. Disini Ambo hanya sekadar berkongsi pendapat sahaja. Terpulanglah kepada kebijaksaan tuan-tuan untuk menilainya.. Tuan-tuan pasti kenal akan barang dalam gambar ini. Biasanya banyak digunakan dipagar rumah. Pengunci atau mangga ini dibuat dari tembaga. Dan sifat tembaga tentunya berwarna kuning. Antara kelebihan tembaga yang dijadikan mangga ianya tahan karat. Tetapi jika dicanai mangga ini dijadikan permata adakah sifatnya bertukar dari tembaga menjadi besi kuning..?
       Untuk pengetahuan tuan-tuan kami adalah salah seorang tukang canai permata di Kelantan. Sudah ramai orang datang ketempat kami dan membawa mangga untuk dicanai dijadikan permata. Dan kami juga tidak tahu sudah berapa ramai orang yang pihak kami terpaksa menolak permintaan tersebut. Ambo juga pernah terjumpa ada sebahagian tukang mengambil upah mencanai mangga dijadikan permata. Dan kemudiannya dijual sebagai 'permata besi kuning'. Sepatutnya jika nak jual juga gunalah istilah 'permata tembaga kuning'. Tapi masalahnya, jika orang mengetahui permata yang didakwa 'besi kuning' itu berasal dari mangga, adakah orang ingin memakainya...? Tebuk dada tanyalah hati. Bahkan ada yang dijadikan keris, badik, pisau dan lain-lain. Maka akan bertukarlah mangga itu tadi menjadi keris besi kuning atau badik besi kuning dan lain-lain 'kuning' lagi..
        Fenomena ini berlaku kerana kesukaran untuk mendapatkan 'besi kuning asli' serta permintaan yang terlalu banyak kerana kehebatan hikmatnya.. Maka akan adalah setengah individu atau peniaga mula mengambil kesempatan.. Bahkan jika diperhatikan berlambak-lambak dipasaran, bermula dari harga puluhan ringgit hinggalah keribuan ringgit. Bahkan ada yang mendakwa diperolehi dari alam bunian. Maka bila berlaku perkara ini akhirnya bunian yang tiada kena mengena pun turut terlibat sama.. Kesian kat bunian.. Sabor ajerlah yea.. Jangan pelik jika suatu masa nanti bunian pun kena jual..! Antara cara yang mudah untuk mengesan 'BESI KUNING PALSU' dan ianya dibuat dari tembaga adalah biasanya 
1) Ia melekat pada magnet. Juga bergantung pada gred atau kualiti magnet itu sendiri. Jika kita ke negara Thailand terdapat terdapat bermacam-macam gred mangga. Dari yang melekat magnet sehinggalah yang tidak melekat magnet. Tetapi kebanykkannya permata yang dibuat dari mangga Ambo perhatikan kebanyakkannya melekat pada magnet sebab ianya mangga dari gred yang rendah dan murah. 
2)Ada mangga  berwarna kuning muda dan juga terdapat warna kuning tua.
3) Permata yang kononnya besi kuning juga ianya berkilat dan jika diperhatikan lansung tiada mengandungi urat besi. Sedangkan besi kuning asli tergolong dalam golongan besi tua dan sudah semestinya sifat besi tua ianya ber'pamor'.
4) Dan permata palsu ini juga diperhatikan seperti permata baru berkilat-kilat
5) BESI KUNING ASLI TIADA CAMPURAN BESI LAIN DAN JUGA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DIIKAT CINCIN. JIKA DIIKAT ATAU DICAMPUR JUGA NESCAYA PERAK ATAU BESI CAMPURAN AKAN MENJADI CAIR..! Dan Besi Kuning asli juga jika diletakkan diatas besi lain nescaya besi lain dibawahnya akan menjadi cair..! Sebab itu ianya layak digelar 'RAJA BESI' Dan bersifat 'tunggal'. (tidak bercampur dengan besi lain)
*Ini hanyalah sekadar pendapat Ambo sahaja, jika teringin memakai Ambo syorkan pakailah 'besi kursani kuning' dari memakai permata palsu dibuat dari tembaga kuning.
 Sebenarnya perkara ini Ambo perhatikan telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu.. Cukuplah..! Ambo tak mahu nanti bangsa Ambo diketawakan oleh bangsa lain.. Bila bangsa lain tahu kami salah seorang tukang, maka berkatalah mereka ‘ambiklah mangga banyak-banyak, kami jual murah-murah.. Nanti balik awak canai buat permata dan jual. Awak punya bangsa cukup suka dengan permata dari mangga’ (pengunci). Rasanya cukup pedih hingga menusuk kalbu dan seolah-olah masih kedengaran ditelinga sehingga kehari ini....! Untuk pengetahuan tuan-tuan, besi kuning yang asli sangat-sangat sukar didapati. Menurut mereka yang arif dan berilmu (ahli kitab) 'jika umur kita ditambah 100 tahun lagi pun belum tentu lagi kita akan berjumpa atau memiliki dengan 'BESI KUNING YANG BENAR-BENAR ASLI'...! Kecuali jika kita tergolong dalam insan istimewa yang terpilih kerana amal ibadat yang berterusan serta hafiz AL QUR'AN. Saya ringkaskan disini untuk mendapatkan besi kuning yang asli ibarat 1 dalam sejuta. Walaubagaimanapun Ambo yakin adanya besi kuning asli diluar sana... Wallahulam.



6 comments:

Anonymous said...

salam...sy tngah cari besi kursani...ad jual x?

Anonymous said...

salam tuan, jika nk besi kursani asli, sila sms/call/ whatsapp sy di 0172676573
DIJAMIN 200% besi kursani asli.. nk test tembak pon bolehh.. jika nk dtg test aura barang adlh dialu2kan t.kaseh
..

Unknown said...

Berapa ye besi kursani kuning. .berminat buat cinci

che125z said...

yer ker tuan ,berpa hraga nya betul2 ori ker tuan

MR S. said...

Boleh bagi contact number?

Anonymous said...

Nak yang betul oreginal besi kuning atau tembaga ada dengan Sya....asal Sabah