BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 11 November 2013

Cincin Besi Misteri Dipasak 9


Cincin perak permata besi Misteri dipasak  9 jenis bersaiz 19. Besi misteri dicanai dibentuk permata empat segi. Permata besi misteri ditampal kayu ditakuti hantu serta dipasak besi meteorite + campuran  7 jenis besi Patah  dan besi hikmat + besi meriam pecah. Sangat sukar didapati. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar apabila kita bertemu musuh akan hilang pada pandangan musuh atau mereka yang berniat salah pada kita, semua jenis senjata berupa besi akan tunduk, apabila senjata tajam atau senjata api ditembak atau dituju pada kita peluru akan patah balik kepada penyerang kita,jika dituju santau atau berupa ilmu hitam tidak dapat memberi kesan kepada kita bahkan akan patah balik kepada sipembuatnya.. Ditakuti pengamal ilmu hitam dan banyak lagi jika hendak diceritakan disini.. Walaubagamanapun ini hanyalah berupa sekadar jalan ikhtiar sahaja.  Hanya kepada ALLAH kita berdoa dan bergantung harapan. Gunakanlah kearah kebaikkan. Mudah-mudahan ALLAH SWT  memberi pertolongan kepada kita terutama ketika kita didalam kecemasan. Minta dijauhi dari sifat takbur. Ibarat 'api memakan daun kering' kelak akan membinasakan diri sendiri. Saya ceritakan khasiat bersandarkan pengalaman dan kejadian yang berlaku pada orang terdahulu yang pernah memakainya. Cincin tempahan dari seorang hamba ALLAH. Tempahan masih lagi terbuka bergantung kepada stok yang ada.

ADMIN - Jika tuan-tuan rasa yakin boleh ditebus..  Jika rasa was-was boleh bertanya kepada pihak kami, Ada pepatah mengatakan 'malu bertanya sesat jalan..'  Apa yang tersurat tidak semestinya apa yang tersirat. Ada juga sesuatu benda  terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum..


Status : Alhamdulillah Telah Ditebus 




Cincin Besi Misteri Pasak 9


Cincin perak permata besi  9 jenis bersaiz 15. Besi misteri dicanai bentuk empat segi sebesar syiling 5sen  . Permata besi misteri ditampal kayu ditakuti hantu serta dipasak besi meteorite dan campuran 7 jenis besi Patah serya besi hikmat. Meriam pecah. Sangat sukar didapati. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar apabila kita bertemu musuh akan hilang pada pandangan musuh atau mereka yang berniat salah pada kita, semua jenis senjata berupa besi akan tunduk, apabila senjata tajam atau senjata api ditembak atau dituju pada kita peluru akan patah balik kepada penyerang kita,jika dituju santau atau berupa ilmu hitam tidak dapat memberi kesan kepada kita bahkan akan patah balik kepada sipembuatnya.. Ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain... Walaubagamanapun ini hanyalah berupa sekadar jalan ikhtiar sahaja. Hanya kepada ALLAH kita berdoa dan bergantung harapan. Tidak ada yang mustahil dengan izinNYA. Mudah-mudahan ALLAH SWT memberkati hidup kita dunia dan akhirat.  Cincin tempahan dari seorang hamba ALLAH.

ADMIN - Dunia hari ni Ambo terkejut tengok terlalu banyak 'Delima Air Merah'. Sana sini ada jual 'delima air merah' . Semuanya cerita barang asli belaka .. Pening Ambo memikirkan.. Kalau menurut kitab lama, zaman dahulu hanya ada seorang sahaja (satu-satunya) sahabat nabi yang ada memakai cincin ‘delima Air Merah’. Nak cerita betapa payah dan sukarnya nak dapat batu ini. Sedangkan pada zaman itu banyak keberkatan dan anugerah yang ALLAH SWT kurniakan..! Tetapi yang Ambo pelik zaman sekarang, dapat barang payah, barang hebat tapi berebut-rebut nak jual... bertambah pening Ambo memikirkan..ish..ishh pelik-pelik.. Wallahualam.. Ambo minta ampun dan maaf andai tersilap kata... Maklum saja Ambo ni orang kampung, ilmu kurang, pandai pun tiada... Mungkin juga orang tua macam Ambo ni dah banyak ketinggalan zaman.. 


Status : Alhamdulillah Telah Ditebus








Cincin Teras Kayu Ditakuti Hantu


Teras kayu ditakuti hantu dicanai dijadikan permata bersaiz XL. Cincin perak tangkai kendi saiz 19 (boleh ubah saiz ) Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar mengelakkan dari terkena histeria, gangguan dari makluk halus, mengelak pukau, ilmu hitam dan dapat dijadikan penawar perubatan untuk mereka yang terkena perbuatan sihir  juga mengelakkan dari terkena angin ahmar. Juga boleh ditempah samada dijadikan loket, gelang, tasbih dan lain-lain. Harga berdasarkan harga rundingan bersama.

ADMIN - Kadang-kadang Ambo teras malu pada makluk ALLAH SWT yang lain. Contohnya, Ambo tengok walaupun sekadar kayu buruk tetapi tetap  ada nilainya disisi ALLAH SWT.. Ambo pernah terjumpa teras kayu buruk bila dibakar tidak hangus, bila diletak ditanah anai-anai tak makan tetapi Ambo kena api lilin sikit pun dah melecur... Adakah kayu buruk itu lebih bernilai disisi ALLAH SWT berbanding dengan diri Ambo..?


Status : Syukur Alhamdulillah telah ditebus...