BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 24 July 2013

Batu Cendrawasih

Batu cendrawasih  berubah warna.Juga dipanggil batu cindai kerananya yang pelbagai. Warnanya sangat menarik dan batu bersaiz L. Telah ditempah oleh seorang sahabat. Tawaran dibuka kepada peminat sekiranya berminat boleh terus  hubungi saya, nyatakan saiz, bentuk dan jenis  ’item’ @ barangan dan insyaallah saya akan cuba usahakan sekadar mampu. Harga boleh dirunding.


Status : Telah Dimilliki



Gigi Gajah Purba

Fosil gigi geraham gajah purba.Berat lebih dari 1kilogram.Tawaran dibuka untuk tempahan, samada dalam bentuk Bongkah, ketulan kecil atau  dijadikan bentuk permata seperti loket,gelang,cincin dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Status : Tawaran Dibuka



Kayu Abanuh

Kayu teras Abanuh dari negara Arab.Koleksi kayu rare.Tawaran dibuka untuk tempahan, samada dalam bentuk Bongkah, ketulan kecil atau  dijadikan bentuk permata seperti loket,gelang,cincin dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Status : Tawaran Dibuka



Fosil Kenaun

Teras kayu kenaun menjadi batu.Antara teras kayu yang sukar didapati dan menjadi rebutan dikalangan otai. Tetapi generasi peringkat baru pasti tidak pernah mendengar akan nama kayu ini. Walaubagaimanapun mungkin nama @ panggilan kayu ini berbeza mengikut negeri. Walaupun telah berubah sifat menjadi fosil, masih jelas terlihat bintik-bintik urat kayu pada batu ini..Tawaran dibuka untuk tempahan, samada dalam bentuk Bongkah, ketulan kecil atau  dijadikan bentuk permata dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Status : Tawaran Dibuka



Pelbagai Teras Kayu

Pelbagai teras kayu akan diproses untuk dijadikan pelbagai jenis permata seperti loket,gelang, cincin dan lain-lain. Tempahan dibuka samada campuran teras kayu atau campuran teras kayu batu. Juga gabungan kedua-duanya. Insyaallah, hanya barangan asli sahaja yang akan digunakan.

Status : Tawaran Dibuka





Kain Cindai Wali

Dikatakan pakaian ini kepunyaan milik Wali ALLAH. Usia dianggarkan lebih dari 200 tahun.Ada beberapa cara untuk mengenal kain cindai asli antaranya : Jika diperhatikan benang pada kain ini bersifat kasar. Jika kita tarik benang pada kain ini, sehelai demi sehelai pasti kain ini akan menjadi selonggok benang.Jika ambik sehelai benang dan hulur perlahan-lahan pada air longkang,pasti benang akan bergulung. Peringkat keistimewaan kain wali gred A jika dibakar tidak hangus. Kain ini juga perlu penjagaan kerana usianya yang lama menyebabkan benang mudah putus.Kain ini juga berbau harum semulajadi.Dengan Izin ALLAH terlalu banyak keistimewaan jika hendak diceritakan keistimewaan tentang kain ini. Kain cindai wali ini telah ditempah oleh seorang sahabat.


Status : Telah Ditebus




Loket Kemuning Emas

Permata kemuning emas menjadi batu bersaiz XXL. Diikat loket tempahan seorang sahabat.

Status : Telah Ditempah



Pisau Sembelih

Pisau sembelih  dibuat dari besi  istimewa.Pada sarung pisau diukir bentuk cicak tokke manakala pada bahagian hulu diukir kuda laut. Kedua sarung dan hulu dibuat dari tanduk kerbau.Betapa halus dan seninyanya ukiran tukang  tersohor kelantan.Tidak sempat keluar dalam blog terus ditempah oleh seorang sahabat.


Status : Telah Ditempah




Tanduk Badak Sumbu

Tanduk badak sumbu putih jadi batu. Tinggal sedikit sahaja sumbu badak dibahagian atas. Tawaran dibuka untuk dicanai dijadikan permata


Status : Tawaran dibuka



Batu Meteor

Batu meteor  saiz M. Warnanya hitam bersinar selepas dikilatkan. Tetapi jika diperhatikan masih terdapat jalur urat batu. Ditawarkan  pada harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka



Keratan Maklumat berkaitan Meteorite


Batu Nilam Biru

Batu nilam biru  bersaiz XL . Ditawarkan pada harga RM 350 ( Harga boleh runding)


Status : Tawaran Dibuka



Batu Nilam Biru

Batu nilam biru  bersaiz XL . Ditawarkan pada harga RM 300 ( Harga boleh runding)

Status : Tawaran Dibuka






Batu Cempaka Kuning


Batu cempaka kuning bersaiz XL . Ditawarkan pada harga RM 300 
( Harga boleh runding)


Status : Tawaran Dibuka







Batu Penawar Jernih

Batu penawar jernih bersaiz M (lebih kurang saiz syiling 10sen) Batu ini dijumpai didalam air. Selepas dicanai dan dikilatkan permata ini sangat jernih dan berkilau. Dengan izin ALLAH SWT batu ini dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk demam panas, ruam dalam mulut dan lain-lain. Batu direndam dalam air zam-zam dibuat minum. ( Bacaan AlQuran juga wajib dibaca dalam ikhtiar walaupun sekadar BISMILLAH......) Ditawarkan pada harga mampu.

Status : Tawaran Dibuka




Cincin Batu Buaya

Batu langit buaya putih bersaiz S.Cincin perak bersaiz 20.Di chrome warna emas. Gabungan warna emas dan perak menaikkan lagi keindahan batu ini. Tempahan seorang sahabat


Status : Telah Ditebus





Cincin Aked Yaman Biru


Permata aked yaman biru bersaiz L. Batu aked ini juga termasuk dalam golongan batu aked berubah warna.Cincin perak bersaiz 21.Di chrome warna emas. Gabungan cincin warna emas dan perak menaikkan lagi keindahan batu ini.Tempahan seorang sahabat 


Status : Telah Ditebus




Tasbih Damar Minyak


Tasbih teras damar minyak (disebelah utara dipanggil Raja kayu) Bersaiz M. Terdapat 99 biji. Kepala tasbih dibuat dari campuran 9 jenis teras iaitu kemuning hitam,damar minyak,renggas,gemunggal,penawar hitam,hitam arang,kemuning kuning dan 2 lagi teras. Maaf, terlupa lagi 2 maklumlah dah simpan dekat 3 tahun.


Status : Tawaran Dibuka




Puting Rokok

Penapis puting rokok teras kemuning hitam.Panjang 5cm. Disalut perak ukiran pahat jawa. Ditempah khas oleh seorang sahabat.Selain daripada rupanya yang menarik, insyaallah dapat dijadikan ikhtiar untuk penawar racun rokok.


Status : Telah Ditebus



Gelang Teras Gemunggal

Gelang teras gemunggal pulau@kelor bersaiz L.Terdapat 13 biji teras gemunggal.Tawaran harga mampu.


Status : Tawaran Dibuka




Gelang Batu Leleh

Gelang terdapat  2 jenis  serta 2 saiz. Saiz besar dan saiz kecil.Ada juga terdapat gelang besi leleh (lekat magnet) Tawaran harga mampu


Status : Tawaran Dibuka









Cincin Aked Yaman

Batu Aked Yaman ditebuk dijadikan bingkai cincin.Buat masa ini terdapat 2 Saiz sahaja iaitu 18 dan 19. Tawaran harga mampu


Status : Tawaran Dibuka




Cincin Cendrawasih

Batu cendrawasih bersaiz L. Warna batu yang menarik. Batu ini saya gelarkan sepasang (jantan = kanan & Betina = kiri). Telah ditempah oleh seorang sahabat.


Status : Telah Ditebus







Batu Mani Gajah

Batu mani gajah asli menjadi batu. Bentuk purba dan sukar didapati. Batu bersaiz M dan S.Tawaran harga mampu.

Status : Tawaran Dibuka




   

Cincin Batu Cendrawasih

Permata Cendrawasih bersaiz XL.Batu yang menarik dan berubah warna.koleksi rare.Dililit berlian swiss. Di crome warna emas. Gabungan warna perak dan emas pada cincin yang sangat menarik .Menyerlahkan lagi keindahan batu.Telah ditempah oleh sahabat


Status : Telah Ditebus





Permata Tulang Harimau Putih

Tulang harimau putih dicanai dijadikan permata bersaiz M.Tempahan juga dibuka samada dalam bentuk permata cincin,loket,subang dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan saiz. Juga bergantung kepada stok. Tawaran harga mampu.

 Status : Tawaran Dibuka