BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 14 January 2014

Mata Lembing

   Baik pada pagi yang berkat ini untuk permulaan sempena tahun baru ini, Ambo ingin berkongsi kisah yang benar-benar berlaku.. dimana Ambo bagi tajuk ’Kisah Besi’. Kalau diikutkan sebenarnya terlalu banyak kisah-kisah mengenai besi atau rahsia disebalik besi. Nanti Ambo akan ceritakan dari masa ke semasa sekiranya dipanjangkan umur.. Kisah ini terlintas difikiran bila Ambo melintas atau lalu dihadapan gunung ini ketika dalam perjalanang balik ke Pulau Pinang. Kisah ini sering bermain dikotak fikiran cuma kekangan masa yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan tuan-tuan sebenarnya tempat dimana gunung ini berada sebenarnya berasal dari sebuah kampung. Menurut kisahnya kerana penduduk kampung ini telah membuat perkara yang dimurkai oleh ALLAH S.W.T maka kampung ini telah dicampakkan (ditimpa) sebuah gunung diatasnya oleh ALLAH S.W.T. Maka ramailah penduduk kampung ini telah meninggal dunia akibat ditimpa gunung ini. Maksudnya disini pada asalnya tempat ini tiada gunung. Menurut maklumat pakar kaji sejarah dan akelogi gunung ini sememangnya tidak berasal dari sini berdasarkan jenis batu dan bentuknya adalah mustahil gunung ini pada asalnya ditempat ini. Setelah dikaji dan diukur  maka dapat diputuskan bahawa sebenarnya gunung ini sebenarnya berasal dari sebuah negeri yang berjiran.. Manakala tempat dimana asalnya gunung ini telah menjadi lubang dan pada hari kini telah menjadi sebuah kolam.
Diceritakan peristiwa ini telah  berlaku lebih dari 500 tahun yang lalu.. Fuh.. dah jadi ahli sejarah pulak dahh...!! Hi..hi.. jangan marre..! Tuan-tuan sabar ajerlah ye.. Untuk makluman tuan-tuan sebenarnya terdapat sebuah masjid yang sangat berdekatan dengan gunung ini. Ambo pernah bertanya kepada beberapa orang tua yang Ambo jumpa diperkarangan masjid, ‘ada tak orang yang masuk bertapa atau bersuluk didalam gua itu..?’ (merujuk gunung tersebut) menurut mereka ada yang pernah masuk tetapi tidak tahan akibat terlalu banyak gangguan makluk halus, ada yang pernah melihat ular rasaksa, bahkan ada yang menjadi gila selepas keluar dari gua tersebut.. Terpaksa pula dibawa berubat.. Menyebabkan orang takut dan tidak lagi berani untuk masuk kedalam gua tersebut..
 Baiklah Ambo ringkaskan cerita, kisahnya lebih kurang begini. Pada suatu hari ada seorang Hamba ALLAH ini telah mendapat alamat mimpi untuk masuk bertapa didalam salah satu gua yang terdapat dalam gunung tersebut (terdapat 5 buah gua kesemuanya) Setelah hampir 3 bulan hamba ALLAH ini bertapa maka pada suatu malam berliau telah terlelap seketika. Ketika didalam mimpi digambarkan berliau telah melihat seorang perempuan tua datang kepadanya dan memberi salam. Dikisahkan jelmaan perempuan tua ini telah memberi tahu bahawa berliau adalah salah seorang ‘wali ALLAH’ yang hidup ribuan tahun dahulu. Kerana banyak beramal maka ALLAH telah memilihnya menjadi salah seorang wali ALLAH.  Menurut perempuan tua ini lagi jika tidak percaya kepadanya, hamba ALLAH ini boleh bertanya kepada ALLAH S.W.T. Kehadirannya adalah untuk mengajar ilmu kepada hamba ALLAH ini.
Hamba ALLAH ini tersedar dari mimpi. Dan seketika kemudian menjelmalah seorang wanita tua memegang tongkat seperti dalam mimpinya tadi. Dilihatnya rupa paras perempuan tua ini sangat elok dan tiada cacat. Maka mengakulah perempuan tua ini kehadirannya adalah untuk mengajar ilmu kepada hamba ALLAH ini. Menurut perempuan tua ini ilmunya adalah kepunyaan ALLAH dan telah tiba masanya untuk berliau menurunkan ilmunya kepada hamba ALLAH ini.
Tetapi hamba ini tidak mudah percaya apa yang dilihatnya. Maka berdoalah kepada ALLAH S.W.T semoga berliau terlindung dari tipu daya syaitan. Maka dengan tiba-tiba datanglah satu cahaya putih merempuh kearah jelmaan perempuan tua ini. Maka menjeritlah perempuan tua itu akibat kesakitan dan tercampak kedinding gua dan ghaib dari pandangan.. Maka sujud  syukurlah hamba ALLAH ini kehadrat ALLAH S.W.T. yang Maha Pengasih. Tiba-tiba permukaan tanah didalam gua bergegar dan merekah. Seketika kemudian hamba ALLAH  ini melihat berupa sebatang besi bercampur dengan tanah terbang naik diatas permukaan tanah. Maka diambil oleh hamba ALLAH  ini.
Setelah tamat pertapaan, maka hamba ALLAH ini bertolak pulang kekampung halamannya. Setelah dibersihkan dan dicuci serta dibuang segala tanah dan bahan-bahan lain yang melekat pada besi ini maka terselah ‘sebatang mata lembing lama’. Kelihatan jelas pamor besi pada mata lebing sangat tua dan berlubang-lubang ibarat kayu buruk didalam tanah. Menurut hamba ALLAH ini, lembing ini pada asalnya turut tertanam dan tertimbus  lebih dari 500 tahun akibat dicampakkan gunung diatasnya. Menurut hamba ALLAH  ini telah ramai orang yang masuk bertapa didalam gunung ini yang telah menjadi mangsa tipu daya syaitan itu. Telah lama syaitan itu bermaharaja lela didalam gunung tersebut. Walaubagaimanapun ingatlah ALLAH itu MAHA BERKUASA.
Menurut hamba ALLAH ini lembing ini tidak akan naik kepermukaan bumi selagi tiada orang yang dapat mengalahkan syaitan itu tadi. Dan dipercayai lembing ini pada asalnya milik orang alim pada zaman dahulu. Begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH S.W.T. Siapalah kita untuk menafikan jika itu kehendakNYA. Walaupun ianya telah tertimbus lebih dari 500 tahun tetapi kerana lembing ini termasuk dalam kategori ‘besi hikmat’ dan ada nilainya disisi ALLAH S.W.T maka ianya naik semula kepermukaan tanah bila tiba masanya dengan izinNYA. Menurut hamba ALLAH ini  dengan izin ALLAH S.W.T  lembing ini akan memberi tuah (1001 khasiat dengan izinNYA) kepada bakal pemiliknya. Menurut hamba ALLAH ini biasanya senjata besi yang baik dibuat oleh 'Pandai besi' yang hafiz ALQuran dalam keadaan berpuasa,berwuduk dan berzikir. Dibuat pula pada tarikh dan bulan tertentu dan pastinya dari 'besi yang terpilih sahaja'. Untuk menyiapkan sebilah besi yang baik biasanya dibuat adakalanya melebihi dari 7 tahun sebilah. Biasanya dibuat (pandai besi)  ketika berada didalam gua ketika bertapa disamping  mengabadikan diri kepada ALLAH S.W.T. 
Walaubagaimanapun Hamba ALLAH ini hanya berserah kepada ALLAH S.W.T yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui atas segala sesuatu... Wallahualam

ADMIN – Sekadar berkongsi pendapat. Mata lembing ini tidak perlu diperasap atau lain-lain. Cuma mata Lembing ini sangat disyorkan diletak atau digantung didalam bilik tempat kita solat. Boleh juga jika kita mengaji AL QUR’AN lembing ini diletakkan disebelah kanan kita. Supaya aura ketika kita solat, berzikir  atau dikala kita mengaji AL QUR’AN diserap pada besi. Mengapa..?  Pastilah ada rahsia disebalik tujuan ini... Apapun segala amal ibadat kita hendaklah dibuat dengan ikhlas dan hanya kerana  ALLAH S.W.T. KERANA DIALAH  YANG MAHA PENCIPTA DAN MAHA BERKUASA ATAS SESUATU.  Kita hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja. Wallahualam...


Status : Tawaran Dibuka


***HULU BARU***


Sumbu Badak Jadi Batu


Fosil Sumbu badak purba dalam bentuk asal. Berat dianggarkan lebih 5kg. Fosil ini dianggarkan berusia jutaan tahun. Boleh semak harga sumbu badak dikedai ubat orang cina. Termasuk dalam kategori ubat yang tinggi nilainya. . Biasanya harga mengikut timbangan auns. Tetapi harga kami macam biasa, masih dibawah harga pasaran. Walaupun telah berubah sifat menjadi batu bila dicanai ada kadang-kadang masih lagi terbau hanyir.  Boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket, gelang, dan lain-lain. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar perubatan. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.


Status : Tawaran Dibuka